Prolog

141 7 0
                                    

Private School Tengku Adward

Kereta di berhentikan jauh daripada halaman sekolah. Aku malas mahu mendengar mulut becok pelajar sekolah ni. Tahu lah Aku bukan sesiapa di sini but I belong here too. Yah. Menyampah dengan ayat tu. Ayat yang selalu di tuturkan oleh betina tak cukup kain. Eleh, Aku ni mengata but sama juga perangai. Hehe.

Aku mula melangkah malas masuk ke sekolah. Setiap semua pelajar akan dihantar oleh driver tersendiri hingga ke halaman sekolah tapi Aku tidak. Bahkan Aku sembunyikan kereta ku daripada dilihat oleh pelajar lain. Sebab Aku ada alasan yang bagi ku munasabah sangat untuk berbuat demikian. Malas lah nak bagitahu. Hehe.

Sepanjang perjalanan ku pergi tempat simpan barang ku di locker, semua betina di situ berbisik antara satu sama lain. Tidak ketinggalan juga jantan jantannya. Malah pandang rendah terhadap ku.

Siapalah Aku ni kan, orang tua ku meninggal ketika Aku masih kecil. Aku hidup ni pun kerana apa yang mereka tinggalkan untuk Aku. Tiada adik beradik, sepupu, dua pupu lagi lah takda. Kadang kala terfikir juga orang tua Aku ni keluar dari perut bumi ka apa. Sebatang kara di dunia tiada siapa siapa. Hmmm. Kesian kan Aku?

Aku hanya menjulingkan mata ku ke atas tanda menyampah dengan perangai student sini. Suka betul menjudge. But I simply don't care.

Setibanya Aku di locker, cermin mata ku yang besar gedebak tu Aku perbetulkan. Saja jak pakai. Menutup identiti katakan. Aku membuka locker ku ingin melihat kelas yang ada ni hari. Pemalas kan. Saat saat akhir lah baru nak kemas barang.

Aku yang berada di dunia sendiri sambil mengemas barang yang Aku perlukan untuk kelas ini hari tersentak apabila badan ku di langgar secara mengejut. Habis barang ku jatuh bertaburan di lantai. Kaca mata ku pun dah senget. Cis, siapa punya kerja lah ni. Huh. Tarik nafas hembus. Husnudzon!

Aku melihat ke arah betina yang berlagak diva dan tak seberapa diva ni. Dahlah make up macam opera cina. Lipstik pun keluar dari garisan bibir. Merah menyala pula tu. Mulut pun tipis, ada hati nak pakai lipstik macam bibir plumbum. Tengok Aku punya bibir asli plumbum. Tiada pakai botox.

" Oops, nenek moyang marah ka? Maaf cucu tak sengaja. Hahaha."

Semua pelajar di situ turut ketawa melihat ku diperlakukan begitu. Aku mengendahkan diva diva tak cukup matang tu lalu duduk di lantai concrete ingin mengemas barang ku yang dah berterabur.

" Nak cucu bantu ka nek, meh ya cucu bantu."

Dia lantas menendang salah satu buku nota ku terbang ke longkang. Aku hanya melihat saja buku ku yang selamat dalam longkang tu. Habis basah. Huh. Salah pilih tempat Aku ni. Tu lah, nak jauh dari keramaian konon. Tengok habis buku nota Aku basah. Tempat letak locker Aku ni berada paling hujung sekali.

Sekali lagi kedengaran bunyi ketawa terkekeh. Ada yang sambil berguling guling di lantai. Aku yang melihat keadaan jantan tu, tersenyum. Lawak sangat ka keadaan Aku kena buli ni?.

Suzana atau nama glamour dia Sue, melihat ke arah apa yang Aku lihat.

" Nenek suka sama cucu nenek ni ka? Woi Reza, nenek ni suka sama kau lah. Aku tengok semaca ja dia pandang kau."

Reza mendekati Aku yang duduk. Dia duduk di sebelah ku. Aku hanya memandang dirinya. Apa lagi yang akan dia lakukan ni?

" Maaf lah nek, cucu dah ada gf. Lagipun nenek tak layak untuk cucu. Nenek dah tua, nanti satu malam di hentam, esok harinya masuk kubur terus. Hahahaha."

Sekali lagi ruangan itu penuh oleh ketawa pelajar tak sedar diri.

Kring kring kring..

Loceng dah berbunyi. Sesi pembelajaran dah bermula. Semua pelajar berpusu pusu ke kelas masing masing. Apabila mereka melintasi ku, pelbagai rupa Aku lihat. Ada yang tersenyum sinis macam ala ala nak kena penampar, ada yang menjeling ku sampai mahu terkeluar biji matanya.

Aku percepatkan kerja ku. Mengutip segala barang yang berterabur. Mesti kena marah lagi dengan king kong. Dah lah kelas dia pertama.

Setelah siap mengemas segala barang ku. Aku menuju ke kelas Busniss Managment. Setiap mata pelajaran mempunyai satu kelas. Dan kelas itu akan ada seorang cikgu atau profesor berada dalam kelas tersebut. Pelajar yang sekejap sini sekejap sana.

Aku sampai lambat ke kelas seperti biasa. Cikgu Norila a.k.a king kong dah pandang Aku dengan pandangan jelik. Percuma ja bertudung tapi perangai macam barukang. Haha. Sempat lagi mengutuk.

" Sitti Baidura... Care to explain to me why do you often late to my class? "

Aku berdiam diri kerana sekejap lagi ada yang wilingly jawabkan untuk Aku.

" Sebab masih berkepit dengan sugar daddy dia. Tak puas di bagi semalam. "

Sue mula menjawab. Dia lah yang selalu sukarelanya memberi alasan untuk ku. Walaupun alasannya tidak boleh diterima, tapi Aku abaikan ja. Malas nak berdebat kerana dia tetap akan menang sebab cikgu king kong ni kakak dia. So tiada guna nak lawan dia.

Semua pelajar mula memandangku jelik. Eleh macam lah diri tu suci sangat. Mentang mentang lah anak dato datin, Tan sri Puan sri, Tengku dan Raja raja, dia orang fikir boleh buat sesuka hati dia orang. Foya sana, foya sini. Dunia sekarang ni, perempuan yang masih ada Card-V a.k.a Virginity di pandang serong. Tak laku lah, membawa mala petaka lah. Tiada yang bangga but not me. Aku bangga dapat pertahankan maruah ku. Iya lah, sekarang ni ramai yang ambil jalan pintas untuk jadi kaya. Faham faham la.

" Kau berdiri kat luar tu. Aku tak nak ada pelajar pemalas dalam kelas aku."

Suara Cikgu king kong mematikan lamunan ku. Suara dia mampu mengegarkan otak ku ni. Nyaring beb. Kalah Ziana Zain.

Aku bergerak jauh sikit dari pintu masuk. Berdiri di luar sepanjang masa pembelajaran tu. Aku membuka buku nota ku, Aku ada selitkan jadual pembelajaran.

Selepas ni, masa Cikgu Ismail, Accounting. Huh. Ni yang Aku suka nombor nombor ni. Aku tersenyum. Bala lagi. Kenapa lah Aku terima belajar di sini. Entah entah surat tawaran tu salah hantar. Tapi dalam surat tu ada nama Aku.

Flashback

Aku baru pulang dari menjawab kertas terakhir peperiksaan SPM. Sebelum masuk ke dalam rumah buruk Aku, Aku lihat peti surat Aku ada isi. Daripada siapa pula surat datang ni? Bukan nya Aku ada sesiapa pun.

Aku membuka peti surat tu dan mendapati surat tawaran tu. Yang bikin hairannya lagi, semua barang dan serta belanja makanan Aku, semua di tanggung.

Aku apa lagi, gembira lah. Dah lah sekolah private. Tapi, Aku tak endahkan surat tawaran tu. Aku tetap jalankan rutin ku seperti biasa. Kalau dulu masih sekolah, Aku hanya kerja part time. Setelah habis sekolah, Aku terus ambil full time.

Namun, orang yang kirimkan surat tawaran tu tidak mengenal putus asa. Orang misteri tu menghantar sebuah kereta jenama Audi yang mempunyai GPS serta telefon pintar jenama RealMe.

Dalam beberapa hari, Aku fikir masak masak, akhirnya Aku putuskan ikut sahaja lah hati Aku. Aku terima tawaran tu. Begitu juga kereta dan telefon pintar tu.

Itu lah sebabnya Aku ada di sekolah ni. Semua mata pelajaran ku, semua sudah di pilihkan. Pasal bisnis semua. Aku ikutkan ja. Aku pun ada terfikir juga siapa yang bermurah hati sangat nak Aku sekolah kat sini. Apa apa pun terima kasih.

Present

Setelah habis mata pelajaran Cikgu King kong tu, semua pelajar keluar dari kelas tersebut melanggar tubuh ku dengan sengaja. Tau lah Aku kurus. Takpa, Aku akan buktikan yang Aku akan bangkit satu hari nanti.

Don't Judge Me ( Discontinue )Where stories live. Discover now