🥙 46

829 111 87
                                        

Hyejin bekerja seperti biasa , dia menyuruh YooA untuk datang ke kafenya. Hampir dua jam sejak kafenya dibuka, namun kelibat YooA masih tidak kelihatan.

" Nuna , Haechan nak pergi buang sampah sekejap. " Haechan berkata , sambil menarik plastik sampah bersamanya. Aku sekadar mengangguk.

Sedang sibuk membuat kerja,

" Maafkan saya. " seseorang menyapa aku dikaunter. " Saya nak jumpa dengan Kang Hyejin boleh ? " Soalnya.

Hyejin memandang kearah orang itu , seorang lelaki yang mengukirkan senyuman padanya. Siapa dia ni ?

" Saya Kang Hyejin, ada apa encik nak jumpa saya ? " Hyejin bertanya. Dia menghulurkan sebuah kotak besar kepada Hyejin.

" Ada orang hantar ni untuk awak. " Dia menghulur kotak tersebut pada Hyejin. Hyejin mengambilnya.

Hyejin membuka kotak tersebut , terdapat penuh kotak berisi coklat.

Hyejin menggelengkan kepala. Tahu benar siapa yang menghantarnya.

" Lee Taeyong. "

Seraya dia menyebut nama itu , dia menerima panggilan telefon. Dia mencapai telefonnya dari poket seluar.

우리용이 🐲

Dia menjawab panggilan itu ,

" Banyak pula coklat awak bagi saya ni. " Hyejin langsung bersuara sebaik saja menjawab panggilan tersebut.

" Awakkan suka benda manis. " Jawab Taeyong ,

" Terima kasih. Tapi perlu ke hari-hari bagi saya coklat , erm ? Semalam punya pun tak habis, awak dah bagi yang baru. " Balasnya.

" Saya teringat dulu-dulu masa dekat sekolah , saya bosan dapat coklat hari-hari dari orang dekat sekolah. Sekarang saya pula nak buat orang bosan dapat coklat dari saya. " Taeyong berkata.

" Saya dengar awak nak jumpa YooA ? " Taeyong langsung bertanya. " Haah. " Hyejin menjawab membuatkan Taeyong mengeluh seketika.

" Ada apa dia nak jumpa awak ? " Taeyong bertanya , dia tak berkenan langsung mendengar nama itu, apatah lagi mendengar YooA mahu berjumpa dengan Hyejin.

Itupun Haechan yang beritahunya apabila Hyejin berkata dia akan ada tetamu yang mahu berjumpa dengannya.

" Tak tahulah. Tapi dah lama juga tak jumpa dia. Adalah kot benda penting dia nak cakap. " Hyejin membalas.

" Saya pergi sana boleh ? " Taeyong bertanya. " Tak perlulah. Benda kecil je ni. Saya boleh uruskan. " Hyejin menjawab.

" Kalau dia apa-apakan awak , awak bagitahu saya. " Taeyong berkata , dia dah bersedia lebih awal. " Awak bertenanglah dulu. Sayakan ada Haechan dekat sini. " Hyejin berkata.

Haechan disebelah hanya tersengih. Dialah yang menjaga Hyejin jika Taeyong tidak berada disisinya , adik upahan Taeyonglah katakan.

Senang cerita , dimana ada Hyejin , disitu ada Haechan.

" Yelah , kalau ada apa-apa , awak bagitahu saya. Jangan sembunyikan apa-apa dari saya pula. Saya dapat tahu nanti- "

" Iya , iya , Taeyong. Saya faham. " Malas mahu mendengar ugutan Taeyong , aku menyampuk. " Saya kena letak ni , terima kasih untuk coklat ni. Apa-apa saya bagitahu awak. " Hyejin langsung menamatkan panggilan.

Hyejin memandang kearah pintu kafe , YooA datang bersama Joy rupanya. Hyejin menghampiri mereka.

Hyejin tergamam seketika melihat keadaan YooA yang bertongkat. Hyejin memandang kearah Joy. Joy hanya mengangguk. Faham benar dengan reaksi Hyejin.

200 tips diet Lee TaeyongTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang