"I'm your quinn but you are not my qing."
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
Aku menghirup jus avocado yang dipesan oleh aku dengan senang hati. Seraya selepas itu, stik lembu bergred A yang sudah dipotong kecil itu disuapkan ke dalam mulut. Aku mengunyahnya dengan penuh nikmat sehingga mengeluarkan pelbagai bunyi, menandakan betapa gembiranya aku tika ini.
Jungkook memerhatikan aku dalam diam sambil menikmati Iced lemon tea miliknya. Hujung bibirnya terjungkit suka.
Selepas sahaja habis class, dia terus bawa aku pergi makan disebuah restoran mahal ini. Ermm, sebenarnya aku yang suruh dia bawa aku makan dekat sini. Kalau ikutkan, dia cuma mahu belanja aku makan di kafeteria sahaja.
"So, Gguk." aku menghabiskan kunyahan didalam mulut aku sambil menolak tepi pinggan yang sudah kosong. Aku melentikkan pandangan ke arahnya.
Lelaki itu masih mengekalkan senyuman lembutnya dan matanya mula terarah ke anak mata aku. Kening sebelahnya terjungkit sedikit.
"Apa tujuan sebenar kau untuk jadikan aku sebagai kekasih kau? Well, you know me. Trouble, pretty, crazy, psychopath, loco, gila harta." aku tertawa kecil dihujung kata-kata aku.
Teringat pula bagaimana cara aku reject lelaki yang pernah confess dekat aku sebelum ini.
Mungkin, ramai rasa cara aku reject Taehyung itu agak kejam dan sadis. Tapi sebenarnya ada lagi kejam dan sadis dari itu.
Ada yang pernah kena belasah, ada yang pernah kena simbah cat. Ada yang aku botakkan kepala dorang.
Aku lakukan semua itu bersebab. Aku cuma mahukan mereka sedar bahawa mereka budak tiga suku, noob, nerd dan miskin itu tahu kedudukan mereka.
Tapi, situasi Jungkook ini berbeza. Nerd tapi kaya. Aku tidak kisah, janji dia berduit.
Lelaki itu masih kekal tenang. Malah senyumannya kian melebar.
"Sebab aku suka kau. That's all." mudah dan ringkas sahaja jawapannya. Aku nyaris sahaja termuntah mendengar jawapan clichè darinya.
"Tapi kau tak rasa ke, kalau kau jadi boyfriend aku... aku akan pergunakan kau? Yelah, kaukan kaya."
Jungkook mengangkat bahu.
"Mungkin, pada awalnya kau akan pergunakan aku. Tapi firasat aku kuat menyatakan bahawa one day, kau akan berhenti buat semua itu." kata Jungkook dengan penuh yakin.
Aku terkekeh mendengar jawapan skema darinya. Wow, dia fikir kami sekarang ini berada di slot disney ke? Tch.
"Whatever lah, Gguk. Cuma aku nak ingatkan kau yang aku ni tak sama macam perempuan lain. Dan aku bukannya girlfriend material yang boleh kau banggakan. Aku ada cara aku sendiri, dan aku harap kau persiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Sebab..."
YOU ARE READING
✔️ bad girlfriend | jjk
Fanfiction[2020] I'm staying just because you give me all your money, darling. Bacaan 15 ke atas. started : 9 april 2020 ended : 27 october 2021 [HIGH RANKING] #3 in fanfiction #2 in jungkook cover made by copyright ©️ baeknob 2020