🥙 7

681 133 54
                                    

Aku tak boleh move on dengan tindak tanduk Taeyong semalam. Dia berhenti dekat tempat aku berhenti , sebab dia nak minta maaf dekat aku je ke ?

Wah , overthinking betul kau ni , Kang Hyejin. Tapi aku teringin nak tahu apa yang Taeyong , Joy dan Jisoo bualkan semalam.

Masam je muka masing-masing.
" Kang Hyejin. " Kepala aku ditunjal dari belakang. Dah kenapa ?
Seulgi berpeluk tubuh.

" Kau nak pergi sekolah ke tak ni ? " Aku mengangguk. Kalau aku cakap tak nak pergi , memang kena libas dengan penyapulah jawabnya.

" Nak pergilah ni. " Aku bangkit dari katil , melangkah ke bilik air untuk bersiap.

Tak tahu kenapa , aku rasa letih. Mungkin sebab aku terlalu fikirkan apa yang pelajar lain kata. Aku keluar dari bilik air dan bersiap sebelum telefon bimbit aku asyik berbunyi.

Dah kenapalah bising sangat tu ? Aku segera mencapai telefon aku , melihat mesej yang berderet masuk daripada Chungha.

Kalau nak datang sekolah , ikut jalan belakang. Aku tunggu kau dekat sana.

Banyak lagi mesej dia tapi aku dapat rasakan memang hari ni hari yang tak baik. Mesti Joy buat sesuatu sekali.

Tak apalah , aku malas nak ikut jalan belakang. Bukannya aku buat jenayah pun.

Aku ikut jalan depan jelah. Dah kenapa kau suruh aku ikut jalan belakang ?

Aku menekan butang hantar lalu kembali bersiap. Baru sahaja mahu menyikat rambut , Chungha menelefon namun aku enggan mengangkatnya.

Aku tahu dia nak bebel. Tapi aku tak ada mood nak mendengar.

Sepanjang aku berjalan untuk ke sekolah. Selagi itulah Chungha tidak berhenti menelefon aku. Gigih betullah dia nak suruh aku ikut jalan belakang.

Belum sampai ke sekolah , aku melihat dihadapan sekolah penuh kertas melekat di tepi pagar sekolah.

Aku mendekati pagar tersebut.

G-gambar aku !? Dibawahnya tertulis sesuatu.

Kang Hyejin , kelas 5-2. Sedang berusaha untuk kurus. Katanya kalau nak bagi motivasi untuk dia , ejek dia banyak lagi supaya dia kurus.

Ya tuhanku , dah kenapa aku pula yang kena ni ? Aku memandang kedepan , ramai juga pelajar sekolah dihadapan sekolah.

Patutlah Chungha suruh aku ikut jalan belakang. " Hyejin ! " jantung aku bagai mahu keluar , aku terperanjat apabila suara Joy menegur.

Dia menghampiri aku. " Macam mana ? Suka tak ? Tak payah gunakan Taeyong pun boleh kuruskan ? " soalnya. Aku hanya menganggukkan kepala.

Tak lama kemudian , aku ternampak Chungha yang menghampiri aku.

" Jangan buang masa dekat sini. Jom , pergi kelas. " Chungha menarik tangan aku namun Joy bersuara , sengaja menarik perhatian ramai.

" Inilah queen kita hari ni. Berikan tepukan untuk dia. Jangan lupa apa yang dia suruh kita buat okay ? " Soal Joy.

" Gila. " Chungha menarik aku kembali , kami segera melangkah ke kelas. " Kenapa kau tak jawab call aku ? Mesej aku tak balas pula. Kau ni pun , aku kan dah suruh kau ikut jalan belakang ? Kenapa degil sangat ? "

Chungha bertanya. Aku hanya senyap , meletakkan barang-barang aku.

" Tak apalah. Nanti senyap lah tu. " aku membalas. " Isu semalam tak selesai lagi , Kang Hyejin. Sekarang cikgu-cikgu cari kau tahu ? "

Aku terkedu.

" Joy kata kau yang suruh dia sebarkan kertas-kertas tu sebab kau nak diet. Kau tahukan kau dah dapat surat amaran sebelum ni ? Kang Hyejin ! " Aku terdiam.

200 tips diet Lee TaeyongWhere stories live. Discover now