" Cepatlah bagitahu aku , rahsia apa ? " Aku bertanya pada Chungha dihujung talian. Chungha ketawa dihujung talian.
" Alah , kenapa kau nak tahu ? " Dia bertanya. " Yelah , kau cakap pasal aku kot. Kau dah kenapa ? " Aku bertanya.
" Alah , tak ada apalah. Taeyong pun okay je dengar apa aku cakap. "
" Benda bagus ke tidak ? " Aku bertanya. Kalau dia bagitahu benda tak bagus , memang sekarang juga aku datang rumah Chungha ni.
" Bagi aku benda eloklah. Tapi tu terpulang pada Taeyong. " Makin tak keruanlah aku sekarang ni. Apa kau , Chungha.
" Tapi tak apa. Aku boleh nampak masa depan kau nanti. "
" Apa kau merepek ni , Chungha. Bagitahu jelah apa kau cakap dekat dia ? " Aku bertanya lagi. Aku tetap nak tahu.
" Alah kau ni , aku nak tidurlah. Jumpa isnin nanti. Bye bye ! "
Chungha menamatkan panggilan tanpa memberitahu aku terlebih dahulu apa rahsia antara dia dan juga Taeyong.
Tak guna , dahlah pasal aku. Hengko ingat aku tak cuak ke ?
Dari baring atas katil , duduk diatas lantai , baring diatas lantai , aku masih tak boleh lupakan apa yang Taeyong kata.
Perlu ke aku buat Taeyong atau Chungha mabuk supaya diorang bagitahu apa yang diorang simpan ?
Ke aku kena ugut bunuh ?
" Hyejin. " Aku melihat kearah pintu. Berkerut dahi Seulgi dan appa melihat aku yang tak terurus ni.
Segera aku yang baring diatas lantai ini bangun. " Kau dah kenapa ? Dekat luar ni boleh dengar kau membebel. Kau nak jadi apa ni ? " Seulgi bertanya.
Alah , kuat sangat ke ? " Mian. " Aku meminta maaf. " Tak nak makan ke ? " Appa bertanya. " Kejap lagi Hyejin keluar. Tengah fikir pasal soalan math ni. Keliru pula jawapan dia. " Bohongku.
" Apa soalan dia ? Mana tahu aku boleh tolong. " Seulgi baru saja mahu duduk , namun aku segera berdiri.
" Pelik , betul ! Dia tanya ada 4 tan epal yang dijual Encik Kim , dia suruh cari hari apa yang paling banyak epalnya dijual. "
Seulgi mengerut dahinya. " Soalan kau tu tak jelas. Bak sini bukunya , aku tolong. " Seulgi membalas. " Alah , laparlah. Jom makan ! " aku menarik Seulgi , cepat-cepat bawa dia keluar dari bilik.
" Makanlah. Aku ada benda nak bincang dengan appa. " Seulgi melangkah masuk kedalam bilik appa , meninggalkan aku sendiri.
Apalah , tinggalkan aku macam tu je. Aku masuk kedalam bilik , mencapai telefon aku yang berada diatas katil.
Aku melihat kearah laman instagram. Banyak juga gambar yang dia post.
Lee Taeyonglah siapa lagi , dia memang paling rajin nak hantar gambar yang dia tangkap dalam kehidupan seharian dia.Caption dia benda yang sama.
내가 좋아하는 명백한 비밀.
Ermm ?
Pergi terjemah sendiri anak-anak , ada effort 😂 baru suprise.
Aku hanya menggaru kepala , lama pula Seulgi ada dekat bilik appa ni. Takkan aku nak makan dulu ?
Sementara tunggu ni , aku main game jelah. " Hyejin. " Seulgi akhirnya keluar dari bilik. Aik ? Aku baru je nak main game.
" Aku nak cakap dengan kau sikit. Tapi makanlah dulu. Appa tak nak makan. Appa kata dia nak tidur. Kalau dia lapar , dia makan. " Aku mengangguk.
Lama juga kami berdua senyap , tapi aku jadi rasa nak tahu apa yang Seulgi nak cakap. " Unnie nak cakap apa ? " Aku bertanya. Seulgi memandang aku , dia meletakkan chopsticknya diatas meja.
" Aku dengan appa dah bincang yang kita akan pindah dari Seoul ni. "
Aku terkedu. Pindah ? " Aku rasa jalan yang terbaik kita balik Busan , pergi rumah atok dengan nenek. "
Aku masih diam membisu. Aku nak bantah ? Ada juga. Dah tu macam mana nak jumpa Taeyong lepas ni ?
" Tapi lepas kau tamat sekolahlah. Lepas tu kita pindah Busan. " Katanya. Aku tidak memberi respon membuatkan dia hairan.
" Kenapa ? " Seulgi bertanya. Aku hanya menggelengkan kepala. Bapak ah , tiba-tiba nak pindah. Aku cerita pasal mak aku dengan Taeyong je , tiba-tiba nak pindah.
What a-
" Alah , nanti kalau ada masa , ajak jelah Chungha pergi sana. " Katanya lagi.
Bukan masalah Chungha tu , aku tahulah dia boleh je datang. Tapi..
Masalahnya ,
Takkan itu kali terakhir aku jumpa Taeyong ? Baru je nak kawan sampai kahwin.
Eh ? AHAHAHAHAHAHAH
" Taeyong ? " Nama itu keluar dari mulut Seulgi membuatkan aku memandang dia. Dia tahu ke ?
" Aku kakak kaulah , kau ingat aku tak tahu ke kalau kau syok dekat someone , macam mana perangai kau ? " Soalnya.
" Kau tenung kertas hari tu , tengok live dia , kau asyik keluar nak pergi bersenam tu , sebab dia juga kan ? "
Aku menunduk , dia dah tahu. Tapi macam mana dia tahu aku keluar pergi bersenam dengan Taeyong ?
" Chungha cerita dekat aku yang kau diet dengan bantuan lelaki tu. Seronok ? "
Gila tak seronok diet dengan crush sendiri.
" Tadi pun kau pergi jogging dengan dia ? " soalnya. Dia mencapai gelas disebelahnya.
" Patutnya seorang je. Tapi dia datang teman. " Seulgi memandang aku. Nampak macam dia tak percaya. Dia memandang aku atas bawah.
Haa asal ? Kau fikir aku tak menariklah tu. Dia ketawa secara tiba-tiba. Kan ? Aku dah agak dah.
" Kau tahu kenapa aku gelak ? " Dia bertanya. " Nak cakap Hyejin fikir dia tertarik dengan Hyejin ke ? " Seulgi mengangguk dan dia kembali ketawa.
Kali ni bukan main besar tawanya. Siut betul ada kakak macam dia.
" Sorry , aku rasa kelakar. " Dengan tawanya masih tersisa , dia berkata. Aku ? Dah masam muka.
Kadang-kala kakak ni tak patut wujud dalam dunia tau. Manusia paling annoying.
" Yelah. " Seulgi senyap , tahulah kot aku terasa dengan dia. " Alah , sorrylah. Tapi mana tahu akan jadi. " Katanya.
Heh ? Aku tak payah cakaplah , hari-hari aku doa benda tu jadi kenyataan.
Lee Taeyong as my boyfriend.
Hari-hari.
" Sebelum kita pindah ni , buatlah kenangan yang terindah untuk kau kenang. Tak semua ada peluang nak bercinta tapi bertepuk sebelah tangan macam kau. " Dia ketawa lagi.
Fuh lamak dia menghina betul !

YOU ARE READING
200 tips diet Lee Taeyong
FanfictionOrang kata , lelaki semua nak perempuan yang kurus. Tapi memang betul pun , tengoklah jarang orang nak perempuan yang chubby fatty bum bum macam aku ni. Aku dengar ada seorang pelajar lelaki yang suka tawarkan diri dia untuk jadi coach untuk perempu...