Hari ni , hari jumaat , macam biasa , aku akan pergi taman untuk bersenam. Sebaik saja lepas kelas , aku akan segera pulang kerumah dan bersiap untuk bersenam.
Aku melihat kearah cermin. Kang Hyejin , kau dah buat sejauh ni. Jangan stop. Okay ? Tak apa. Dah sebulan kau buat ni.
Kalau Taeyong tak tolong kau pun , kau masih ada harapan , kan ? Aku menghembus nafas perlahan. Aku segera keluar dari bilik , memakai kasut dan meluru keluar dari rumah.
Sambil mendengar lagu , aku berjalan menuju ke taman. Bosan juga aku sekarang ni. Selalunya Taeyong ada , jadi adalah kawan nak berbual.
Sebaik saja melalui pagar taman tersebut , aku segera memanaskan badan.
" Wasseo ? " Aku menoleh kebelakang. Taeyong mengukirkan senyuman.
" Kenapa awak dekat sini ? " Aku melihat dia memakai tongkat." Awak baliklah. " Aku menyuruhnya pulang. " Saya rasa serba salah sebab tak dapat teman awak jogging sama , jadi saya rasa nak datang. "
Aku menggelengkan kepala. " Saya duduk sini je. Saya tak pergi mana pun. " Taeyong melangkah menuju ke bangku berdekatan. Dia ni degil.
Dah kenapalah nak datang kalau dah tahu kaki tu sakit ? " Awak tahukan awak tak perlu datang kalau kaki awak macam ni. " Aku bersuara.
" Saya bosan duduk rumah. Saya teringat awak akan datang sini , time-time macam ni , sebab tu saya datang. " Taeyong meletakkan tongkatnya disebelah.
" Lebih baik awak duduk dekat rumah je. Kalau orang dekat sini lalu lalang , terpijak kaki awak macam mana ? " Aku bertanya. Risau , dahlah kanak-kanak ramai dekat sini.
" Saya ikut awaklah kalau macam tu. " Katanya. " Awak nak ikut saya jogging ? Bahayalah. Nanti saya tinggal awak- "
Taeyong bingung , dia memandang aku. " Kita jalan jelah. " Kataku. " Eh ? " Dia pelik dengan apa yang baru aku kata.
" Sebelum nikan , masa jogging , awak selalu teman saya. Awak tak pernah tinggalkan saya pun. Jadi apa salahnya saya buat benda yang sama untuk awak , kan ? "
Taeyong mengukirkan senyuman.
Aku berdiri disebelahnya , kami mengatur langkah bersama-sama.Melihat ramai yang datang dari arah bertentangan , aku segera melangkah kehadapan. Terutamanya bila berdepan dengan kanak-kanak.
Laju betul mereka lari ,
" Hati-hati. Jangan lari laju sangat. " Sambil mendepakan tangan aku , aku menghalang mereka melanggari Taeyong yang berada dibelakang.
Sesekali sempat juga aku ke kiri dan juga ke kanan untuk mengelak orang ramai melanggar Taeyong.
Taeyong bertongkat okay ? Korang tak nampak ke ? Buta ? Eii , jalan tu tengok orang sekali. Kalau dia cedera lagi teruk , aku cari korang !
Tengah sibuk bebel dalam hati , ada pula sekumpulan kanak-kanak yang berlari laju menuju kearah kami. Aku apa lagi , buat jelah kerja aku sebagai pelindung peribadi Lee Taeyong ni.
Ada juga sekumpulan remaja lelaki menghampiri kami berdua , tanpa meminta maaf , mereka hanya melanggar bahu aku.
Dahlah tak minta maaf , tak ada common sense. " Awak okay ? " Aku bertanya pada Taeyong dibelakang.
" Saya okay. " Dia menjawab." Awak halang mereka satu meter dari saya , macam mana mereka nak langgar ? " Soalnya membuatkan aku tersengih. Betul juga. " Saya kena jaga awak juga , kalau mereka terpijak kaki awak , lagi lambatlah kaki awak nak sembuh. " Aku berkata.
Taeyong menghampiri aku. " Hyejin , saya okaylah. Tak perlulah risau sangat. " katanya. " Macam mana saya tak risau , kaki awak tu cedera. Kalau awak terjatuh , mereka terpijak kaki awak yang cedera ni- "
" Kang Hyejin. " Aku terdiam bila dia memanggil nama aku. " Nan gwaenchana. " Dia berkata dengan nada lembutnya.
Aku mengeluh. " Saya nak tanya awak something boleh ? " Taeyong bertanya. Aku mengangguk , " Mak ayah awak pun bercerai ke ? " Taeyong bertanya membuatkan aku terkedu sebentar.
" Maaf , saya bukan nak menyibuk pasal hal family awak. Cuma.. Semalam Chungha membebel banyak sangat sampai tersentuh isu ni. " Dia bersuara.
Aku mengangguk. " Mak ayah saya bercerai dah lama. Pada mulanya kami berdua nak tinggal dengan mak saya , tapi ayah saya bawa saya dengan kakak saya lari. Pada mulanya memang tak faham apa dah jadi.
Kami ingat ayah kami terlalu bencikan mak kami , jadi kami memberontak pada mulanya sampailah kakak saya kata mak saya jumpa dia dekat sekolah. " Aku bercerita. Aku duduk dibangku berhampiran.
Taeyong hanya mengekori. " Kakak saya kata mak saya bawa dia pergi ke kelab malam. " Aku memandang Taeyong. Aku mengangguk , nampaknya dia faham apa yang jadi.
" Dia ... ? " Aku mengangguk lagi.
" Kalau kakak saya setuju , mungkin saya pula akan dibawa kesana. Tapi kakak saya terus lari dari kelab malam tu. Ayah saya dapat tahu , dia terus bawa kami pindah kesini. Tapi dia kahwin dengan ahli politik yang berpengaruh , jadi dia upah beberapa orang untuk ikut kami. Sebab tu dia tahu kami dekat sini. "
" Tak report polis ke ? " Taeyong bertanya. " Kalau nak report pun tak ada guna. Tak mungkin polis nak ambil risiko nak tangkap kalau dia tu isteri ahli politik ? "
Taeyong mengangguk. " Mak saya asyik nakkan duit dari ayah saya , sedangkan dia tu memang dah kaya. Selagi kami tak bagi duit , selagi tulah dia ugut nak bawa orang dia upah datang rumah. "
" Untuk apa ? "
Aku menggelengkan kepala tanda tak tahu. " Chungha cerita pasal apa je ? "
Taeyong menggelengkan kepala.
" Rahsia. " jawabnya membuatkan aku mengerut dahi. " Rahsia ? " Aku bertanya , dia mengangguk.
" Kenapa ? " Aku bertanya." Biarlah saya dengan Chungha je yang tahu. " Taeyong ketawa kecil. Buat orang tertanya je dia ni.
" Kita kena balik ni. Kesian dekat awak balik lambat pula nanti. " Taeyong hanya mengakur.
" Oh ya , malam nanti saya nak hantar satu lokasi ni. Esok saya nak awak datang sana. " Taeyong berkata. " Ke mana ? " Aku bertanya.
" Esok awak datang jelah sana. Saya tunggu awak nanti. Saya bagitahu pukul berapa awak kena datang , and awak kena ada dekat sana , tepat. " katanya.
Aku mengangguk.
YOU ARE READING
200 tips diet Lee Taeyong
FanfictionOrang kata , lelaki semua nak perempuan yang kurus. Tapi memang betul pun , tengoklah jarang orang nak perempuan yang chubby fatty bum bum macam aku ni. Aku dengar ada seorang pelajar lelaki yang suka tawarkan diri dia untuk jadi coach untuk perempu...