🥙 27

484 96 50
                                    

Don't forget to comment and vote too guys 😊 your comments really help me to improve this story.
Terima kasih sebab sudi baca dan support cerita ni.

WARNING ‼️: INI AUTHOR POV , JADI KEDUA-DUA PIHAK TAEYONG DAN HYEJIN AKAN DICERITAKAN OLEH AUTHOR. JANGAN PENING-PENING OKAYY ?


Dua bulan setelah itu,

Pada waktu petang, seperti biasa. Rutin harian Taeyong , jogging ditaman , namun kali ini Mark yang menemaninya.

" Dah , dahlah tu. " Taeyong bersuara sebaik saja Mark berhenti jogging. Mark hanya mendiamkan diri , dia duduk dibangku dan minum air.

" Nanti Jiyoo tahulah benda yang dah jadi. Kau ni pun. Emo sangat kenapa ? " Taeyong bertanya. Mark tak memberi respon. " Hyung pun satu , tak penat ke ? Dah tiga jam kita pusing. Tak penat ?  " Mark bertanya.

Taeyong menggelengkan kepala , Mark mengeluh. Gila betul Taeyong ni. Dari tadi Taeyong tak berhenti berehat sepanjang berjogging , sementara Mark pun sudah mula kepenatan.

" Duduklah sini dulu. " Mark bersuara. " Tak apalah. Aku nak buat satu pusingan lagi. " Mark memandang Taeyong , tak percaya betul abang dia begini.

" Hyung dengan Hyejin jogging lama macam ni ke ? " Mark bertanya. Taeyong menghampirinya , dia duduk disebelah Mark. " Taklah. " Dia menjawab. " Selalunya hyung teman dia jogging salam sejam macam tu. Entahlah , kali ni rasa lain macamlah pula. "

Mark memandang Taeyong yang berehat disebelahnya. Sedikit pun tak ada rupa letih ,

" Hyung dengan Hyejin lama tak jumpa. Asal ? " Mark bertanya sambil mengelap peluhnya. " Entah , dia yang lari dari hyung. " Taeyong menjawab.

Masih segar diingatannya tentang pergaduhan Chungha dan juga Hyejin yang membuatkan dia terhibur.

Setelah kejadian Taeyong tidak sengaja mendengar perbualan mereka , Hyejin sedaya upaya menjauhkan diri daripadanya.

" Tak apalah. Nanti hyung jumpalah dia. " Taeyong bersuara. Mark hanya mengangguk. Lama masing-masing berada didunia sendiri. " Better kau call Jiyoo balik. Takkan kau nak biarkan keadaan korang dua senyap macam ni ? " Taeyong bertanya.

" Apa guna kalau call pun ? Dia nak ke jawab ? " Mark bertanya. " Make an effortlah , pandai. Setiap usaha yang kita buat mesti ada hasilnya. "

Mark merengus kasar. " Malaslah. Dah benci Mark dah pun sebab apa yang Mark buat dekat Jaemin bukannya tak serius. "

Taeyong mengangguk. " Tulah , tak pandai kawal baran kau tu. Lunyai budak tu dibuatnya kau. Takkan Jiyoo pun kau nak buat benda yang sama kalau marah ? " Taeyong bertanya.

" Apa hyung ni ? Jiyoo tu perempuan , takkan Mark nak pukul dia pula. "

" Iya , kau takkan buat. Tapi bila marah kau datang , kau pun tak tahu samada kau buat ke tidakkan ? "

Mark senyap. Ada betulnya juga kata Taeyong. " Dahlah. Kalau kau nak balik dulu , baliklah. Aku nak sambung kejap. " Taeyong segera bangun. Kembali jogging.

" Apa benda dia buat ni ? Tak penat ke ? " Mark bertanya sendiri sambil melihat abangnya yang kembali jogging.

" Tak boleh jadi ni. " Mark bangun , dia melangkah keluar dari taman , mahu pulang kerumahnya. Namun , dia terlihat seorang gadis yang baru saja melintas dihadapannya.

" Nuna ! " Mark memanggil, namun gadis itu tidak berpaling. " Hyejin nuna "

Masih berjalan. Mark menghampiri gadis tersebut , bahu gadis itu dicuitnya membuatkan gadis itu memandangnya.

200 tips diet Lee TaeyongWhere stories live. Discover now