🥙 22

516 110 14
                                    

Don't forget to comment and vote too guys 😊 your comments really help me to improve this story.
Terima kasih sebab sudi baca dan support cerita ni.


" Siapa pula yang benarkan dia duduk dekat rumah kita pula ni ? " Hyejin bertanya , nampak marah betul sebaik saja dia tahu aku akan bermalam disini untuk beberapa hari.

" Hyejin , bawa bertenang dulu. " Kakaknya memujuknya. " Tak naklah balik rumah kalau macam ni. " Katanya.

Kedengaran kakinya ingin melangkah keluar dari rumah. " Hyejin , cuba bawa bertenang dulu , nak. Duduk sini dengan appa , dengan kakak kamu. Kita cakap baik baik dulu. " pujuk ayahnya.

Lemah lembut ayahnya memujuk , dan sepertinya Hyejin mendengar kata ayahnya. " Appa tahu kamu sedih , kamu marah atas apa yang dia buat dekat kamu. Tapi dah tiba masanya juga kamu maafkan dia. " Kata ayahnya.

" Lepas apa yang dia cakap dekat Hyejin , appa nak suruh Hyejin maafkan dia ? Appa biar betul ? Hyejin tanggung perasaan ni selama dua tahun , tiba-tiba boleh pula dia ada dekat sini , macam tak ada apa jadi , dia datang nak minta maaf , appa suruh Hyejin maafkan dia ? "

Aku tahu dia sengaja kuatkan suara dia supaya aku dengar dari bilik ni.
" Hyejin.. " Suara kakaknya pula.
" Aku tahu benda ni susah untuk kau , tapi benda dah lepas. " Kakaknya menasihatinya.

" Tak kisahlah apa yang korang nak cakap. Korang buatlah apa yang korang nak buat , Hyejin tak balik rumah malam ni. " Laju Hyejin bangkit.

Aku membuka pintu bilik ,

" Hyejin. " Aku memanggil namanya , dia menoleh kearah aku. " Boleh saya cakap dengan awak sekejap ? " Aku bertanya.

" Lain kali jelah. " Jawabnya sebelum dia pergi. Kakak dan ayahnya mengeluh. " Maaflah , Hyejin tu.. "

" Tak apa. Bagi dia sejuk sikit. " Aku berkata. Aku menghampiri mereka berdua. Disebabkan rumah ini rumah kampung , jadi makan pun kena duduk bersila.

" Selalunya Hyejin akan ke mana kalau dia tak balik ? " Aku bertanya.
" Selalunya dia akan pergi ke warung tak jauh dari sini. Dia akan minum dekat sana. " Seulgi memberitahu.

" Dia akan minum sampailah dia tertidur dekat sana. Sampai makcik tu pun tak tahu nak buat macam mana. Kami berdua pula dah puas pujuk dia berhenti minum. Tapi dia tak peduli pun. " Dia menambah.

" Dia kata dengan minum je , dia boleh hilangkan rasa tertekan dalam diri dia. Dia nak lupa semua tu , tapi dia tahu dia tak boleh." Ayahnya pula bersuara.

" Kamu tahu yang dia sayangkan kamu , ambil berat pasal kamu , dan kamu pun tahu betapa sukarnya dia nak lupakan kamu. Kamu tahukan tu , Taeyong ? "

Aku mengangguk. Ayahnya mengangguk faham. " Pakcik serahkan semuanya pada kamu. " Ayahnya berkata membuatkan Seulgi dan aku memandangnya.

" Pujuklah dia. Ambil hati dia. " aku mengukirkan senyuman sebaik saja ayahnya memberi kebenaran.

" Pakcik pun tak tahu nak buat apa. Dua tahun kami berdua terpaksa bertahan dengan perangai dia yang sekarang ni. Kali ni pakcik biarkan kamu ambil alih. " tambahnya.

" Appa ni biar betul ? " Seulgi bertanya. Ayahnya mengangguk ,
" Appa tahu Taeyong takkan kecewakan kita berdua. Serahkan je pada dia. "

Seulgi memandang aku , " tengoklah macam mana. Seulgi pun tak tahu nak cakap apa. " Katanya. " Nuna janganlah risau. Saya tahu apa yang saya buat. " Aku bersuara.

Seulgi mengangguk.

--

Day 1

Semalaman Hyejin tak pulang ke rumah , dia ni berani betul dia tak balik. " Wah , pandai juga kamu berkebun. " Seulgi menegur aku.

Aku hanya tersenyum. " Saya suka berkebun. Kalau saya bosan , saya pergi belakang rumah , saya pergi tanam pokok bunga kalau mak tiri saya beli pokok bunga yang baru. " Aku bersuara.

Seulgi mengangguk. " Patutlah. Nuna dengar dari Hyejin dulu , kamu memang tak reti duduk diam. Sampaikan kamu sampai ajak dia datang rumah kamu untuk latihan. "

Aku mengangguk. " Tapi sejak habis sekolah ni , saya kurang aktif sikit. Saya banyak habiskan masa dengan kurung diri dalam bilik. " Aku membalas. " Kenapa pula ? " Soal Seulgi.

" Saya banyak fikir pasal kejadian dua tahun lepas , hari-hari saya rasa serba salah. Jadi saya kurangkan aktiviti harian saya. Adik saya dah kerja part time pun , saya tak kerja lagi. " Aku berkata lagi.

Seulgi mengangguk. Tak lama kemudian , Hyejin pulang. Langkahnya terhuyung-hayang , menghampiri pintu rumah.

Kami berdua hanya memerhatinya ,
" Saya masuk sekejap. " Aku bersuara. Seulgi hanya mengangguk. Segera aku melangkah ke pintu rumah.

" Hyejin , awak dah balik ? " Aku menyapanya yang baru saja duduk dimeja makan. Dia tanpa memberi tindak balas , dia hanya menjamu seleranya.

Aku hanya memerhatinya dari belakang. Takkan aku nak bagitahu dia , aku yang masak untuk dia pagi-pagi ni. Dia nampak berselera betul.

Hyejin akan muntahkan balik makanan yang dia makan sebaik saja dia selesai makan. Dia akan buat diri dia kelaparan.

Kata-kata Seulgi masih terngiang-ngiang didalam kepala aku. Aku masih melihat Hyejin makan , sehinggalah dia selesai.

Dia membawa pinggan mangkuk , semuanya kedapur. Aku ? Dah tentulah aku mengekorinya. Melihat setiap apa yang dia buat. Aku mengintainya.

Dia mencuci pinggan mangkuk kesemuanya macam biasa , lama juga dia membiarkan air terpasang setelah selesai mencucinya.

Tak lama selepas itu , aku melihat dia memasukkan tangannya kedalam mulut membuatkan dia terasa loya. Sehinggalah dia termuntah.

" Hyejin. " Aku memanggilnya , berpura-pura tak tahu apa-apa , dia menghentikan perbuatannya. Aku melangkah masuk ke dapur.

" Awak okay ? " Aku bertanya. Dia hanya senyap. " Jomlah pergi belakang. Saya dengan kakak awak tengah berkebun. " Aku berkata.

" Kalau kau nak berkebun , berkebun jelah. Tak payah nak ajak aku. " Dia membalas. Dia mahu meninggalkan dapur , namun aku dapat tangkap apa yang dia katakan sebelum pergi.

" Semak betul. "

Ya , walaupun perlahan namun jelas aku dengarinya. Aku keluarkan telefon bimbit aku , aku mendail nombor telefon Chungha.

" Kau dah gila ke ? " Soal Chungha dihujung talian. " Janganlah pandai-pandai buat dia panas , Lee Taeyong ! " Kata Chungha lagi.

Aku duduk dalam bilik , " Dah tu aku nak buat apa lagi. Aku tanya baik baik pun , macam tu jugalah respon dia. Sepatah aku tanya , dia tu tak buka mulut langsung. " Aku membalas.

" Haaa , ni kau nak kata kau nak give up dah ke ? " Chungha bertanya.
" Mana boleh aku give up sekarang. Aku tak sangkalah pula dia punya lain sampai macam ni sekali. " Aku menjawab.

" Aku dah cakap dia tak macam dulu , Taeyong. Kau beria nak datang sana juga. " Chungha mula membebel.

Manalah aku nak tahu sampai macam tu sekali Hyejin nak layan aku. " Tak apalah. Aku pergi dululah. Pandai-pandai akulah nak ambil hati dia macam mana. " Aku bersuara.

" Haaa , macam tulah. Tak apa nanti kalau aku tahu apa-apa , aku bagitahu kau. " kata Chungha dihujung talian.

Aku menamatkan panggilan. Aku mengeluh seketika. Fokus , Taeyong. Fokus.

200 tips diet Lee TaeyongWhere stories live. Discover now