Panjang en tajuk untuk chapter hari ni ? HAHAAHAHAHAHAHGA
Okay jom baca sama-sama !
Ini author P.O.V tau. Bukan Hyejin , bukan Taeyong ☺️🌼
" Nah , macam biasa , bingsu untuk Mark. " Hyejin meletakkan binsu mangga diatas meja , dihadapan Mark.
Mark sudah senyum kegembiraan. Gembira betul nampak bingsunya.
" Haih , jangan selalu sangat order benda manis macam nilah , Mark. " Taeyong menegur. Geram setiap kali datang ke kafe ini, itu sajalah menu yang dia pesan.
" Alah , bukan Mark tak minum air banyak-banyak. " Dia membalas. Baru saja mahu menyuapkan bingsu kedalam mulutnya, Taeyong menarik mangkuk bingsu tersebut.
Mark membuat muka , pantang betul dirinya jika ada yang mengambil makanannya sesuka hati.
Dia kembali merampas mangkuknya. Hyejin mengambil tempat duduk disebelah Taeyong. Hanya melihat Mark menikmati bingsu kegemarannya.
" Nah , ni untuk awak. " Hyejin menolak piring yang terletak kek coklat kearah Taeyong.
Taeyong memandang kek tersebut sebelum dia memandang kearah Hyejin. " Selamat hari jadi. " Hyejin berkata sambil tersenyum.
" Selamat hari jadi , hyung ! Semoga hyung sentiasa dapat kebahagiaan- "
" Makan dulu , jangan buka mulut selagi ada makanan dalam mulut tu. " Jiyoo menyampuk , tisu dicapai lalu mengelap mulut Mark yang comot.
Dahlah mulutnya penuh dengan bingsu , bercakap pula , mahu menyembur air liur sana sini.
" Saya tak perlu pun kek ni. " Taeyong berkata. Hyejin mencebik , boleh pula Taeyong menolak kek yang dibuatnya sendiri. Sepanjang malam , dia cuba siapkan kek coklat ini dan bawanya ke kafe.
" Tapi terima kasih " Taeyong menambah , melihat wajah Hyejin sudah berubah , dia segera cuba memujuk. Hyejin mengangguk kecil tanpa memandangnya.
Ah , sudah merajuk ke ?
Taeyong menarik piring tersebut menghampirinya, " nampak sedap. " Taeyong berkata , memuji kek yang dibuat Hyejin.
" Awak tak nak rasa ? " Hyejin bertanya , Taeyong mengangguk.
" Saya kena rasalah , awak dah bagi. Selalunya kalau saya tolak kek yang awak bagi , awak tak marah pun. Jadi saya boleh agak awak yang buat kek ni. "
Hyejin mengangguk laju. Akui dia yang buat kek ini. Belum sempat Taeyong merasai kek tersebut , Mark sempat memotong sedikit hujung kek dan merasainya.
Hyejin , Taeyong dan juga hanya melihat sikap Mark. Makin kurang ajar budak ni , babap kang !
" Sedapnya ! Nak lagi- "
Tangan Mark ditampar Taeyong.
" Aku punya , jangan ambil ! " Mark mengerutkan dahinya , dia tak peduli." Nanti nuna ambilkan , habiskan bingsu tu dulu. " Hyejin mencelah. Pening dengan telatah adik-beradik itu , dia segera bangun untuk mendapatkan sepotong kek lagi.
Baru saja meletakkan diatas meja , Taeyong menarik kek yang baru kearahnya , sambil menolak kek yang dimakan Mark tadi kearah Mark.
" Eh ! Mark punya- "
YOU ARE READING
200 tips diet Lee Taeyong
FanficOrang kata , lelaki semua nak perempuan yang kurus. Tapi memang betul pun , tengoklah jarang orang nak perempuan yang chubby fatty bum bum macam aku ni. Aku dengar ada seorang pelajar lelaki yang suka tawarkan diri dia untuk jadi coach untuk perempu...