Cuba beritahu banyak-banyak tempat, tempat apa yang seronok untuk kita bergosip? Especially kaum wanita?
Kalau lelaki biasanya dekat luar bangunan, belakang lorong atau pun atas bumbung bangunan. Sambil merokok sambil berborak.
Kalau perempuan dekat mana pulak?
Okay kalau dekat Vidzimir, biasanya hot spot untuk staf wanita bergosip ialah tandas. Dan waktu paling seronok untuk berkumpul ialah bila pihak atas meeting dan hendak jalan-jalan.
Pelik?
Hah...jangan pelik. Dalam tandas ni la semua maklumat boleh di peroleh.
Disebabkan Xiana ni jenis orang yang terlalu sibuk dengan kerja dan jarang bergaul dengan mana-mana staf wanita, dia langsung tak ada kawan dekat dalam syarikat ni. Kalau nak dikira Bianca je la staf wanita yang dia buat contact. Staf lelaki jangan cakap la. Entah-entah semua orang dalam syarikat ni tak pernah tahu dia wujud dekat dalam tempat ni.
Yalah mana taknya, dia jarang keluar dari pejabat dia kecuali untuk makan tengah hari atau fotostat dokumen. Selain tu dalam bilik la dia terperuk Kalau 12 jam kerja 12 jam tu la dia dalam pejabat. Rakan sejabatan dia sendiri masih tak ingat nama dia walaupun dia kerja paling lama dekat sini.
Jadi dia suka dalam tandas ni bila ada masa terluang untuk dengar gosip mereka. Jangan judge dia. Bukan dia tak nak join dia orang terang-terang. Dia cuma segan nak bergaul. Mana la tahu kan dia orang tak suka dia dekat situ.
"Hei kau tak rasa ke muka aku lain?"
"Yalah..aku perasan...makin flawless.."
"Kan..aku guna produk baru ni...kau orang cuba la tengok-tengok, and test mana tahu sesuai untuk kulit kau?"
"Wei...aku dengar ketua jabatan kita akan di tukar?"
"Iya?"
"Ha'ah...katanya seseorang yang sama tanding dengan CEO kita...dia dari Kanada pindah ke sini."
"Serius la..maknanya kita ada superior yang sama kacak macam CEO kita?"
"Kan...aku dengar dia lebih muda dari CEO kita...hebatkan. Muda-muda dah jadi Ketua Eksekutif Jabatan."
Dia yang sedang duduk dekat mangkuk dengan laptop dekat riba pasang telinga perbualan staf-staf wanita dekat luar booth tandasnya.
"Aku dengar Ketua Eksekutif kita, Cik Bianca akan di pindahkan ke cawangan lain."
Nak tersedak air liur Xiana bila dengar. Tangan dia yang sedang menaip report itu pandang ke pintu tandas dengan mata terbutang.
Nenek sihir tu nak di pindahkan?Serius la?
"Serius?"
"Ha'ah...aku dengar khabar angin macam tu dari jabatan setiausaha.."
Xiana jengahkan telinga dia dekat ke dinding booth tandas tu untuk dengar lebih jelas. Kalau Bianca pindah, maknanya dia akan kerja dengan orang lain?Tapi kenapa?
"Cawangan mana nanti dia akan dipindahkan?"
"Entah la...aku rasa cawangan yang ada dekat Denmark..."
"Elok la...nenek sihir tu pindah. Aku dah tak tahan betul tengok perangai diva dia tu.."
"Entah...mentang-mentang la selalu dapat pujian sebab kerja dia paling bagus, boleh la dia tunjuk bossy depan kita semua.."
"Mungkin sebab tu dia dipindahkan ke sana.."
Terus Xiana tutup laptopnya. Rasa macam pelik pulak. Kalau Bianca pindah mestilah Bianca beritahu dia. Kan dia ni assistant Bianca.
Hmm?Dagunya di ketuk-ketuk kehairanan.
"Ehh...kita dah lambat..baik kita gerak sekarang."
"Ha'ah la..."
Bunyi detak tumit kasut bergema sewaktu kumpulan staf wanita itu keluar dari tandas. Dan bunyi itu sayup kedengaran setelah pintu tandas tersebut tertutup semula.
Masa itu la Xiana keluar dari tempat persembunyiannya bersama laptop dan fail dekat dalam pelukan. Berdiri la dia dekat situ dengan muka tak faham. Patutnya dia rasa happy, tapi entah kenapa dia rasa semacam lepas dengar berita tu.
YOU ARE READING
11. Damon Revenge
General FictionBetullah kata orang ...yang nampak baik tu tak semestinya baik. Dan orang yang nampak jahat tak semestinya jahat. Kadang-kadang kita kena rasa kehilangan dulu baru sedar apa itu rindu.. ************************************ Air mata jatuh ke pipi Xi...