I don't deserve you.▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
Aku memandang ke arah Jungkook yang sudah lena dibuai mimpi. Satu keluhan berat, aku lepaskan.
Aku menolak lengan Jungkook yang melingkari pinggang aku. Jungkook merengek kecil namun sekejap sahaja. Dia kembali terlena seperti anak kecil.
Aku mula turun dari katil dan memakai pakaian aku semula. Aku menghampiri cermin dan melihat pantulan diri sendiri. Kawasan leher aku dipenuhi kesan yang ditinggalkan oleh Jungkook. Aku tersenyum kecil.
At least lelaki yang melakukan itu ialah Jeon Jungkook dan bukannya Kim Taehyung.
Drrtt Drttt.
Aku menoleh ke arah meja lampu. Handphone aku yang berdering tadi terus dicapai. Terlihat pesanan ringkas dari lelaki bernama Kim Taehyung.
Kim Taehyung : Aku sudah tunggu di bawah.
Aku berdecit kecil. Dan menutup telefon aku dengan geram. Aku mula menjatuhkan pandangan ke arah Jungkook.
Wajah lelaki itu ditatap seketika. Terbit rasa sayu dihati aku. Tidak tergamak sebenarnya aku mahu meninggalkannya namun aku terpaksa.
Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan olehnya pada aku. Jadi, sudah tiba masanya aku lepaskan dia supaya dirinya tidak terasa dibebani lagi.
Aku minta maaf, Jeon Jungkook.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
Sinaran mentari yang memancar pada wajah menganggu lenanya. Dia menarik selimut menutupi seluruh wajahnya.
Lelaki itu kemudian meraba-raba katil sisinya mencari seseorang. Apabila terasa kosong, dia bingkas bangun dan melihat katil sisinya.
Jungkook mengerutkan dahi. Dia gagahkan diri untuk bangun. Ketika dia bangun, dia perasan cadar katilnya yang berwarna cerah kini dihiasi dengan beberapa tompok darah.
Jungkook sedar akan sesuatu.
Semalam, disangkakan bahawa Juliet menyerahkan segalanya pada Taehyung.
Tapi ternyata, sangkaannya meleset jauh.
"Juliet!" Jungkook mula melaungkan nama gadis itu. Namun tiada sahutan.
Baru sahaja lelaki itu mahu turun dari katil, matanya terlihat sekeping kertas yang berada di atas meja lampu berhampiran dengan telefonnya.
Jungkook mencapai kertas tersebut.
I've had enough. I don't want to see you anymore. It's time to us say goodbye to each other and move on.
-𝓙𝓾𝓵𝓲𝓮𝓽 𝓚𝓲𝓶-
YOU ARE READING
✔️ bad girlfriend | jjk
Fanfiction[2020] I'm staying just because you give me all your money, darling. Bacaan 15 ke atas. started : 9 april 2020 ended : 27 october 2021 [HIGH RANKING] #3 in fanfiction #2 in jungkook cover made by copyright ©️ baeknob 2020