Seperti yang dijanjikan , aku sepatutnya datang ke satu alamat yang Taeyong berikan.
Jarak rumah aku dengan alamat yang dia bagi ni tak adalah jauh mana.
" Lagi beberapa minit sampailah kot. "
Itulah apa yang aku kata , sampailah...
Aku tersesat.
Pergi kiri , terjumpa jalan lain. Pergi kanan , terjumpa lain. Berpeluh aku jadinya.
Sepatutnya jumpa pukul 9 pagi , tapi dah pukul 10 aku masih tak jumpa tempatnya.
Macam mana ni ? Kalau dia marah aku macam mana ? Aku tak bersedia nak kena marah dengan Taeyong. Nanti dia benci aku macam mana ?
Fuh , overthinking.
Tak lama kemudian , ada panggilan telefon. Dari Taeyong.
MATILAH AKUUU AARRRRGHHHH
Macam mana ni ? Perlahan-lahan aku menjawab panggilan tersebut. Aku mengetap bibir.
" Yeobseyo ? " Aku bersuara.
" Eodi ? " Suaranya kedengaran dingin. " Saya masih dalam perjalanan. Saya tak jumpalah tempat yang awak suruh saya pergi ni. " Aku berkata. Lama juga dia senyap.
" Awak dekat mana ? " Soalnya. Legalah sikit , dengar macam tak jadi nak marah. Aku memberitahu laluan yang aku berada sekarang , dia memberi arahan untuk aku.
Jadi aku segera bergerak , sehinggalah aku tiba disebuah rumah.
Eh , rumah ? RUMAH TAEYONG KE !?
Aku menekan loceng rumahnya. Lama juga aku menunggu dia diluar ni. Dengan panasnya ,
" Eo , wasseo ? " Soalnya sebaik sahaja dia melihat aku diluar pagar. " Ni rumah awak ke ? " aku bertanya. Taeyong mengangguk kepala.
" Kenapa awak ajak saya datang sini ? " Aku bertanya lagi. " Hari ni kita buat latihan lain pula. Asyik jogging je , tak bosan ke ? " Soalnya sambil membuka
pagar rumahnya untuk aku." Oh , tak adalah , tapi kita boleh je buat kalau awak dah sembuh. " Kataku. Sambil melihat kakinya , aku rasa serba salah pula kalau dia masih nak ajar aku.
Dia membetulkan topinya yang tersarung diatas kepala. Dia berpeluh teruk. " Awak buat apa sampai berpeluh ni ? " Aku bertanya.
" Tak buat apa , hari ni panas sangat , mungkin sebab tu saya berpeluh. Saya nak elakkan diri saya bosan. Sebab tu saya ajak awak datang sini. " Katanya.
" Jemputlah masuk , buat macam rumah sendiri. " Aku mengekorinya masuk kedalam kawasan rumahnya. Cantiknya rumah dia , terlalu hijau. Macam hutan.
Waktu malam mesti seronok duduk dekat luar. Boleh berangan macam orang kaya. Aku masuk kedalam rumahnya.
" Tak ada orang dekat rumah ke ? " Aku bertanya. " Mark ada. Tapi katanya nanti dia nak keluar. Mak tiri saya ada dekat atas. Dia tidur kot. "
Katanya. Aku mengangguk. " Kita nak buat apa hari ni ? " Aku bertanya.
Lama juga dia senyap , dia yang membelakangi aku , dia menoleh , memandang aku. " Awak pandai masak tak ? "
Eh ?
Aku memotong daun bawang , apa bendalah Lee Taeyong ni ? Taeyong berada dihadapan aku , sedang menikmati epal yang baru saya aku potong buatnya.
Dia kata dia belum makan , dia tak ada pembantu rumah , mak tiri dia dalam bilik , tak berani nak masuk katanya.
Tak lama kemudian, aku mendengar pintu terbuka dari tingkat atas. Aduh , mak tiri dia dah bangun ke.
Aku melihat seseorang yang sedang menuruni tangga dan menuju ke dapur. Mark rupanya. Handsome betul , siap bawa beg bagai.
YOU ARE READING
200 tips diet Lee Taeyong
FanfictionOrang kata , lelaki semua nak perempuan yang kurus. Tapi memang betul pun , tengoklah jarang orang nak perempuan yang chubby fatty bum bum macam aku ni. Aku dengar ada seorang pelajar lelaki yang suka tawarkan diri dia untuk jadi coach untuk perempu...