Dah lama juga aku dan Taeyong tak berjumpa. Hampir dua minggu. Disebabkan dia sibuk dengan team dia dan juga summer camp.
Chungha pun sama. Rindu betullah. Aku pula sunyi sendirian disini. Aku suruh dia tolong tengokkan Taeyong. Namun tak ada khabar dari Chungha.
Dan , hari ni , mereka patut pulang. Aku tak sabar nak bagitahu dekat Taeyong yang berat badan aku turun lagi.
Gila tak happy ?
" Hyejin. " Aku menoleh setelah seronok merenung ke tepi tingkap. Aku memandang Joy yang menghampiri.
" Kau tak nak pergi makan ke ? " Soalnya. Aku menggelengkan kepala. Joy mengangguk. Aku rasa serba salah pula tengok Joy yang jadi pendiam ni.
Sejak isu website sekolah , isu tampal gambar aku dekat dinding sekolah , dia dihantar ke kaunseling sekolah.
Aku tak tahu siapa yang bagitahu cikgu , tapi kami dipanggil ke bilik guru disiplin , penat juga disoal siasat memandang aku yang tak nak bagi kerjasama.
Sampailah Joy sendiri yang mengaku , dia yang buat. Dan dia dihantar ke kaunseling beberapa bulan. Joy nampak dingin selepas tu.
" Joy. " Aku memanggilnya yang baru saja mahu keluar dari kelas untuk rehat. " Aku rehat dengan kau boleh ? " Aku bertanya. Lama juga Joy senyap sebelum dia mengangguk.
" Daebak. " Suara Jisoo perlahan, namun aku masih dapat mendengarnya. Mungkin tak percaya aku akan duduk semeja dengan Joy.
" Aku nak minta maaf. " Aku bersuara membuatkan mereka berdua memandang aku. " Untuk apa ? " Joy bertanya. " Aku minta maaf , sebab aku , kau terpaksa masuk kaunse- "
Joy menggelengkan kepala. " Bukan salah kau pun. Aku yang melebih. Nak sangat kenakan kau. " Katanya. Jisoo disebelah hanya mengangguk.
" Kalau bukan sebab Taeyong , aku pun takkan sedar yang aku ni melebih. " Aku memandangnya hairan. Taeyong ?
" Hari aku tulis dekat website sekolah pasal kau dengan Taeyong , petang tu dia datang jumpa kami berdua. Dia minta aku padam balik apa yang aku tulis. Pada mulanya aku memang marah sebab dia asyik cakap tindakan aku tak matang. Dan aku asyik tipu yang aku nak bagi motivasi dekat kau dengan cara membuli. " Tambahnya.
" Sebab tu dia datang jumpa aku sekali lagi bila aku tampal gambar kau dekat sekolah. "
Wah , Taeyong buat macam tu ?
" Semua orang tahu yang Taeyong tak suka isu buli dekat sekolah ni. Nak pula isu bodyshaming, sebab tu dia datang. "
Ceritanya lagi. " Sebab tu dia ambil tindakan untuk report aku dekat cikgu. Sebab aku tak ambil peduli dengan apa yang dia cakap. "
Aku memandang Joy. " Aku yang patut minta maaf dekat kau. " Joy meminta maaf dengan nada kesal. " Tapi aku dah minta mak ayah aku pindahkan aku ke sekolah lain. Mungkin aku boleh hidup baru dekat sana. " Katanya.
" Sekolah jelah sini. Kenapa nak sekolah lain ? " Joy memandang aku , dia mengerutkan dahi. " Kau tak marah ke selama ni aku buat kau macam-macam ? "
Aku menggelengkan kepala. Buat apa nak marah ? Bukan dia pukul aku pun. " Kau bukan pukul aku pun , buat apa aku nak marah ? " Aku bertanya kembali.
" Kang Hyejin. " Dia memandang aku tak percaya. " Gila betul kau ni. Patutlah Chungha suka kawan dengan kau. " Joy bersuara. " Kau tak mudah ambil hati dengan orang. "
Aku hanya mengukirkan senyuman.
" Dahkah , kita lupakan jelah benda lepas. Ambil ni , ayam. " Aku meletakkan ayam aku dipinggannya." Kita boleh jadi kawan ke ? " Jisoo bertanya. Aku mengangguk.
" Makanlah. " Aku mengajak mereka makan.
YOU ARE READING
200 tips diet Lee Taeyong
FanfictionOrang kata , lelaki semua nak perempuan yang kurus. Tapi memang betul pun , tengoklah jarang orang nak perempuan yang chubby fatty bum bum macam aku ni. Aku dengar ada seorang pelajar lelaki yang suka tawarkan diri dia untuk jadi coach untuk perempu...