022

1.1K 179 47
                                    

I love you for infinity

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


I love you for infinity

——-

Pintu apartment dikatuk rapat. Juliet melangkah melepasi Jungkook. Juliet sengaja melangkah dengan pantas agar lelaki itu tidak akan menyoalnya tentang ke mana dia menghilang tadi.

Agak perit untuk dia ceritakan kepada lelaki itu. Dia tidak sampai hati untuk melukai hati seorang lelaki bernama Jeon Jungkook.

Sudah banyak pengorbanan yang telah lelaki itu berikan kepadanya. Dan sudah banyak kali juga hati lelaki itu disakiti.

Walaupun tidak pernah ditunjuk, namun Juliet tahu. Lelaki itu sering bersedih.

Namun begitu, Jungkook seorang yang pantas dan cekap. Lelaki itu menahan tangan milik Juliet.

"My Juliet." Langkah Juliet automatik berhenti ketika suara berat milik Jungkook menyapa gegendang telingannya.

"Ada sesuatu yang aku perlu tahu tetapi kau tidak mahu beritahu?" Soal Jungkook dengan penuh berhati-hati.

Dia perlu berhati-hati agar wanita itu tidak melenting apabila mendengar soalanya.

Juliet menoleh ke arah Jungkook. Senyuman tipis dan gelenggan diberikan oleh Juliet. Namun lelaki itu tidaklah sebodoh yang disangka. Dia tahu bahawa Juliet menyorokkan sesuatu darinya.

"Ke mana kau menghilang dan kenapa bibir kau.." Jungkook cuba menyentuh bibir milik Juliet yang terluka, namun gadis itu dengan pantas melarikan wajahnya.

"Aku tak pergi mana-mana. Aku sakit perut sebab itu lama di tandas. Pasal bibir ini, aku terlanggar pintu tadi." Bohong Juliet. Dia tidak mahu memberitahu bahawa dia berjumpa Taehyung dan bibirnya luka disebabkan lelaki itu pada Jungkook.

Juliet menggigit bawah bibirnya. Dia menoleh untuk memandang ke arah Taehyung. Pandangan tajam diberikan kepadanya. Belum sempat Juliet bersuara, dengan tiba-tiba sahaja Taehyung menolaknya dan mengunci kedua-dua tangan milik Juliet. Lelaki itu kini menindih dirinya.

"Seperti yang kau minta suatu ketika dahulu, akan aku laksanakan demi kepuasan bersama." Ujar lelaki itu dengan sinis sebelum bibirnya dan bibir Juliet bertaut dengan kasar.

Juliet sedaya upaya menolak dadanya. Namun disebabkan dirinya seorang wanita, jadi kudrat miliknya tidak setanding dengan Taehyung.

Taehyung melepaskan tautan mereka. Kedua-duanya mula mencari nafas kembali. Taehyung tersenyum sinis. Peluang yang ada, Juliet gunakan sebaik yang mungkin.

Pap!

Satu tamparan diberikan kepada lelaki durjana itu. Juliet cuba untuk bangun, namun amarah dari Taehyung membuatkan lelaki itu menampar wajahnya kembali membuatkan dirinya terbaring semula.

✔️ bad girlfriend | jjkWhere stories live. Discover now