33.

1.2K 81 0
                                    

"Makan Ana.."arah Mateo dekat sebelah meja bulat tu.

Xiana hanya termenung pandang pinggan di depannya dengan wajah kosong tanpa ekspresi.

Mateo tuang air kosong dalam gelas tu sebelum pandang Xiana. "Honey...please."

Masuk tiga hari Xiana tak jamah apa-apa. Dan hampir masuk seminggu Xiana tak masuk kerja. Pelbagai alasan dia cipta untuk pastikan tak ada siapa curiga akan ketidak hadiran Xiana di pejabat. Tapi semua tu tak ada gunanya sebab tak ada siapa tanya atau peduli sekiranya Xiana ada atau tiada di dalam syarikat tu. Ibaratnya mereka semua tak tahu Xiana wujud dekat situ.

"Kenapa awak buat semua ni?"tanya Xiana dengan perlahan semasa palingkan kepala memandang Mateo.

"Bahagian mana yang kau maksudkan?Aku atau kau?"tanya Mateo sambil kuak rambut dia ke belakang dengan letih. Dia letih handle semua ni sendiri. Letih!

"Susahkan diri awak untuk saya dan lakukan benda yang tak beri sebarang keuntungan pada awak?"Xiana pandang hidangan di depannya yang dimasak oleh Mateo sendiri.

Mateo lepaskan hela nafas panjang sebelum topang kepala dia dengan tangan kanan sekejap lalu duduk tegak semula. "I need you to help me that why...sejak awal perjanjian
lagi aku dah beritahu kau kan..."

Xiana pandang ke tempat lain bila air mata dia mula bergenangan lagi. "Bukan ini yang saya mahukan.."luahnya dengan sebak.

Wajahnya diraup kerimasan."Dan bukan ini jugak yang aku nakkan...kita manusia cuma merancang...tapi masa depan kita tahu apa akan terjadi...bukan aku mintak kau kena tikam...bukan aku yang mintak kau jadi macam ni..."luah Mateo dengan kesal.

Dengan kening mencerun, Xiana pandang marah ke Mateo."Saya dah beritahu awak...saya boleh tolong awak...tapi saya tak tuntut janji awak pada saya..."air mata jatuh mengalir turun di pipi Xiana. "Kalau awak tolong, patutnya mudahkan hidup saya bukan susahkan lagi keadaan saya macam ni...patutnya awak biarkan je saya terjun dari bangunan tu dari awal lagi..."bisik Xiana dengan keras. Dia tiada tenaga nak tinggikan suara.

Mateo ketap gigi menahan sabar. Terus dia bangun dari situ dan pergi mendekat ke slidding door beranda apartmentnya. Lantas dia cekak pinggang menarik nafas dan hembus untuk kawal amarah yang bergelojak dalam dada dia masa ini sambil menghadap pemandangan luar. Cuba tenangkan diri. Bukan sekarang masanya untuk dia naik angin. Lagi-lagi pada Xiana.

Xiana tunduk pandang ke bawah sambil tersedu-sedu menangis. Tak satu-satu family dia tinggalkan dia. Nanti dia nak hidup dengan siapa?Isaac tinggalkan dia. Elissa khianati dia, ayah dia sendiri berada di penjara, adik lelaki dia hampir bunuh dia, ibu dia dah buang dia dari hidupnya, adik perempuannya entah ke mana.

Suasana senyap itu berlangsung selama beberapa minit kemudiannya.

Mateo buka mata lalu pandang ke depan bila dirinya sudah menjadi tenang. Kalau boleh dia tak nak beritahu, tapi nak buat macam mana. Xiana kena faham situasi dia terlebih dahulu sekiranya dia perlukan bantuan Xiana dalam hal ni. Dan untuk tu dia kena jelaskannya jugak.

"Aku janji dekat kau Ana....aku akan baiki keadaan lepas semua ni selesai. Jadi tolong la. Tolong aku untuk dapatkan semula Vidmizir dari Desmond. Aku tak ada masa lagi..."minta Mateo dengan kening berkerut sedih dan terdesak tanpa berpaling.

Kepala Xiana berpaling memandang Mateo di depan slidding door itu. Kening dia berkerut tak faham lepas dengar permintaan tu. "Apa maksud yang awak tak ada masa lagi?"

Perlahan-lahan Mateo menghadap Xiana. Mata lelaki itu turut kemerahan. "Asalnya Vidmizir adalah kepunyaan papa aku...tapi dia telah dikhianati oleh rakan baik dia sendiri. Iaitu ayah Desmond. Enam tahun lepas. Masa tu aku masih belajar dekat universiti untuk ambil alih tempat ayah aku...tapi sesuatu terjadi. Ayah Desmond dah buat khianat dekat papa aku sampaikan dia kemalangan dan terlantar sampai sekarang tak dapat bergerak...lembaga pengarah dan shareholder sama-sama berikan hak milik Vidmizir ni pada ayah Desmond sedangkan syarikat ni dibina oleh papa aku sendiri. Hasil titik peluh dia sejak dia remaja lagi...dan sekarang papa tengah nazak..aku perlu dapatkannya sebelum papa hembuskan nafas dia yang terakhir..."air mata bergenangan di kelopak mata itu.

Bungkam tak terkata Xiana lepas pandang mata merah Mateo.

Mateo jalan dekati Xiana lalu melutut kedua kaki tepi kaki Xiana yang sedang duduk di kerusi itu dengan kedua-dua tangan jatuh di sisi.

"Aku tak tahu nak mintak tolong siapa lagi kalau bukan kau...jadi tolong la kuat semula untuk bantu aku dapatkan balik apa yang sepatutnya jadi milik papa aku..."bisik Mateo dengan air mata turun di pipinya. "Aku tak nak papa meninggal dunia dalam keadaan penuh penyesalan.."lalu dia tunduk memandang ke bawah.

Jadi sedih Xiana lepas dengar. Dia pandang kepala Mateo buat seketika sebelum pegang rambut hitam berkilat tu dengan perlahan. Nak buat macam mana, benda dah terjadi. Dia tak boleh nak patah balik lagi. "Saya akan kuat." setuju Xiana dengan perlahan.

Mateo angkat kepala dari tunduknya lalu memandang Xiana dengan renungan lega sebelum melingkarkan tangan ke sekeliling pinggang tarik Xiana ke dalam pelukannya dalam keadaan melutut dua kaki di tepi kerusi itu. "Terima kasih Ana.."ucapnya.

Xiana bawa tangan lalu menepuk belakang badan Mateo dengan perlahan.

Krukk~~

Tak semena bunyi perut berkeroncong memecah kesunyian di antara mereka di situ. Serta merta Mateo jarakkan diri dia dari Xiana dengan muka terkejut.

"Siapa punya tu?"soal dia sambil pegang perut sendiri.

Xiana tersenyum nipis. "Saya."

"Serius la...ada naga ke beruang dalam perut tu?"komen Mateo sewaktu bangun dari situ dan duduk semula ke kerusi tadi. "Makan la sikit kalau macam tu.."dia tolak pinggan tu dekat ke Xiana.

Xiana menggeleng kepala tak mahu. "Saya tak ada selera...awak ada bubur tak?"tanya Xiana semasa pandang stik panggang di pinggan tu.

"Kau nak, aku boleh masakkan.."

"Sure..."angguk Xiana.

Terus Mateo bangun dari situ dan gerak ke dapur tanpa berkata apa-apa. Xiana yang perhatikan hanya tersenyum nipis.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now