🥙 5

687 132 42
                                    

" Kang Hyejin ! " Aku mengangkat wajah , melihat susuk tubuh yang memanggil aku yang sedang berbual bersama Chungha dibawah pokok yang besar dikawasan sekolah.

Dan semestinya orang tersebut adalah Joy dan rakan baiknya , Jisoo.

" Kakak kau ada bagitahu apa-apa tak ? " Aku hanya memandang Joy. Malas nak menjawab , aku mengambil langkah pergi namun Jisoo menahan.

" Awal sangatlah kau nak pergi. Bagitahulah apa kakak kau cakap. " Joy memujuk. Heh ? Memujuk , entahlah , macam sengaja nak memperlekehkan aku adalah.

" Dia tak cakap apa pun. Cuma jangan ganggu kau. " Joy tersenyum. " Kau rasa kau ganggu aku tak ? "

Tanpa segan silu , aku mengangguk.
" Baguslah kau tahu. " Joy memukul bahu aku. " Aku kena pergilah , Joy. Sorry. "

Joy mengerutkan dahi , dia tidak melepaskan bahu aku. " Kau nak pergi mana ? " Soalnya. Takkan aku nak jawab aku nak jumpa Taeyong ?

Memang idok ler. Mati aku kalau aku jawab macam tu. " Pergi kelaslah. " Aku masih cakap betul walaupun tu bukan tujuan asal aku.

Kira bohong fifty-fifty. Haaa gitu ! Joy hanya mengangguk. " Pergilah. Nikmati hidup kau yang membosankan. " Dia menolak aku kehadapan.

" Kalau nak halau pun tak payahlah sampai tolak. " Chungha menarik lengan aku , segera kami berdua beredar dari situ , meninggalkan Joy dibelakang.

" Tak habis-habis dia nak kacau kau , dah kenapa ? " Chungha menyoal.
" Dia cakap apa dengan kakak kau ? " Aku menggelengkan kepala , malaslah nak cakap pasal tu.

" Kau cakap nak jumpa Taeyongkan ? "

Oh , haahlah. Aku kena cepat. Kejap lagi kena pergi padang , bersenam kononnya. Aku dengan Chungha kebanyakan merayau je. Cikgu selalu tengok pelajar lelaki je.

" Cepat tau , Hyejin. Aku tunggu kau dekat bawah. " aku mengangguk , segera aku pergi ke kelas , meletakkan beg sekolah ditempat duduk aku.

Baju sukan dikeluarkan dan segera aku ke tingkat bawah , dimana kelas Taeyong berada. Baru saja turun tangga , aku dah mula rasa gemuruh.

Aku menghampiri pintu kelasnya , betul ke aku nak buat ? Buat jelah , kau nak kuruskan , Kang Hyejin ?

Kau kena ada boyfriend juga macam orang lain , kau tak boleh single sampai tua. Kau kena kurus juga !

Belum sempat aku mengetuk pintu kelas , pintu terbuka. Wah , aku tak sempat baca mantera lagi dah terbuka.

" Saya nak jumpa Lee Tae- "

Terdiam aku dibuatnya apabila yang membuka pintu kelas tersebut ialah,

Lee Taeyong sendiri.

" Lee Tae ? Lee Tae bukan kelas sini. Tak kenallah pula Lee Tae , kejap saya tanya yang lain. "

Dia mahu pergi namun aku terlebih dahulu menghalangnya. Aku bukan cari Lee Tae lah ! Aku pun tak kenal siapa Lee Tae tu.

" Saya cari Lee Taeyong. " Aku bersuara. " Oh , awak cari saya ke ? Sayalah Lee Taeyong. "

Takkan kau nak kenalkan diri kau dekat aku padahal satu sekolah kenal kau ,

Sebut nama kau je , ada yang menjerit.

Sebut je nama kau , ada yang pengsan.

Siapa ? Akulah AHAHAHAHAHHAAH

" Erm , saya datang ni pasal semalam saya ada tengok ig live awak. " Aku pula yang takut nak cakap dengan dia. Reaksi dia biasa je.

" Sayalah Kang Hyejin. Dari kelas 5-2. Saya yang komen dekat ig live awak pasal diet coaching awak tu. "

" Eh ? Kang Hyejin ? Tapi tadi ada seorang perempuan mengaku dia Kang Hyejin. Dia baru je datang jumpa saya tadi. "

Eh , dalam sekolah ni , aku je tau nama Kang Hyejin , kelas 5-2 , pelajar paling gempal. Siapa pula mengaku dia tu Kang Hyejin ?

" Saya je Kang Hyejin dari kelas 5-2 dalam sekolah ni. " Rasa nak menangis pun ada.

" Saya tak ada peluang lagi ke untuk join ? " Aku bertanya. " Maaflah. Saya tutup buat masa ni. Yang saya cerita tadi tulah yang terakhir saya ambil. "

" Macam mana ni , Chungha ? " Aku mengeluh. Ada coach senanglah sikit aku nak kurus. Aku kalau diet ni, aku tetap makan tanpa henti.

Tu makna diet bagi aku. Teruskan makan walaupun anda kenyang.

" Siapa pula yang mengaku diri dia Kang Hyejin ? " Chungha menyoal. Aku menggelengkan kepala. Manalah aku tahu. Teringin nak gemuk ke doh ?!

" Kang Hyejin ~ ! "

Aduh , semak betullah suara dia ni. Tak boleh ke kacau perempuan lain ? Aku faham aku comel tapi pleaselah , saya tak boleh jadi tumpuan ramai.

Takut riak.

Joy duduk disebelah aku. " Bual dengan Taeyong ke tadi ? " Soalnya. Menyibuk betul. Aku cakap dengan Taeyong je pun.

" Em. " Aku hanya mengaku. Kalau dia dah nampak. Tu , biar jelah. " Bual apa je ? "

" Dahlah , Joy. Jangan sibuk hal Hyejin boleh ? " Chungha menarik tangan aku , pergi ketempat lain.

Life aku menarik ke sanpai Joy nak ganggu ? Mungkin berkat makan sos cili life dari kecil.

" Tadi pun aku jumpa Taeyong tau. Nak buat diet dengan dia sekali. Aku harap kau tak marahlah sebab aku ambil peluang kau nak hilangkan lemak-lemak kau. " Jisoo berkata secara tiba-tiba.

Oh , dia ke yang mengaku dia Kang Hyejin tiba-tiba ? Jisoo menepuk bahu aku.

" Kalau kau cepat sikit , sempatlah kot kau nak kurus nanti. Tapi nampaknya kau takkan sempatlah. " Jisoo menambah sebelum dia mahu pergi.

" Oh ya. Joy kata , mulai sekarang dia akan usik kau untuk bagi semangat untuk kau kurus nanti. Kau jangan risau. Joy sebenarnya baik , dia memang nak tolong kau kurus. Tapi tanpa bantuan Taeyonglah. "

Dia segera pergi.

" Apa masalah diorang ? Kau nak diet je pun. Sanggup menyamar jadi kau pula. " Chungha menggelengkan kepala , aku pun tak tahu nak buat apa.

Betul Chungha kata , aku nak kurus je pun. Beria nak tolong aku kenapa ? Aku melihat kearah padang sekolah , melihat pelajar lelaki kelas kami bermain bola sepak bersama pelajar kelas Taeyong.

Ya , Taeyong juga turut sertai walaupun dia kurang gemar bermain bola sepak.

Ceh , macam aku tahu je dia tak suka main bola sepak.

" Nak tengok ke ? " Chungha bertanya. " Aku menggelengkan kepala. Nak tengok ?

" LEE TAEYONGGGG ! "

" TAEYONG ! "

Ramai pelajar perempuannsedang berkumpul melihat pelajar lelaki main. Atau lagi tepat , Taeyong.

" Handsomenya Taeyong. "

" Pandainya dia main bola. "

Dari tadi aku dapat mendengar ramai pelajar perempuan memujinya.

Beruntung betul jadi handsome , aku pun nak jadi handsomelah.

Boleh ?

" Eo ? Kang Hyejin ? " Seseorang menegur aku. Pelajar dari kelas lain.

" Tak malu betul dia ada dekat sini. " Kata rakannya. Excuse meh ?

" Apa benda korang cakap ni ? " Chungha mencelah. " Nama dia ada dekat website sekolah. Korang tak baca ke ? "

Nama aku dekat website sekolah ? Langsung aku keluarkan telefon bimbit.

Kang Hyejin. Tadi dia berbual dengan Lee Taeyong. Nampak macam dia nak mengorat Taeyong je. Tak malu betul ! Siap pegang tangan Taeyong lagi.

Dahlah gemuk lepas tu nak goda Taeyong ? Muka macam tapak kasut ada hati nak ganggu Taeyong.

What the heckk. Takkan kerja Joy ?

200 tips diet Lee TaeyongWhere stories live. Discover now