"Selamat pagi tuan!"
Hampir serentak kedengaran suara memberi salam bila kaki panjang Reza menapak masuk ke dalam balai. Dia hanya mengangguk kepala tanpa senyuman. Wajah nya memang dah begitu. Serius memanjang. Memang wajah itulah yang sentiasa dia pamerkan semenjak dia mula bertugas di bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu. Bibirnya kekok untuk melakar senyuman apatah lagi nak beramah mesra.
"Pagi. Ada apa apa kes terbaru ke sepanjang ketiadaan saya?"
Jaket kulit yang tersarung di badan Reza sangkut pada belakang kerusi pejabatnya. Dia tolak sedikit kerusi itu sebelum melabuhkan punggung di atasnya. Mata di panggung sedikit memandang anak buah di hadapan.
" Ada tuan. Kali ini kes penculikan remaja remaja sekolah pula."
Sarjan Mejar Syafiq meletakkan sebuah fail ke atas meja Reza. Dia tolak fail itu ke depan. Bagaikan menyuruh reza melihat isi kandungan dokumen di dalamnya. Reza capai fail tersebut dan mula menyelak setiap dokumen yang ada.
Polis, fail pun warna biru juga.
" Apa motif utama mereka culik budak budak ni semua?"
Reza masih ralit menyelak kertas kertas yang di kepil sekali bersama dokumen yang ada. Matanya liar, memerhati dan menghadam segala info dengan penuh fokus.
Beberapa minit kemudian Fail di tutup dan dia kembali memandang tajam kepada Syafiq. Syafiq telan air liurnya sedikit. Gerun dengan pandangan tajam lelaki itu.
"Motif utama mereka ialah untuk tujuan pelacuran. Sama ada untuk pasaran dalam negera mahupun luar negara. Contoh terdekat ialah mereka akan di ekploitasi ke negara seberang iaitu Thailand. Ada juga antara mereka di jual ke pasaran gelap China."
Panjang lebar Syafiq memberitahu segala info yang ada. Penuh yakin dan tegas sekali. Itu sesudah berpuluh kali dia hafal segala informasi yang ada. Mengalahkan orang nak melafaz akad nikah dia punya rasa berdebar. Ye, menatap singa jadian di depan ini bukan kena ada ilmu menjinak ye. Yang wajib kena ada ialah penerangan yang serba lengkap dan tepat.
" Berapa ramai dah yang kena culik? Modus operandi diaorang macam mana?"
Syafiq telan air liur. Sebelum dia menjawab semula pertanyaan Reza.
"Semenjak kita buka kertas siasatan terhadap kes ini dah hampir 10 orang dah yang dah kena culik. Modus operandi mereka ialah menyamar sebagai penjual aiskrim di depan sekolah. Ada antara dari mereka itu pura pura tersesat jalan. Pakej wajah yang handsome menyebabkan ada di antara gadis gadis ini mengikut sahaja. Senang cerita taktik mereka tak sama. Kalau hari ini diaorang menyamar sebagai penjual aiskrim, esok diaorang jadi orang lain pula. Plan mereka sentiasa berubah-ubah. "
Reza angguk faham.
" Maknanya ini kerja berkumpulan secara ramai. Sindiket. Bukan seorang dua macam sesetengah kes. Cerdik betul. Nak mengelirukan polis mereka rangka rancangan lain-lain setiap kali mereka menculik."
Syafiq senyum sedikit. Sekadar menutup rasa gusar di hati. Janganlah ada kata-kata dia yang tersalah.
" Iye tuan. Mereka bijak. Macam dah tahu-tahu yang kegiatan mereka bakal di hidu oleh pihak polis. Selalunya mereka tak akan buat dah penculikan pada satu daerah yang sama. Kalau hari ada gadis di culik kat kawasan Batu Enam, esok sasaran mereka mungkin di Dungun. Kenderaan yang mereka gunakan juga berlainan. Memang ini kerja ramai orang."
Reza angguk faham. Berpuas hati dengan penerangan Syafiq. Bagi Syafiq Reza seorang 'boss' yang agak perfectionist. Pantang sekali bagi nya kalau ada maklumat yang tak betul stesen. Info main cekau sahaja tanpa siasatan yang menyeluruh. Maka dia mengaum lah. Pantang betul baginya jika orang bawahan dia buat kerja sambil lewa. Informasi tak lengkap pun satu hal. Ada baiknya jangan menghadap dia selagi apa yang dia inginkan tidak di penuhi.
YOU ARE READING
NAMA AKU REZA!
RomanceTakdir? Kalau dia boleh memilih takdir, dia tak akan pilih untuk lalui jalan hidup yang begini. Jatuh cinta, namun tidak berbalas. Di benci pula atas kesilapan orang lain. Kisah cinta, persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang antara Reza Aslan Mi...