012

1.7K 367 261
                                    

Karma is real?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Karma is real?

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Sumpah chapter ni cliche tahap gaban.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Olivia menuruni satu persatu anak tangga. Rumah agam yang sunyi ini membuatkan dia berdecit perlahan.

Papa tirinya mungkin berada di pejabat. Sejak Juliet keluar dari rumah ini, papanya itu sering menghabiskan masa di pejabat.

Pernah sekali itu, dia langsung tidak pulang ke rumah. Walaupun mamanya tidak kisah, tapi dia kisah. Dirinya terasa terpinggir apabila Tuan Kim berperangai sebegitu.

Ye, dia cuma anak tiri. Tapi dia sudah sayangkan Tuan Kim seperti ayah kandungnya sendiri. Sejak kecil, dia sebenarnya tidak memiliki kasih sayang seorang ayah kerana ayah kandungnya meninggal ketika beliau didalam perjalanan ke Singapore. Kapal terbang yang dinaiki oleh ayahnya terhempas akibat hilang kawalan. Ketika itu, Olivia baru sahaja berusia 3 tahun.

Jiwanya memberontak mahukan kasih sayang seorang ayah. Dia cemburu melihat rakan-rakannya sentiasa meluangkan masa bersama ayah mereka. Dia makan hati. Terutama apabila matanya melihat betapa bahagianya Juliet bersama Tuan Kim.

Dia benci melihat apa yang dimiliki oleh Juliet. Dia benci melihat senyuman manis yang terbit dari belahan bibir Juliet.

Hatinya puas apabila melihat keluarga Juliet porak peranda disebabkan mamanya. Lagi puas apabila melihat mama milik Juliet mula kemurungan dan berubah menjadi manusia paling teruk dibumi.

Hatinya juga puas apabila melihat senyuman mula terhapus dibibirnya milik sang Juliet.

Bertambah puas apabila dia mendengar berita akan kematian mama Juliet disebabkan bunuh diri kerana tertekan dengan isu keluarga mereka. Hatinya bersorak riang apabila mamanya tekad mengahwini Tuan Kim. Seronok betul hidupnya apabila dapat tinggal dirumah agam ini dan melihat Juliet suffer seorang diri.

Masih dia ingat, betapa gembira hatinya apabila melihat Juliet dimarahi oleh Tuan Kim.

Namun perasaan gembira itu sekadar penghiasan sahaja. Disebalik kegembiraan yang dirasai olehnya, terselit rasa kesunyian dihati.

Olivia melangkah menghampiri meja makan. Puan Lee yang perasan akan kehadiran puteri kesayangannya itu.

"Good morning, my beautiful daugther."

Olivia hanya tersenyum pendek dan mula melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia mencapai sekeping roti bakar dan nutella.

"Mama tak pergi persatuan ke hari ni?" soal Olivia sambil mengunyah roti tersebut.

Kebiasaannya, orang tua ini pasti awal pagi sudah tiada dirumah kerana mengikuti persatuan mak-mak datin di perumahan mereka ini.

Puan Lee tersenyum. "Tak. Kejap lagi mama nak jumpa kawan mama untuk bincangkan majlis dia sabtu ni."

✔️ bad girlfriend | jjkWhere stories live. Discover now