" Kau tu membohong , Kim Chungha ! " Aku berkata pada Chungha. Dia memandang aku tak percaya.
" Hello, tolong sikit okay ? Aku nak bagi suprise dekat dia okay ? " Dia membalas. " Dia mati-mati fikir kau model tau sekarang. Cuba kalau dia dapat tahu kerja kau ? Kalau dia merajuk dengan kau macam mana ? " Aku bertanya.
Chungha menggelengkan kepala.
" Aku kenal Hyejin aku. Dia takkan merajuk dengan aku. Aku kawan baik dia kot. Lainlah kau. Bukan sesiapa pun. "Berani betul dia bandingkan aku dengan dia. Nasib baik aku pakai earphone, mahu orang ingat aku bawa perempuan ajak bergaduh pula.
" Eh , aku nak tanya ni. Kau free tak lusa ni ? " Aku bertanya. " Aku cuti. Kenapa ? " Chungha membalas.
" Aku ingat nak ajak kau datang Busan. Rumah Hyejin. Kau temanlah dia. " Aku membalas. " Teman pergi mana ? " Chungha menggaru kepala.
" Datanglah teman Hyejin dekat Busan ni. Teman dia sepanjang hari kanak-kanak ni. Nak asyik harapkan aku , dia yang lari nanti. "
Chungha hanya mengangguk. " Kalau kau dah cakap macam tu. Okaylah. Nanti aku datang. "
Aku hanya mengangguk. " Kau dengan dia macam mana ? " Chungha bertanya. " Macam tu jelah. Nak harapkan lebih , kena buat lebihlah. " Aku membalas.
Chungha mengangguk faham.
" Perlahan-lahanlah. Mana tahu adalah hati dia nak terbuka untuk kau nanti. " Chungha membalas penuh selamba." Senanglah kau cakap. Kau tak ada dekat tempat aku. " Aku menjawab.
" Aku memang tak ada dekat tempat kau , tapi aku tahu Hyejin tu macam mana. Lama-lama mesti dia lembut hati. Cuma pandai-pandai kaulah kena ambil hati dia macam mana. "Balasnya sebelum dia duduk diatas sofa rumahnya.
" Tak apa. Aku tolong kau nanti. " Chungha berkata , aku hanya mengangguk perlahan. " Tak payah risaulah. Jumpa kau nanti. "
" Erm , jumpa nanti. " Aku segera menamatkan panggilan video tersebut. Aku mengeluh seketika.
Aku tak boleh duduk dalam bilik lama-lama , baik aku keluar sekejap. Aku mengerling kearah jam diskrin telefon. Jam menunjukkan pukul 11:02 pagi.
Segera aku keluar dari bilik , dalam masa yang sama aku mencapai tuala yang disangkut.
Borak dengan Chungha ni memang , lama betul. Dengan membebelnya , dengan kehulur-kehilir dia, sekejap minum air , sekejap jalan masuk ke bilik , kejap patah balik ke ruang tamu , pergi dapur pula.
Sambil melangkah kebilik air , aku bernyanyi kecil.
" Simba ya ! " Aku mendengar Hyejin memanggil Simba diluar. " Dengan aku tak ada pula nak panggil manja macam tu. " Aku berkata sendirian.
" Taeyong. " Aku terserempak dengan Seulgi sebelum aku masuk kedalam bilik air. " Lepas kamu mandi , kamu boleh belikan barang tak ? Kalau kamu nak , nuna boleh minta Hyejin temankan kamu. "
Aku mengangguk. " Boleh je. " Seulgi langsung pergi manakala aku masuk kedalam bilik air untuk mandi.
" Took a flight go to the cloud nine~ " Aku bernyanyi kecil. Sedang seronok bersihkan diri , dari tadi aku dengar suara Hyejin berbual dengan Simba. Macam dia ada dekat belakang rumah.
Disebabkan suaranya agak perlahan ketika berbual dengan Simba , aku hanya mendiamkan diri untuk mendengarnya sehingga mendengar bunyi langkah seseorang pergi dari situ.
" Unnie ! Siapa dekat dalam bilik air ? Appa ke ? " Suara Hyejin kedengaran kuat.
Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Segera aku mencapai tuala dan keluar dari bilik air.
" OPP! " Seperti aku agak , Hyejin segera menutup wajahnya membuatkan aku ketawa. " Terkejut ke ? Maaf. "
" Memang tak reti nak pakai baju ke sebelum keluar ? " Hyejin bertanya. Tangannya masih menutup wajahnya,
" Takkan saya nak pakai balik , saya nak cuci nanti. " Aku membalas." Ke awak nak basuhkan ? " Aku menghulurkan pakaian aku padanya. " Jangan nak merepek , basuh sendiri. " Katanya , Hyejin segera memusingkan badannya , membelakangi aku.
" Kalau macam tu , saya stay jelah sini , kalau kakak awak nampak je , ayah awak nampak ke– "
" Aish , bak sini baju tu ! " Hyejin menghulurkan tangannya , meminta pakaian kotor tersebut. " Saya nak awak yang cuci tau. Saya tak nak orang lain. " Aku bersuara.
" Iya. " Balasnya. Laju saja aku menghulurkan pakaian tersebut pada Hyejin. Sebelum berlari masuk kedalam bilik, dengan peluang yang masih ada , aku memeluknya dari belakang membuatkan dia terperanjat.
" Terima kasih. " Ucapku lalu segera aku kebilik. Aku seronok sendiri sebaik saja masuk kedalam bilik. Terhibur dengan reaksi Hyejin tadi.
" Hmm , baju apa kita nak pakai hari ni. " Aku berkata sendiri sambil selongkar pakaian didalam beg.
T-shirt putih dikeluarkan , kemeja biru gelap turut dikeluarkan dan akhir sekali seluar berwarna denim dikeluarkan.
Sebaik saja selesai memakai pakaian , aku melangkah kearah cermin yang disangkut pada dinding. Sambil melihat diri sendiri dicermin , aku berfikir.
Perlu ke aku ubah gaya rambut ? Perlu nampak dahi ke tidak ?
Hmmmm... Tak apalah. Kita try something yang baru.
" Unnie ! Hyejin tinggalkan baju dekat sini. Nanti Hyejin basuh. " Suara Hyejin kedengaran sehingga dibilik aku. " Tak apalah, kalau kau nak pergi mana-mana pergilah, aku basuhkan. "
" Tak apalah. Lepas Hyejin balik , Hyejin cuci baju ni. " Hyejin membalas. Kedengaran Hyejin mahu melangkah keluar , segera aku mencapai jam tangan , telefon bimbit dan juga dompet diatas katil.
Laju aku membuka pintu membuatkan mereka berdua menoleh kearah aku. Mereka berdua kaku , " Maaf , kuat sangat ke bunyi pintu ni ? "
Seulgi menggelengkan kepala. " Tak adalah. Nuna cuma terkejut je. Kamu nampak segak sangat. " Seulgi berkata.
" Awak nak pergi mana , Hyejin ? " Aku bertanya. " Hyejin nak pergi beli barang untuk budak-budak. Alang-alang kamu pun nak keluar tolong nuna belikan barang , lagi bagus kamu berdua pergi sama-sama. "
Seulgi menghulurkan senarai barang dan juga wang. Aku hanya mengangguk. Hyejin masih kaku berdiri dihadapan pintu masuk , dia tak membantah apa-apa.
Aku menghampirinya. Dia memandang aku dengan pandangan yang bingung. " Dah kenapa pandang saya macam tu ? " Aku bertanya. Segera dia menggelengkan kepala.
" Jom , kita pergi beli barang. Seeloknya kita beli barang untuk budak-budak tu dulu. Baru kita beli barang yang kakak awak suruh kita beli ni. " Aku bersuara sambil menunjuk senarai barang.
Namun, Hyejin masih kaku , memandang aku. Eh ? Dia ni kena sumpah ke ?
" Kenapa awak pandang saya macam tu ? Saya kacak sangat ke ? Macam kakak awak cakap ? "
Hyejin segera memaling kearah lain.
" Aku pergi beli barang budak-budak tu dulu. Tapi kalau kau nak pergi beli barang seorang diri pun tak apa. Lagi bagus. Tak adalah aku buang masa sesiapa. " Katanya." Mana boleh kalau macam tu. Dah alang-alang saya sampai Busan ni. Sambil awak teman saya , saya boleh tengok suasana dekat Busan ni. Bukan selalu saya nak datang sini. " Aku berkata padanya.
Hyejin tanpa bersuara , segera keluar dari rumah untuk memakai kasut. Aku segera duduk disebelahnya , namun kasutnya menarik perhatian aku.
Kasutnya lusuh , ada juga bahagian yang sedikit terkoyak.
" Cepatlah. " Katanya yang sudah berdiri setelah selesai mengikat tali kasut. Aku hanya bangun sambil mengukirkan senyuman padanya.
" Jom. " Aku memegang erat tangannya sebelum menariknya untuk pergi.
Sorry guys lambat update ! Insya ALLAH hari ni Mira akan try buat double update ya ? Sorry kalau cerita ni hambar teruk.😂😭

YOU ARE READING
200 tips diet Lee Taeyong
FanfictionOrang kata , lelaki semua nak perempuan yang kurus. Tapi memang betul pun , tengoklah jarang orang nak perempuan yang chubby fatty bum bum macam aku ni. Aku dengar ada seorang pelajar lelaki yang suka tawarkan diri dia untuk jadi coach untuk perempu...