37.

1.2K 79 0
                                    

DIT!DIT!DIT!

Bunyi pad kunci keselamatan di sentuh kedengaran sebelum pintu apartment itu terbuka dan tuan rumah itu berjalan masuk ke dalam. Elok kepala dia di talakan ke skrin televisyen, terus berpaling ke arah pintu.

"Baru balik?Kau beli barang ke buat barang..." seloroh Mateo semasa mematai Xiana yang tunduk menanggalkan kasut dari kaki.

Tanpa berkata apa-apa Xiana jalan masuk ke ruangan itu lalu lintasi ruang tamu tanpa kerling ke Mateo, dia masuk lorong kecil yang menghala ke bilik tidurnya.

Mateo yang perhatikan buat muka tak faham. "Dah kenapa pulak tu?"tanya dia masa pandang langkah Xiana menonong begitu saja tak hiraukan dia.

Sekali lagi bunyi pintu terbuka kedengaran.

Buatkan Mateo pandang ke arah pintu dan melihat Ryan dengan beg kertas shopping di tangan kanan dan kiri berdiri di situ memandang dia.

"Kenapa dengan Cik Xiana kau tu?Ada something berlaku ke masa kau dekat luar tadi?"

Ryan tunduk meletakkan beg shopping Xiana di atas lantai itu sebelum berdiri dengan kedua-dua tangan di depan perut. "Encik Isaac berjumpa dengan Cik Xiana semasa di restoran. beberapa jam lepas..."maklum Ryan.

Kening Mateo berkerut lepas dengar. "Isaac ada sekali?Lelaki tu ikut Xiana ke?"

"Saya tak pasti tuan. Apa yang saya nampak, sewaktu saya ekori Cik Xiana, tiada siapa yang ikut atau perhatikan Cik Xiana...sehingga la kami tiba di restoran, Encik Isaac munculkan diri."jelas Ryan.

Mata Mateo gerak ke arah lorong dimana Xiana lalu tadi. "Apa mereka bualkan?"soal dia.

Ryan pandang ke lantai lalu lepaskan hela nafas panjang. "Tiada apa-apa yang penting. Encik Isaac hanya salahkan CIk Xiana untuk apa yang telah berlaku dan menimpa diri dia."

Mateo capai remote tv dekat meja kopi depannya lalu tekan butang merah sebelum skrin tv tadi hitam. "Kau boleh dismissed."arah dia semasa bangun dari situ dan bergerak ke arah bilik Xiana.

Ryan beri tunduk patuh sebelum keluar dari situ.

Setiba di depan pintu bilik Xiana, Mateo tolak pintu yang tak tertutup rapat tu lalu masuk ke dalam tanpa mintak izin. Dia dah tak fikir apa dah.

Sejak kes Xiana cuba terjun dari bangunan, Mateo tak pernah tinggalkan Xiana sendirian. Sama ada dia duduk dekat apartment Xiana atau Xiana berada di apartment dia. Sekali pun tak pernah dia lepas pandang. Pesakit yang mempunyai kecenderungan untuk bunuh diri ni kita tak boleh nak agak tau. Ada masa mereka tak apa-apa ada masa tu mereka akan cuba lukakan diri sendiri atau lakukan sesuatu yang memberbahayakan nyawa mereka.

Berasa bertanggungjawab terhadap Xiana, Mateo terpaksa awasi setiap pergerakan Xiana untuk elakkan Xiana lakukan perkara tak di ingini. Lagi-lagi sekiranya Xiana tertekan atau menghadapi masalah. Lagi la Mateo peka.

"Ana.."panggil Mateo semasa jengah kepala cari kelibat Xiana.

Dia pandang kanan dan kiri bilik tu sebelum terpandang kelibat Xiana dekat luar beranda. Tengah duduk dekat kerusi plastik sambil peluk kaki rapat ke dada.

Terus Mateo lepaskan nafas lega bila nampak Xiana ada dekat situ. Tanpa berlengah dia keluar ke beranda tu.

"Kau okay tak ni?"tegur Mateo sejurus berdiri melangit depan Xiana.

Mata Xiana bergerak memandang ke sisi. "Leave me alone."minta dia dengan nada tiada mood.

Mateo tak dengar. Dia malah duduk bercakung depan kerusi tu sambil pegang kedua-dua lengan kerusi tu. "You know that I will never leave you alone.."ujarnya semasa pandang tepi muka tu.

Xiana termenung pandang pasu bunga dekat bawah rel besi tu tanpa sebab.

"Pandang aku.."minta Mateo bila Xiana buat tak tahu. "Xiana...please."pujuknya lagi. Apabila Xiana masih buat tak tahu, Mateo pegang dagu Xiana lalu digerakkan kepala tu supaya menghadap dia.

Xiana hanya tundukkan pandangan mata ke bawah. Tak nak pandang Mateo.

Mateo turunkan tangan dia dari dagu Xiana sebelum bersuara. "Kau tahu... apa yang berlaku semua ni bukan salah kau. Kau dah buat terbaik untuk semua orang. Sayangi dia orang...berikan segala tenaga dan masa kau untuk dia orang....masa muda kau...sihat sakit... kenyang lapar kau...semuanya kau dah berikan dekat dia orang. Dia orang dah dapat cukup dari kau...cuma dia orang tak hargai apa yang dia orang miliki.. sebab itu semua ni berlaku...salah dia orang sebab tak cuba untuk faham apa yang kau dah buat untuk dia orang...berhenti la salahkan diri kau.."pujuk dia dengan nada perlahan.

Perlahan-lahan mata Xiana bergerak naik memandang Mateo.

Mateo tarik senyuman nipis bila pandang mata merah dan letih milik Xiana lepas wanita itu memandangnya."It okay...aku janji dekat kau semuanya akan baik-baik..."tepi pipi Xiana di tekup dengan tangan kirinya dengan lembut.

"Bukan salah saya?"tanya Xiana dengan nada berharap.

Mateo angguk, "Ya...bukan salah kau." dia pandang Xiana dengan renungan dalam. Memang bukan salah Xiana. Tapi salah dia orang sebab tak tahu nak berterima kasih. Jadi ini adalah balasan untuk dia orang bayar balik apa yang Xiana tanggung selama ni. "Jadi jangan susahkan hati kau dengan fikirkan apa yang terjadi ni dan salahkan diri kau untuk tu..." Mateo melutut sebelah kaki sebelum tarik Xiana dalam pelukan.

Xiana termenung memandang ke satu arah buat seketika. Dia harap macam tu la. Tapi bukan itu yang dia dengar dari orang sekeliling dia.  Tanpa berkata apa-apa, dia sorokkan mukanya ke dalam ceruk leher Mateo.

Mateo sandarkan tepi pipinya ke kepala Xiana sewaktu gosok belakang badan itu.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now