I'm sorry——-
"Sejak bila kau berubah jadi baik ni, Kim Taehyung?" soalan itu dikemukan oleh Jimin sebaik sahaja mereka selesai melakukan photoshoot untuk sebuah brand pakaian terkenal.
Taehyung mengerling ke arah Jimin dengan kerutan di dahi.
"What do you mean?"
Jimin mencekak pinggang. Dia mengikuti langkah Taehyung yang sedang menuju ke arah keretanya.
"Sejak bila kau boleh lembutkan hati kau untuk lepaskan Juliet keluar dengan Jungkook? Setahu aku, Taehyung yang aku kenal tak akan biarkan cinta hati dia untuk dekat semula dengan bekas kekasih isterinya sendiri. Tapi sekarang? Hm?"
Taehyung hanya diam. Dia meletakkan beg galas berisi bajunya ke dalam bot kereta. Jimin masih menanti jawapannya.
"Kau sebenarnya tak relakan? Iyalah. Dari raup wajah kau masa photoshoot tadi pun aku boleh nampak.. kau tengah resahkan?"
Taehyung mengetap bibir. Dia memandang ke arah Jimin dengan tatapan tajam.
"See. Kau tak jawab. Means, betulkan? Kau sedang resah sekarang ini."
"Sebab untuk aku resah? Lagipun, apa salahnya kalau mereka keluar bersama? Jeongguk tu anak dia. Dia ada hak."
Jimin ketawa halus sambil menggeleng perlahan.
"Kau bukan resah sebab itu, Taehyung.." Jimin menepuk perlahan bahu milik Taehyung.
"Kau resah.. sebab kau tahu fakta sebenar bahawa Juliet masih cintakan Jungkook."
Taehyung mengepal buku limanya. Dia cuba menanah amarahnya.
Park Jimin.. kau sudah melewati batas.
Jimin tersenyum ke arah sahabatnya. Taehyung merenungnya dengan tajam.
"Don't cross the limit, Jimin. Juliet sudah janji dengan aku untuk mulakan hidup baru."
"Kau betul-betul yakin yang dia akan mulakan hidup baru dengan kau?"
Taehyung ketawa sinis. Mula-mula perlahan, namun makin lama makin kuat. Jimin hanya memerhati dengan senyuman sinis.
"Dunia ini tak adilkan?" Taehyung meraup kasar wajahnya.
"Bermacam-macam cara aku buat untuk pastikan Juliet terima aku. Tapi apa aku dapat? Aku masih lagi bertahan, tahan ego aku sendiri. Sebab apa?"
Jimin hanya diam dan membiarkan sahabatnya itu meneruskan kata-katanya.
"Sebab aku taknak buatkan Juliet rasa sedih. Cukuplah dulu, aku paksa dia dan hampir buatkan dia bunuh diri. Aku tahu aku kejam. Salah aku sebab paksa dia dulu. Tapi apa aku boleh buat?".
YOU ARE READING
✔️ bad girlfriend | jjk
Fanfiction[2020] I'm staying just because you give me all your money, darling. Bacaan 15 ke atas. started : 9 april 2020 ended : 27 october 2021 [HIGH RANKING] #3 in fanfiction #2 in jungkook cover made by copyright ©️ baeknob 2020