🥙 39

431 86 30
                                    

Chungha's P.O.V

Hampir 5 minit , aku mencari Taeyong namun kelibatnya tidak ditemui. Haih , mana pula dia pergi ?

Hampir seluruh taman aku mencari Taeyong, sehinggalah aku ternampak satu susuk tubuh yang sedang terbaring diatas bangku.

Segera aku menghampiri Taeyong yang terbaring diatas bangku. Muka dia nampak pucat.

" Taeyong ! " aku mengejutkan Taeyong , dia terjaga. " Kau ni , beria sangat nak buat Hyejin happy , kau pula macam ni. " Aku duduk disebelahnya.

" Kau dah tahu mascot ni panas. Bukalah , rehat sikit. Ini tidak. Muka kau pucat tau ! "

Taeyong hanya mengangguk , tak terdaya dia mahu membalas. Yelah , selalunya dia balas balik. Melawan cakap aku.

" Nah , minumlah air sikit. " Aku menghulurkan air strawberry disebelahnya. Taeyong menggerakkan tangannya kekiri dan kekanan tanda tidak mahu.

" Eh , Taeyong. Kalau kau pengsan dekat sini , tak ke kantoi nanti ? Kau tu dahlah berat , aku tak mampu nak angkat kau seorang kat sini. Aku seorang wanita , seorang yang insan yang lemah ! "

Melihat Taeyong yang tiba-tiba menutup telinga dia , aku diam. Dah tahu tak nak aku membebel , bangunlah !

Perlahan-lahan dia yang terbaring akhirnya bangun. Sebab dalam mascot ni panas , tambahan dengan cuaca panas terik , memang berpeluhlah dia.

" Hyejin cari kau. " Riak wajah Taeyong berubah , dia memandang aku dengan riak tak percaya.

" Yelah , dari tadi kau hilang , mana dia tak cari. Dah berapa jam kau hilang , baru dia sedar. Ni kalau dia tak ingat kau langsung , memang kesudah dia tak mencari. " Aku bersuara.

Taeyong menggerakkan tangannya , seperti menyuruh aku menghampirinya , seakan mahu berbisik sesuatu.

" Senyap sekejap boleh ? " Soalnya membuatkan aku terkedu. Eii , aku bebel ni sebab aku sendiri pun risau.

Kang mati kawan aku seorang kat sini , aku pula dipersalahkan. Taeyong mengambil minuman ditangan aku , dia menanggalkan mascot tersebut sebelum menghulurkannya kepada aku.

Tanpa berkata apa-apa , Taeyong pergi dari situ.

" Haih , aku pula kena simpan balik benda ni. " Aku mengeluh. Apalah nasib.

" Kalau kau tak buat semua ni , aku rasa kau dah boleh bercinta dengan Hyejin dah pun , Lee Taeyong ! "

Aku menjerit sehingga menarik perhatian orang ramai. Geram kau tahu , aku pula jadi mangsa pengutip kenangan orang.

Tiber en , dahlah baik aku cepat simpan mascot ni. 

Berlari juga aku dibuatnya selepas simpan kembali segala bahan buangan Taeyong kedalam kereta , aku mencari Hyejin dan juga Taeyong.

Tak jauh dari gerai Jinyoung , aku akhirnya nampak Hyejin dan Taeyong berdua dihadapan pintu utama taman permainan ini.

Taeyong menunduk dari tadi , sementara Hyejin disisinya mengipasnya dengan kertas yang dikumpulnya.

" Chungha ! " Hyejin memanggil aku sebaik saja dia melihat aku yang sedang menghampiri mereka.

" Hidung Taeyong berdarah , badan dia panas sangat ni. Lepas tu dia berpeluh teruk sangat ni. "

Katanya. Gelabah betul aku tengok Hyejin. Risau mungkin.

Aku menghampiri Taeyong ,

" Kita kena balik , Hyejin. Kumpulkan budak-budak. " Hyejin mengangguk , dia segera berlari mendapatkan budak-budak untuk dibawa pulang.

" Kau okay tak ? " Aku bertanya pada Taeyong. " Okay. " Dia menjawab.
" Kalau berdarah macam ni , jangan kata okay. " Aku menghulurkan tisu kepada Taeyong.

Dia hanya mengambil tanpa membalas apa-apa , dia mengelap darah yang mengalir dari hidungnya.

" Nak buat dia happy pun , diri kau tu kena jaga juga. Dah tahu berpeluh macam apa , rasa nak pengsan , buka kepala mascot tu ! Ambil udara segar , ini tak. Dah hidung berdarah , nak pengsan , muka pucat– "

Taeyong menyumbat kertas yang Hyejin gunakan untuk dijadikan kipas kedalam mulut aku membuatkan aku terperanjat.

" Bisinglah. Bagilah aku aman sekejap. Sekejap je , Chungha. Aku malaslah nak dengar kau bebel. " Aku hanya mengangguk. Tak lama kemudian , Hyejin kembali dengan budak-budak bersamanya.

" Kenapa kita kena balik ? " Yuseop bertanya. " Abang Taeyong kamu ni tak sihat , hidung abang Taeyong berdarah. " Aku menjawab.

Yelah , bimbang ada yang tak puas hati bila kena ajak balik bila dah seronok sangat main.

Yelah , budak-budak kan ? Kena ajak balik bila dah seronok main , semua nak tarik muka.

" Mianhae. " Taeyong meminta maaf kepada mereka. Mereka hanya mengangguk faham.

" Oppa okay ? " Minseo bertanya. Sambil memegang tangan Taeyong , dia bertanya. Taeyong hanya mengangguk.

" Tumpang kereta aku jelah. " Aku bersuara. " Kau , Taeyong dengan budak-budak naiklah kereta. Aku jalan kaki je. Lagipun ada Jinyoung , dia boleh teman. "

" Tak boleh ! " Taeyong membantah.
" Kenapa pula ? " Hyejin bertanya.

" Saya tak bagi awak jalan dengan dia. Awak dengan saya naik kereta. Chungha , kau jalan kaki. " 

Eh , melebih si keding ni. Kereta aku , dibuat harta sendiri pula.

" Kalau tak , korang dua naik kereta , aku jalan kaki je. " Taeyong menambah. " Aku okay je. " Aku membalas , tak pasal-pasal kepala aku ditolak perlahan oleh Taeyong.

Eh , dia ni ! Fake betul !

" Tak apalah , aku boleh jalan– " Kata-kata Hyejin dipotong Taeyong. Bangkang habis ni !

" Tak , tak , tak. Awak naik kereta dengan Chungha. Saya jalan kaki je. Saya okay je. " Taeyong berkata sambil berdiri. " Kaukan tak sihat. " Hyejin membalas.

Korang dua gaduhlah. Aku malas nak masuk campur. " Jom , kita naik kereta okay ? " Aku menarik tangan Minseo dan Yuseop sambil mengajak Taeyong si kecil dan Haneul masuk kedalam kereta.

Biar dua orang ni bergaduh sementara kami menunggu siapa yang akan mengalah.

" Yah ! Kang Hyejin ! " Mendengar suara Taeyong memanggil Hyejin dari tadi menarik perhatian kami semua yang berada didalam kereta.

Hyejin membuka pintu kereta dan menolak Taeyong masuk kedalam kereta.

" Masuk jelah , jumpa dekat rumah nanti. " Hyejin bersuara sambil menolak Taeyomg masuk namun Taeyong berkeras , dia enggan masuk kedalam kereta.

Macam budak-budaklah diorang ni. Hyejin menolak Taeyong masuk kedalam kereta lalu menutup pintu dibahagian penumpang.

Hyejin langsung berjalan pergi untuk pulang kerumah. Tak lama kemudian , Jinyoung mengekori Hyejin dari belakang.

Jinyoung tanpa segan silu , dia memaut bahu Hyejin.

" HAAAAHHHHHHH!?!?!? Chungha– Kau nampak tak !? Kau nampak tak !? " Taeyong memandang aku dan juga Hyejin dan Jinyoung dari cermin sisi kereta bergilir-gilir.

Taeyong mahu keluar, namun aku terlebih dahulu mengunci pintu kereta.

" Dah , kau jangan nak buat drama. Kita balik. Sedar diri sikit , kau tak sihat. "

Laju Taeyong menggelengkan kepala. " Buka kunci pintu ni ! " Taeyong bersuara. Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

Aku tak nak buang masa , aku segera memandu pergi. Biarlah dia meroyan tak tentu pasal.

Esok Mira akan update last chapter untuk 200 tips diet Lee Taeyong , okay ? Huhu , esok dah last chapter dah T.T

Nak special chapter takkk ? XD

200 tips diet Lee TaeyongWhere stories live. Discover now