🥙 33

504 92 34
                                    

" Hyung ni , dah mengalah dah ? " Mark bertanya dihujung talian.
" Habis tu aku nak buat apa lagi , Mark ? Hyung rasa serba salah sangat tahu kalau terus ada dekat sini. " Aku membalas.

Aku baring diatas katil. Aku pulang kerumah sebaik saja kejadian tadi berlaku. Aku mengajak Hyejin pulang sekali , tapi dia tak membantah. Dia hanya mengekori aku pulang dari belakang.

" Mark pun pernah cakap macam tu bila Mark gaduh dengan Jiyoo. Tapi hyung sendiri kata , kalau betul-betul sayang , jangan lepaskan. " Mark mula membebel.

Yelah, masih tengah angau seronok bercinta , bolehlah sembang dengan aku yang tengah sendu.

" Hyung bawa tak hadiah yang hyung beli tu ? " Mark bertanya. " Bawa je. Tapi tak bagi lagi. " Aku membalas.

" Tak apa. Tak payah bagi lagi. Dengar dulu cakap Mark. " Mark berkata , dari nada suara dia nampak macam dia yakin betul.

Aku hanya mendengar kata-kata Mark dihujung talian.

" Mana kau tahu benda tu boleh jadi ? Kalau jadi terbalik macam mana ? " Aku bertanya.

" Aik , hyung sendiri tak yakin dengan diri sendiri ke ? Hyung boleh percayakan Mark boleh dapatkan Jiyoo balik , tapi kenapa hyung tak boleh percaya diri hyung nak dapatkan nuna ? " Mark bertanya.

Aku meraup wajah , " Ingat benda senang ke , Mark ? Ini pasal perasaan dia juga. Apa yang hyung buat ni , lagi teruk daripada apa yang Mark buat tau. Sebab tu hyung tak yakin. "

Aku berkata sambil merenung kesekeliling bilik tersebut.

" Munasabah ke alasan yang hyung akan bagi pada dia ? Kalau dia tetap rasa yang hyung salah macam mana ? Hyung tetap tak boleh buat apa. " Aku menambah.

" Hyung memang nak putus asa ke ? " Mark bertanya. " Hyung sendiri tak tahulah , Mark. Ada masanya hyung rasa lebih baik berundur , tapi takkan hyung nak biarkan dia terus macam ni ? Hyung pun nak yang terbaik untuk dia. " Aku menjawab.

" Hyung takut hyung buat keputusan yang salah. " Aku berkata lagi. Perasaan bimbang aku menggunung sejak peristiwa tadi.

" Hyung rasa dia sayangkan hyung lagi ? " Berkerut dahi aku dibuatnya mendengar soalan Mark.

Ikutkan perasaan kuat perasan aku , dah semestinya aku kata dia masih sayangkan aku. Tapi kalau ikut logik akal aku, ya dia masih sayangkan aku.

Ya , kita kena confident.

" Entahlah. " Malas nak mengaku , aku hanya berbohong dengan perasaan confident aku tadi. " Hyung nak balik sekarang , baliklah. Itupun kalau memang dah putus asa sangat. "

Eh , budak Mark ni. Macam perli aku je. Mengejek aku sebab tak dapat buat apa yang aku nak ke ? Tak boleh jadi ni.

" Takkanlah aku nak balik sekarang. Maleh aku. " aku membalas. " Dah tu ? Hyung macam putus asa je ? Kalau nuna tu dah tak pandang , hyung nak buat apa lagi dekat sana ? " Mark bertanya.

" Nanti aku baliklah. Tengoklah macam mana. Nak kena cari tiket nak balik Seoul lagi. " Aku membalas.

" Haaa yelah. Nanti kalau dah confirm nak balik , bagitahu Mark. "

" Yelah. "

Aku menamatkan panggilan tersebut , aku menghela nafas berat sebelum keluar dari bilik. Aku melihat kearah pintu rumah , melihat Hyejin yang sendirian diluar.

Aku hanya melangkah kearah dapur , mencapai cawan lalu membuka peti sejuk, terasa haus pula lepas berbual dengan Mark. Perlu ke aku tegur Hyejin ?

Atau biar je dia dekat situ ?

Tak payahlah aku ganggu dia sekarang. Tadi bukan main , tangan dah melekatlah , minta kena ciumlah , hias rambut dialah.

Biarlah dia aman sekejap. Baru saja mahu minum ,

" Boleh aku cakap dengan kau sekejap ? " Seraya itu aku tercampak cawan. Mujur cawan plastik , jadi tak pecah , cuma air saja yang tumpah.

Aku memandang Hyejin. Aku mengangguk. " Saya lap ni dulu. Nanti saya datang. "

Tanpa membantah, Hyejin hanya beredar dari situ. Dengan tak minta maaf , dia pergi macam tu je ? Eii ! Geram je aku dengan Kang Hyejin ni.

Siap kau kejap lagi ! Aku kalau dah dapat idea nak mengusik dia , aku takkan berhenti. Aku nak buat jugak ! Nak tunjuk hati siapa lagi keraskan ?

Selesai saja aku mengelap , aku segera menghampiri Hyejin yang berada diluar rumah. Aku berdiri disebelahnya yang sedang termenung sambil memeluk dirinya.

" Awak nak cakap apa dengan saya ? " Aku bertanya. " Lusa hari kanak-kanak. " Dia bersuara. Aku mengangguk, " Kenapa dengan hari kanak-kanak ? Awak nak saya jadi anak awak ke ? "

Hyejin tersenyum nipis , barangkali terhibur dengan soalan aku.

Aku dah cakap , Hyejin ni cantik. Korang je tak nak percaya.

" Lusa aku ingat nak suruh kau tolong aku jaga budak-budak dekat rumah nenek tadi. Sekurang-kurangnya ada yang tolong aku jaga budak-budak tu. Nak harapkan aku seorang , takut hilang pula anak orang. " katanya.

" Boleh je. Tapi kalau awak nak , saya boleh call Chungha , suruh dia teman awak sekali. Yelah , atleast awak ada kawan. Nak harapkan saya boyfriend awak ni , saya berkepit dengan awak je. Budak-budak tu saya biar je terlepas. " Perlahan-lahan aku memandang kearah Hyejin.

Teringin nak tengok reaksi dia. Namun , dia nampak tenang. " Kalau dia nak datang , datanglah. Aku risau dia sibuk je. Yelah , dia sibuk dengan kerjaya model dia. "

Aku mengerutkan dahi memandang Hyejin. " Model ? Chungha jadi model ? " Aku bertanya. Hyejin memandang aku , dia mengangguk.
" Dia cakap dekat aku dia dah jadi model. " Hyejin menjawab , sambil menggenggam kedua-dua tangannya , tersenyum.

Aku hanya mengangguk kecil.
" Untung betul jadi Chungha kan ? " Aku bertanya. " Kenapa ? " Hyejin bertanya pada aku.

" Chungha ada kawan yang baik macam awak. Selalu sokong apa yang dia suka. Dari riak wajah awak , saya boleh nampak yang awak bangga dengan dia. Awak selalu dengan dia. Teringin juga nak jadi macam Chungha. " Aku bersuara.

Aku mengeluh. " Tapi sayang... " Aku senyap seketika ,

" Tapi sayang .. ? " Dia menanti kata-kata dari aku. " ya , sayang ? Awak panggil saya ya ? " Terkejut Hyejin mendengar aku balas dari aku.

Ya , reaksi yang aku nantikan , wajahnya mula merah. Aku ketawa kecil , " Tapi sayang , Chungha perempuan.Kalau saya nak jadi macam Chungha , siapa nak jaga awak ? Siapa nak lindung awak lagi lepas ni ? Saya ubah fikiran. Saya tetap nak jadi Lee Taeyong.

Tak kira awak benci saya ataupun tidak , janji saya untuk awak ialah hati saya ni sentiasa awak pegang. "

Hyejin memandang kearah aku , wajahnya nampak bingung. " Kau nak ubah jantina ke ? "

Eh , sampai ke situ pula dia ambil serious gurauan aku. Aku menggelengkan kepala dengan laju.

" Lupakan apa yang saya cakap tadi. Dengar baik-baik , Hyejin. " Aku berkata dengan serious. Hyejin hanya menunggu.

" I want nobody nobody but you ! I want nobody nobody but you ! I want nobody nobody but you ! " Sambil menyanyi dan menari lagu wonder girls nobody , aku melihat reaksinya.

Namun, dia hanya mengerutkan dahinya , dia nampak tak suka. Tapi aku tetap teruskan menyanyi dan menari membuatkan dia menggelengkan kepala.

" Pening kepala aku dengan kau ni. Aku masuk bilik dulu. "

Aku mengekorinya dari belakang sambil meneruskan menari dan menyanyi.

" I want nobody but Kang Hyejin ! I want nobody nobody but Kang Hyejin ! I want nobody nobody nobody nobody but Kang Hyejin ! "

Rosak lagu Wonder Girls sebab aku , tapi aku tahu Hyejin terhibur dengan aku sekarang ni. Rasanya rancangan aku dah berjaya untuk pusingan pertama.

Mira lambat update tau sekarang ni , Mira dah start class online. Tapi insya ALLAH , Mira akan sentiasa update hari hari.

By the way , how about this story ? So lame ke ? 😂😂😂😂

200 tips diet Lee TaeyongWhere stories live. Discover now