▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄Lelaki itu termenung jauh. Dia melihat pergelangan tangannya yang sudah diganti itu. Dia kemudian melemparkan pandangannya ke luar jendela.
Harinya yang cukup membosankan di hopitak itu dipenuhi dengan aktiviti termenungnya. Sudah masuk 3 hari dia melakukan aktiviti yang sama.
"Jungkook." lelaki itu menoleh tanpa sebarang bunyi. Dia menatap sahabat karibnya dengan pandangan kosong.
"Aku bawa kau makanan."
Jimin meletakkan dua bungkus plastik di atas meja. Baru sahaja dia mahu melabuhkan punggungnya, Jungkook mula bersuara.
"Black coffee aku?"
Jimin tergamam seketika sebelum dia menepuk dahinya.
"Aduh. Aku lupa. Kau tunggu kejap. Aku pergi beli black coffee dekat bawah." Tanpa sebarang kata dari Jungkook, lelaki itu mengaturkan langkah keluar dari biliknya.
Jungkook kembali termenung ke luar jendela. Sambil itu, tangannya menyeluk ke dalam poket seluarnya.
Dia mengeluarkan sebuah kalung loket dari poket seluarnya. Dia memerhati loket tersebut dengan lama sebelum loket tersebut dibuka.
Terpancul sebuah gambar dimana dia dan Juliet sedang berpelukan. Gambar yang sama dia berikan kepada Juliet tempoh hari.
"Gambar itu.. aku mahu kau ingat. Walaupun apa terjadi aku akan tetap ada disisi kau. Andai kata aku dan kau sememangnya bukan takdir untuk bersama, aku nak kau ingat bahawa kisah cinta kita berdua pernah wujud dan ia akan menjadi memori paling terindah buat aku dan kau."
Jungkook menutup kembali loket tersebut dan mengenggamnya dengan kuat. Perasaan marah mula menyerang. Dengan tanpa amaran, Jungkook membuka jendela tersebut dan mencampakkan kalung tersebut dengan sekuat hati.
Jungkook kembali menutup jendela tersebut. Dia kemudian memeluk lututnya dan mula menekapkan wajahnya pada kedua-dua lututnya ; menangis.
"Googie sayang.." suara Mamanya mula menyapa telinganya. Jungkook mengabaikannya. Dia masih menghayati perasaan sedihnya.
Siapa sahaja tidak sedih?
Juliet cinta pertamanya.
Juliet kekasih pertamanya.
Juliet wanita pertama yang menyedarkan dia bahawa kehidupan tak semuanya indah.
Juliet jugalah yang mengajarnya untuk kekal setia dan bersabar.
Namun Juliet jugalah wanita pertama yang buatkan dirinya kecewa.
Dia gagal dalam percintaan pertamanya. Dia gagal untuk buatkan Juliet jadi miliknya selamanya.
YOU ARE READING
✔️ bad girlfriend | jjk
Fanfiction[2020] I'm staying just because you give me all your money, darling. Bacaan 15 ke atas. started : 9 april 2020 ended : 27 october 2021 [HIGH RANKING] #3 in fanfiction #2 in jungkook cover made by copyright ©️ baeknob 2020