"Don't trust my action, my words :")"
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
Jungkook memberhentikan langkahnya apabila dirinya berdiri dihadapan sebuah pintu yang bakal membawanya ke rooftop. Dari sebalik pintu itu, telinganya menangkap bunyi bising seperti lagu yang agak rancak dimainkan oleh seseorang.
Lagu Savage by Megan Thee Stallion.
Dedaun pintu tersebut ditolak oleh Jungkook dengan berhati-hati. Kepalanya dijenguk sedikit dan matanya mula tertangkap susuk tubuh seorang gadis yang sedang termenung sambil memegang satu tin beer. Gadis itu duduk diatas sebuah kotak kayu yang tersedia disitu.
Jungkook menarik nafas panjang dan mula mengaturkan langkah dengan berhati-hati ke arah Juliet. Kehadirannya belum disedari oleh Juliet.
Melihat keadaan Juliet sebegitu, dia tahu bahawa gadis itu didalam emosi sedih.
"Hey.." Tegur Jungkook dengan suara perlahan. Namua ianya masih mampu membuatkan Juliet sedar akan kehadirannya.
Juliet memandang sekilas ke arah Jungkook sebelum dia kembali memandang ke arah langit yang membiru itu.
Jungkook mengambil tempat disebelah Juliet. Sebelum itu, sempat dia mematikan lagu tersebut. Dia menoleh ke arah Juliet dan mula mengukirkan senyuman tipis.
"Is something bothering you,my Juliet?"
Juliet tidak menjawab malah dia sibuk menghabiskan beer tersebut. Dia kemudian mengemukkan tin beer tersebut dan mula mencampak jauh tin tersebut.
Dia bingkas bangun dan mengeluh berat. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket leather jacketnya.
"Aku tahu kau dah dengar pasal aku kan?" Juliet menoleh ke arah Jungkook dan mula melemparkan pandangan kosong.
Jungkook mengangguk perlahan.
"Tapi aku tak dengar semuanya. Just a lil bit. But don't worry! Aku tak akan paksa kau cerita masalah kau dekat aku unless kau sendiri nak ceritakan dekat aku."
Juliet menolak rambut depannya kebelakang.
"Macam mana kau tahu aku dekat sini?"
Jungkook tersenyum lebar. Dia mula berdiri dan menapak, mendekati Juliet. Ketinggan mereka yang berbeza itu membuatkan Juliet terpaksa mendongak sedikit.
"Sebab kau takdir aku. That's why aku tahu kau dekat mana."
Juliet menggulingkan biji mata dan mula memeluk tubuh.
"Cheesy." Jungkook terkekeh perlahan. Dia merasakan wajah meluat Juliet kelihatan amat lucu.
"So, memandangkan aku baru sahaja habis class.. kau nak pergi shopping tak untuk buang perasaan sedih dan marah kau itu?"
YOU ARE READING
✔️ bad girlfriend | jjk
Fanfiction[2020] I'm staying just because you give me all your money, darling. Bacaan 15 ke atas. started : 9 april 2020 ended : 27 october 2021 [HIGH RANKING] #3 in fanfiction #2 in jungkook cover made by copyright ©️ baeknob 2020