no one’s pov
“ A–apa awak cakapkan tadi, Younghoon? ”
Haesoo berkata-kata pada kala dia tersepit dalam pelukan Younghoon. Berasa diri terlalu pendek, hampir lemas dia di situ. Younghoon tak menjawab, masih tersenyum.
“ Nothing, Haesoo. Bukan masanya untuk awak tahu semua tu. ” Jawapan Younghoon sedikit mengecewakan Haesoo. Bukan itu yang dia mahukan. Dia yakin Younghoon ada perasaan yang sama macam dia! Selepas seketika, pelukan dileraikan.
“ Er, Younghoon. Kalau Yuju cari saya, cakap yang saya naik ke office sekejap. Nak ambil barang. ”
Younghoon mengangguk, memahami ayat Haesoo. Mata memerhati saja langkah Haesoo yang semakin menjauh sehingga hilang dari pandangan. Bahunya tiba-tiba ditepuk kuat dari belakang, hampir membuatkan dia melatah.
“ Kau ni. Terkejut aku! ”
“ Aku nampak semuanya tadi. So, how? Kau dah confess pada Haesoo ke? ” Juyeon tersengih penuh makna. Sejak tadi lagi dia memerhati mereka berdua dari jauh yang duduk tersorok di hujung dewan. Younghoon menghela nafas, menggeleng. Rasanya dia masih tak bersedia lagi.
“ La, aku ingat kau dah mulakan langkah pertama. ”
“ Aku hampir nak confess tadi— tapi, aku teringat fasal Younghee. I mean, a–apa yang kau pernah cakapkan pada aku tempoh hari. ” Juyeon terdiam seketika. Otaknya cuba proses apa yang dimaksudkan oleh Younghoon. Selang beberapa saat, dia mula teringat sesuatu.
“ Fasal kau suka Haesoo sebab dia serupa Younghee tu ke? ”
Lambat-lambat Younghoon mengangguk. Terasa bersalah bila dia fikirkan tentang itu. Kalau Haesoo tahu, mesti dia kecil hati. Mesti dia akan jauhkan diri. Tak sanggup dia nak hadap semua tu.
“ Ha! Siapa pula Younghee tu? Apa benda yang sama tentang Younghee dengan Haesoo? Oho, tengah mengumpat fasal Haesoo ya? ”
Yuju muncul entah dari mana, sergah mereka berdua. Berdiri tepat di hadapan mereka sambil memeluk tubuh. Kedua-dua lelaki itu tersentak, masing-masing diam membisu. Gerun melihat Yuju seakan serupa seperti ketua gangster tepi jalan.
“ M–mana ada mengumpat. ” Kalut saja Younghoon memberitahu. Mata dia mula melilau ke tempat lain.
“ Habis tu, apa? Jangan nak mengelat. Ceritakan semuanya sekarang, atau aku bagitahu Haesoo. ” Yuju mengugut, merenung tajam ke arah Juyeon dan Younghoon. Nak tak nak, mereka terpaksa buka mulut juga.
━━━━━━━━━━━
haesoo’s pov
Selesai urusan aku di pejabat, aku cepat-cepat mengemas. Suis lampu dan aircord dimatikan sebelum menutup pintu. Baru sahaja aku nak membuka langkah, ada seseorang menghalang pergerakan aku.
“ J–Jaehyun? Apa kena dengan awak ni ha! Tak habis-habis nak ganggu saya? ”
“ Kenapa tak balas semua mesej aku? Berhari-hari aku cuba bersabar, tapi nampaknya kau memang langsung tak pedulikan aku. ”
Jaehyun menolak badan aku rapat ke dinding. Aku nak mengelak, tapi tahu-tahu sajelah. Nak bandingkan aku yang bersaiz kecil dan ketinggian hanya capai 164 cm sahaja, memang tak mampu nak atasi kekuatan lelaki ni.
“ S–saya memang tak nak balas. Buat apa? Buang masa saya! ”
“ Haesoo. Kita get back, please? I’m sorry. Aku tahu aku salah. Kali ni aku cuba betulkannya semula. ” Aku tepis tangan Jaehyun yang cuba memeluk aku. Aku pandangnya dengan wajah menyampah, tidak menyenangi kehadirannya di situ.
“ Awak fikir semudah itu? No way! Awak putuskan hubungan kita semata-mata untuk perempuan lain, dan tinggalkan saya seorang diri macam orang tak betul. Like seriously, Jaehyun? Awak fikir saya akan percayakan awak lagi? Tak akan! ”
Aku ambil kesempatan ini untuk melarikan diri, menepis kuat segala cubaannya untuk menghalang aku daripada pergi. Gila! Dia fikir aku bodoh sangat nak percayakan dia buat kali kedua? Tak semudah itu.
“ Kau tolak aku sebab kau suka Younghoon, kan? ”
Ayat yang meluncur keluar dari mulut Jaehyun itu berjaya buat aku menghentikan langkah. Nama Younghoon disebut dengan jelas sekali. Apa ni? Aku memalingkan wajah, memandang ke arah Jaehyun dengan muka keliru.
“ A–apa awak cakapkan tadi? ”
“ Lelaki tu. Kau suka dia, kan? ”
Aku menjawab penuh sarkastik, “ Kalau betul, apa kaitan dengan awak? Dia jauh lebih baik berbanding awak, Jaehyun. Tipulah kalau saya tak suka dia. Ya, saya suka Younghoon. Ada masalah? ”
Jaehyun tersenyum meleret, “ Kalau aku bagitahu kakak dia tu pernah jadi girlfriend aku, kau percaya tak? ”
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
model. younghoon
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ you're getting attentions from two handsome models in your company. ft. kim younghoon. #O5. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020