025

968 163 85
                                    

——

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


——

Tiada siapa duga.

Tiada siapa tahu.

Kenapa?

Kenapa aku perlu bertemu semula dengannya?

Bertemu semula dengannya dalam keadaan aku tidak bersedia?

Jeongguk.

Aku mengusap lembut rambut milik anak kecil itu. Aku tidak tahu kenapa, semenjak aku lahirkan Jeongguk, emosi aku mula terganggu. Aku sering kali berasa sedih dan kecewa.

Aku seperti bukan diri aku yang dahulu.

Seorang Juliet yang teguh, kini perlahan-lahan runtuh.

"Mama?" suara polos dari anak kecil itu membuatkan aku tersenyum lemah ke arahnya. Raup wajah anak kecil yang kelihatan risau itu membuatkan aku kaget.

"Kenapa mama menangis?"

"Mama menangis sebab papa marah Gguk?"

Soal Jeongguk. Polos dan serba salah. Dia menundukkan wajahnya dan mula melaga-lagakan jari jemari kecilnya itu.

Jeongguk baru sahaja dimarahi oleh Taehyung kerana dia menghilangkan diri sebentar tadi. Tapi, Taehyung seakan lupa. Dialah punca kenapa Jeongguk hilang.

"Gguk minta maaf." Jeongguk bersuara perlahan. Mungkin dia takut kalau aku marah dia pula.

"Tak apa, gguk sayang. Bukan salah kamu pun. Papa kamu yang salah."

Aku cuba menceriakannya dan menyatakan dia tidak bersalah malah papa tirinya itu yang bersalah.

"Abang handsome dengan Kakak cantik tadi baik gila mama! Dia bagi Gguk cekelat tadi!" Jeongguk kelihatan excited menceritakan tentang Jungkook dan...

isterinya.

Aku tersenyum kelat.

"Sudah lama kita tidak bertemu," Mata aku masih tidak lepas dari memandang ke arahnya.

Seakan dalam mimpi, aku berjumpa dengannya sekali lagi. Wajahnya yang tadi dingin kini bertukar manis apabila dia melebarkan senyuman manisnya.

"Awak kenal mereka?" Soal wanita disampingnya itu.

"Oh. Kami satu universiti dahulu." Ujar Jungkook sambil merangkul pinggang milik wanita tersebut.

Satu universiti? heh.

Jadi dia malu nak mengaku bahawa aku bekas kekasihnya?

Aku cuba mengukirkan senyuman, namun aku tidak mampu. Sebaliknya, aku cuba mengawal emosi dari terus menangis di situ.

Aku menggenggam erat tangan milik Jeongguk.

"Kekasih kau, Jeon?" Soal Taehyung sambil membetulkan kedudukan Taehyun. Aku mengerling ke arah Taehyung. Dia seakan sengaja menyoalkan soalan itu pada Jungkook.

✔️ bad girlfriend | jjkWhere stories live. Discover now