03

2.1K 337 130
                                    

"You're wrong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You're wrong. And I'm right. Always."

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Jungkook bersenandung kecil sambil kakinya melangkah menuju ke tempat kegemarannya, library.

Buku dari penulis kegemarannya selain J.K Rowling iaitu, Heart of darkness by Joseph Conrad itu dipeluk seeratnya. Dia begitu enjoy ketika membaca buku tersebut selama 2 hari.

Baru sahaja kakinya ingin mendaki anak tangga yang menuju terus ke library kolej ini, jeritan namanya dari seseorang membantutkan niatnya.

Dia menoleh ke arah figura yang menyeru namanya. Jungkook mengerutkan dahi. Hairan melihat Park Jimin berlari ke arahnya.

Apabila lelaki itu tiba dihadapannya, dengan nafas yang sukar diatur itu, dia mula berbicara.

"Kook--" dia cuma menenangkan aturan nafasnya sebelum menyambung kata-katanya.

"What happened to you?" soal Jungkook hairan.

Dah kenapa pula sahabat karibnya ini berlari tidak cukup tanah ini. Seakan baru sahaja dikejar dengan hantu kak limah..

"J-juliet--"

"Kenapa dengan dia?" Soal Jungkook cemas apabila Jimin menyebut nama kekasihnya. Hatinya mula tidak sedap.

"Dia bergaduh.. DIA BERGADUH DENGAN OLI!"

"WHAT?"

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Jungkook berlari dengan sepantas yang mungkin menghampiri dua gadis yang sedang bertarung seperti di medan perang dunia ketiga.

Itu dia.

Juliet Kim VS Olivia Im.

Mereka saling tarik menarik rambut masing-masing membuatkan Jungkook kematian idea bagaimana caranya untuk memberhentikan pergaduhan yang agak ganas ini.

Ramai pelajar hanya menjadi penonton dan juga menjadi wartawan tidak berbayar dengan merakam kejadian ini.

"Lepaskan rambut aku, Bitch!"

"No! Lepaskan rambut aku dulu, slutty Juliet!"

Jimin sudah menolak kasar rambutnya kebelakang.

"Apa kita nak buat ni?" soal Jimin, cemas.

Jungkook mengetap bibir.

"Kau tarik Oli dan aku tarik Juliet. Kita leraikan pergaduhan gila mereka berdua." Terbutang luas mata milik Jimin apabila telingannya menangkap arahan gila dari sahabat karibnya itu.

"KOGILA? Macam mana kalau dengan kita-kita sekali mereka berdua belasah? Tak ke naya kita nanti?"

Persetankan segalanya, dia menghampiri mereka berdua dan menarik Juliet jauh dari Olivia. Jimin sudah mengeluh kesal dan secara terpaksa aku relakan, Jimin menarik Olivia jauh dari Juliet.

✔️ bad girlfriend | jjkWhere stories live. Discover now