🥙 8

613 130 38
                                    

Aku merenung kertas yang tertulis nombor telefon Taeyong. Ya ampun , senang betullah dapat nombor dia. Aku nak tegur dia macam mana eh ?

" Eh. " Tangan aku dipukul Seulgi.
" Sampai bila nak tenung kertas tu ? Apa yang menarik sangat ? " Dia mahu mencuri tengok.

" Janganlah. Kertas ni berharga tau. " Aku menjawab sambil tersenyum memandang kertas tersebut.

" Nak makan ke tak ? " Appa bertanya , sepertinya dia tak tahan sudah tengok aku perangai macam tu. Segera aku menyimpan kertas tersebut dan menjamu selera.

Marah betul , aku tenung kertas je pun. " Appa , Seulgi dah bayar duit rumah ni sikit , bil api dengan air pun dah bayar. Seulgi ingat Seulgi nak buka kedai sendiri. "

Aku memandang Seulgi sebelum memandang appa. " Kita tak cukup duit , Seulgi. Kamu pun tahukan ? " Appa menyoal kembali.

" Tapi kitakan boleh usaha. " Seulgi membalas. " Sampai bila kita nak hidup macam ni ? Kita tak ada duit tau, appa. "

Aku mendiamkan diri. " Nak tunggu Hyejin kerja lambat lagi. Kita kena kerja keras. " Seulgi menambah.

Appa hanya mengangguk. " Gaji kamu dekat kedai baju tu ? " Soal appa. " Tak banyak , adalah dalam 281,745 won. "

Aku menghela nafas perlahan. Kerja teruk pun , dapat banyak tu je. Kesian Seulgi.

(281,745 won= Rm1000 )

" Seulgi ingat nak kerja dekat tempat lain. Nanti Seulgi cari dekat kedai makan. Katanya kedai makan sekurang-kurangnya mahallah sikit. "

Aku masih membisu. Aku tak tahu nak buat apa. Rasa serba salah pun ada , bercampur baur.

Mesti susah untuk diorang. Terpaksa kerja keras , tapi aku ? Berfoya-foya nak kuruskan badan , sibuk nak cari boyfriend.

Nampak sangat aku ni masih teringat dunia sekolah ni ibarat syurga.

Ting !

Aku mendapat mesej dari Chungha.

Alang-alang dah dapat nombor telefon Taeyong tu , bukalah langkah sekali. Mana tahu korang memang ditakdirkan bersama ? 😋

Aku tersenyum. Eii ! Tak sabarnya nak mesej dia.

" Hyejin. " Seulgi menegur aku. " Yuran sekolah kau , aku bayar sikit sikit boleh ? Kalau aku bayar terus , kita tak ada duit nak makan. "

Aku hanya mengangguk. " Kamu dah boleh buang lemak kamu tu. " Aku hanya tersenyum. Aku mengangguk. Memandangkan aku dah dapat peluang nak diet dengan Taeyong ni , aku dengan yakin boleh kurus tahun ni !

Aku melangkah masuk kedalam bilik , nak belajar , namun sementara itu , aku keluarkan kertas yang Taeyong berikan tadi.

Dengan hati yang gembira , aku menyimpan nombornya di telefon.

Taeyongie 🌠

Tak naklah letak love love , kantoi nanti.

Aku nak mesej dia, tapi aku takut. Weh , macam mana ni ? Jantung aku berdebar , tangan aku dah mula menggigil.

Macam mana nak susun ayat ?

Hai saya Hyejin dari 5-2.

Takkan ayat yang sama aku kena ulang dekat dia ? Tak habis-habis Hyejin dari kelas 5-2. Dia pun tahu aku satu-satunya Hyejin dekat sekolah tu.

Aku mula menaip.

Annyeong , Taeyong ah

Namun butang hantar tidak ditekan lagi. " Hyejin ah ! " Aku menoleh apabila Seulgi menegur. Dahlah tak ketuk pintu , lepas tu masuk macam tu je.

200 tips diet Lee TaeyongWhere stories live. Discover now