Aku menarik nafas panjang sebelum menghembus perlahan. Hari ni hari sabtu , jadi seperti yang dijanjikan , aku perlu pergi ke taman yang berhampiran dengan sekolah.
Berjumpa dengan Taeyong. Aku masih tak dapat tenangkan fikiran , aku menggigil , lutut aku pun tak ubah seperti jelly. Ada juga tumbang kejap lagi.
Aku mengetuk kepala aku , betul ke kena pergi ni , aku takut betul ni. Macam mana kalau aku tak kurus ?
Risaulah adeh. Aku nervous teruk ni sampai tak ada selera nak makan. Aku memakai mask , menyarung hoodie. Aku menarik nafas panjang , melihat jam sekarang menunjukkan jam 7 pagi.
Aku menarik nafas panjang. Aku rasa aku boleh jadi gila macam ni. Aku melangkah keluar dari bilik.
" Eo ? Awal bangun hari ni. Jomlah makan sama-sama. Appa tengah mandi. " Aku menggelengkan kepala.
" Hyejin nak keluar sekejap. " Aku bersuara. " Kot ya pun , makanlah sikit. " Seulgi membalas. " Nanti Hyejin makan. Hyejin pergi tak lama , maybe dua jam macam tu ? "
Seulgi sudah mengerut dahi. " Hati-hati. Bawa telefon. Jangan silentkan. Nanti apa-apa , call aku." Aku mengangguk.
Aku menyarung kasut dengan segera sebelum akhirnya keluar dari rumah.
Semakin aku melangkah menghampiri taman tersebut, jantung aku semakin berdegup laju.Aku sudah tiba di taman , aku melihat sekeliling , cuba mencari kelibat Taeyong.
Kalau aku jadi dia , aku akan duduk dekat mana ? Taman ni luas, nak cari dia dekat mana pun aku tak tahu.
Baik aku pergi tempat orang selalu main bola keranjang. Mana tahu dia ada , nak pula dia suka bola keranjang ni. Baik aku pergi sana.
Hampir lima minit mencari , akhirnya jumpa juga tempat ini. Kosong , tak ada orang. Nak mesej Taeyong ke aku ada dekat sini ?
Tunggu sekejaplah , aku mengah. Aku duduk dibangku menarik nafas. Semput juga , padahal baru jalan beberapa minit.
Macam manalah nak jogging , nak bersenam ? Matilah aku , stamina aku ni dahlah rendah. Metabolisme rendah.
Haih , ni kalau Taeyong suruh aku burpee 10 kali , aku dah pengsan masa kali-4.
" Hyejin. " Aku menoleh , melihat Taeyong yang baru tiba. Segera aku bangun , " tak apa. Duduklah. " katanya sambil menghampiri aku.
" Saya ikut awak dari belakang. Saya tak tahu awak pergi mana , jadi saya ikut awak. " Katanya.
Eh ? Dia ikut aku ?
" Saya tunggu awak dekat betul-betul depan pokok sebelum masuk taman ni. Saya panggil awak banyak kali , tapi awak teruskan jalan. " Katanya sambil tersenyum.
Alamak , rasa serba salah pula. " Awak dah makan ? " Soalnya , sambil meletakkan begnya , dia duduk diatas bangku. Aku hanya menggelengkan kepala.
" Kenapa tak makan ? Kalau bersenam , awak cepat penat , nanti awak pitam. " Katanya. Dia mengeluarkan sesuatu dari begnya.
" Saya bawa ni je , roti coklat dengan air. Awak makan dulu. Nanti kita mula. " Katanya. Dia meletakkan makanan dan botol air disebelah aku.
Aku hanya mengambil. " T-terima kasih. " Dia mengangguk. " Awak kekok dengan saya lagi ke , Hyejin ? " Dia bertanya membuatkan aku terkedu.
Aku memandangnya , baru je nak makan dia tanya aku macam tu pula.
Aku membisu , aku nak cakap apa ni!?Lama juga kami berdua senyap , disebabkan kekok , lebih baik aku bersuara.
" Sikit. " aku menjawab , dia mengangguk. " Saya ada beberapa soalan untuk awak , awak boleh jawab ? Saya kena pastikan penjagaan makan minim awak , senaman awak terjaga. "
Aku mengangguk.
" Nah , saya dah sediakan soalan dekat kertas ni , awak boleh tulis jawapan awak dekat sini. Saya letak pen dekat sini. "
Dia meletakkan kedua-dua kertas dan pen. Sementara aku menjawab soalan sambil makan roti , Taeyong pula membawa keluar bolanya dari beg.
Hilangkan bosan agaknya. Aku rasa boleh pengsan sekarang sebab berdua je dengan dia. Dah macam date AHAHAHAGAGAGAGA.
Dasar Kang Hyejin. Kalau dia ajak berbual , kau yang tak boleh buka mulut. Lepas tu bila tak berbual , menyempat kau berangan date konon.
Soalan dia simple je , berapa banyak aku makan dalam sehari ?
Hmmm , banyak ke 6 keping roti , 3 pinggan nasi , kadang-kadang adalah juga coke aku minum , sprite. Fuhh sedap siak.
Eh-
Aku tulis macam ni , Taeyong tak terkejut ke ? Kang mati kejung kat sini sebab tengok jawapan aku. Perlu ke aku padam ?
" Dah ? " Taeyong menegur dari belakang. Dia ni macam tahu tahu je aku nak ubah fikiran , terus menyambar kertas tu.
Dia membaca setiap inci jawapan aku. Dia mengangguk. " Okay. " Dia menyimpan kertas tersebut didalam begnya.
" Lepas awak habis makan , awak tunggu lama sikit. Lepas tu kita warm up sama-sama. "
Okay , Kang Hyejin. Kau boleh buat ! Jangan jadi gila please.
" Awak dah ready ? " Aku mengangguk. Warm up je dah setengah jam , gila betul Taeyong.
Ceh , gila macam dia pun kau nak , Hyejin. Lama juga aku berehat lepas makan. Bagi aku betul-betul ada tenaga baru boleh mula kata si Taeuong. Selepas warm up , dia minta aku untuk jogging sepanjang taman ni.
Aku tak tahulah aku boleh buat ke tidak , taman ni dahlah besar , luas , lepas tu nak jogging mengelilingi taman ni sangatlah mustahil bagi manusia yang makan banyak dan tak pernah bersenam macam aku ya ?
" Oh. " Aku memandang Taeyong yang sedang menghampiri aku. Jari dia menghampiri wajah aku.
" Jangan lari sambil pakai mask. Nanti oxygen tak cukup , awak boleh pengsan bila jogging nanti. "
Dia menurunkan mask aku yang menutup separuh wajah.
Dia memang buat macam ni dekat semua perempuan yang pernah dia tolong ke ? Aku rasa aku akan pengsan sebab dia , bukan sebab mask ni.
" Dah , jom , kita mula. " Dia bersuara. " Kita jogging sama-sama ? " Aku bertanya. Taeyong mengangguk.
" Sebelah-sebelah ? " Aku bertanya lagi. Taeyong terhibur mungkin dengan soalan aku. Dia mengangguk lagi.
" Takkan saya nak tinggal awak ? Nanti awak hilang tiba-tiba , saya kena cari awak jugakan ? Baik saya terus ada dengan awak je. " Katanya.
Walaupun aku tahu dia tak bermaksudkan apa-apa , tapi aku tetap akan mengambil ayat tu sebagai ayat paling sweet orang pernah kata dekat aku okay ?
" Jom. " Taeyong mengajak. Aku mengangguk. Tiba-tiba aku rasa tak kisah jogging berapa round dekat sini bila dah tahu Taeyong takkan tinggalkan aku dekat belakang even aku slow. ahahahaga
YOU ARE READING
200 tips diet Lee Taeyong
FanfictionOrang kata , lelaki semua nak perempuan yang kurus. Tapi memang betul pun , tengoklah jarang orang nak perempuan yang chubby fatty bum bum macam aku ni. Aku dengar ada seorang pelajar lelaki yang suka tawarkan diri dia untuk jadi coach untuk perempu...