Menguap ,
Menguap buat kali kedua ,
Menguap kali ketiga ,
Itulah aku , Kang Hyejin , gadis berbadan gempal sedang baring diatas katil. Sedang bermalasan sebelum pergi kesekolah.
Hari ini 12 Jan 2019 , Hari yang entah keberapa aku sekolah dan aku malas nak sekolah. Kalau nak diceritakan kisah aku , nak kata rumit tidak juga.
Kisah Kang Hyejin , si gadis yang comel yang dahulunya kurus namun gemuk dalam sekelip mata.
Erk- tak adalah sekelip mata , berkelip-kelip matalah juga.
Semua tak sangka aku ni Hyejin yang dahulu diminati ramai tiba-tiba gemuk. Yelah , dulu aku comel , siap minta nombor telefon , nak chat , nak video call.
Setiap hari ada yang bagi surat nak berkenalan , ada yang nak cuba tarik perhatian aku masa belajar. Yelah comel sangatkan ?
" Hoi ! Berangan ! " Tiba-tiba wajahku dipukul dengan buku. Sakit bak hang ! Okaylah , aku tipu je tadi.
Aku memang gemuk dari dulu. Dari aku kecil sampailah sekarang. Wajah Seulgi , kakak aku direnung lama.
" Pergilah bersiap , nak pergi sekolahkan ? " Dia menyoal sambil menyusun buku-buku aku kedalam beg. Dia kakak sulungkan ? Mestilah kena jaga aku yang bongsu ni.
" Kalau malas macam ni , memang sampai bila kau takkan kuruslah , Hyejin. Tengoklah dari kau umur berapa kau nak kurus , tapi sekarang , dah masuk 80 kilogram dah kau. "
Aku menggaru kepala ,
" Alah , nanti Hyejin diet lah. Kali ni Hyejin janji. Tahun ni , mesti kurus punya ! " Seulgi menggelengkan kepala.
" Kalau nak bezakan berat aku dengan kau , dua kali ganda tau. Kau tu dari beberapa tahun kau kata nak kurus , tak jalan pun. Sejak eomma ada sampailah dia tak ada , sembang. "
Aku terdiam sebentar. Ibu bapa kami dah bercerai , mereka mahu buat haluan masing-masing dan eomma tinggalkan kami. Katanya kami berdua bukan anak-anak dia.
Kiranya kami berdua tak ada ibu.
" Alah , kali ni mesti jadi punya. " Aku kata dengan yakin.
Alah , ni Kang Hyejin. Kalau aku kata aku lapar , aku lapar. Kalau aku kata aku boleh kurus , maksudnya aku boleh !
" Appa , tengoklah anak appa ni. Katanya nak kurus. " Seulgi berkata sambil mengutip pakaian kotor aku yang bersepah diatas lantai.
Maklumlah dia sebagai kakak dan juga tulang belakang keluarga , dialah buat semua kerja dekat rumah sebelum bekerja di sebuah kedai baju.
Balik rumah kena kemas rumah , masak , basuh baju , kira duit belanja rumah , bayar bil , bayar sewa rumah , tidur.
Itulah rutin harian dia , mungkin sebab aku tak buat semua tulah jadi punca aku gemuk.
Tibah , nak juga salahkan orang lain sebab kita gemuk.
" Bersiap , kau jangan nak malas sangat. Kau tu dahlah tahun senior , lepas tu nak malas pula. Kau periksa besar tahun ni kan ? " Soal Seulgi.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal , suka sangatlah nak guna ayat tu ! Tahulah dia dah setahun tinggalkan alam persekolahan , lepas tu nak berlagak dengan aku yang masih sekolah.
Alah , tahun ni kan tahun last aku sekolah ! Jadi , peluang nak kurus tu kan masih tinggi. Semua orang layak nak kurus , nak cantik. Maklumlah semua lelaki dalam dunia ni mesti nak perempuan yang kurus.

ANDA SEDANG MEMBACA
200 tips diet Lee Taeyong
FanfictionOrang kata , lelaki semua nak perempuan yang kurus. Tapi memang betul pun , tengoklah jarang orang nak perempuan yang chubby fatty bum bum macam aku ni. Aku dengar ada seorang pelajar lelaki yang suka tawarkan diri dia untuk jadi coach untuk perempu...