39.

1.1K 77 0
                                    

Sambil memeriksa kertas yang dia baru fotostat tu Xiana tolak pintu pejabat dia ke dalam dengan bahu sebelum pandang ke depan. Masuk saja Xiana ke dalam pejabatnya, Xiana pandang ke dinding kaca. Di bilik sebelah duduknya Mateo yang tekun memeriksa sesuatu dalam fail dan komputer silih ganti. Lepas dia pandang Mateo, Xiana gerak ke almari dimana fail kosong tersimpan. Dia ambil dua fail kosong dari rak itu lalu di bawa ke meja.

Salinan maklumat pelan projek yang dia copy tadi di masukkan ikut nama projek ke dalam fail tersebut sambil berdiri dekat tepi mejanya. Dia tak nak duduk sebab kena masuk pejabat Mateo kejap lagi. Baru je Xiana nak capai fail terakhir telefon bimbitnya yang berada di sebelah buku catatan berdering.

Deringan itu menarik perhatian Xiana serta merta. Tanpa berlengah Xiana capai telefon tu dan pandang skrin telefonnya. Dia nak tahu siapa yang menghubunginya, tapi tiada nama pada nombor tersebut. Hairan dan ingin tahu, Xiana sentuh butang hijau pada skrin tu lalu kepit telefon itu pada telinga dan bahu kanannya.

"Hello Xiana bercakap.."sambut Xiana sambil capai kertas yang lain lalu dimasukkan ke dalam fail itu dengan kemas.

"Ana!Tolong aku Ana!"teriak Aliah dalam panggilan dengan takut. "Huhu...tolong aku.." nangis adik kedua Xiana lagi dalam panggilan.

Terus terlepas kertas dari tangan Xiana masa dia pegang telefon tu lalu di pegang kuat pada telinganya. "Liah.."panggil Xiana dengan jantung berdegup kencang. Apa yang dah berlaku!?

"Dah cukup!Diam kau perempuan!"suara lain pulak yang kedengaran tak lama kemudian.

"Hello...siapa ni?"tanya Xiana sambil berdiri membelakangkan dinding kaca Mateo.

"Dengar...kalau kau nak adik kau hidup. Bawakkan kita orang 10k..."suara garau lelaki dalam panggilan itu menyapa telinga Xiana dengan menakutkan sekali.

Sampaikan Xiana yang dengar sudah membutang mata terkejut. Dada dia mulai naik turun ketakutan. "10k?"sebut Xiana dengan suara perlahan penuh ketakutan.

"Ya...adik perempuan tak guna kau ni dah rosakkan barang aku...aku suruh dia bayar tapi dia lari. Aku tangkap dia dan ugut dia untuk bunuh dia kalau tak bayar...then dia suruh aku call kau! So bawak duit tu atau adik kau mati.."marah suara tu.

"Dekat mana saya perlu berikan wang tu?"

"Bawakkan semua duit tu ke jeti utama dekat pelabuhan utara...sekarang."

Xiana mengangguk kepala faham.

"Pastikan tak ada siapa tahu tentang hal ni...jangan cabar aku. Kalau aku tahu kau call polis atau sesiapa, aku kerat anggota badan adik kau satu persatu..."ugut orang dalam panggilan tu lagi.

Xiana telan air liur takut dia. "Baik..saya ke sana sekarang."jawab Xiana.

Panggilan itu kemudiannya diputuskan oleh si pemanggil sesaat kemudian. Dalam keadaan bingung tu Xiana sedaya upaya kawal reaksi wajah dia. Tak nak nampakkan dia dalam masalah. Jadi dia perlahan-lahan palingkan badan hendak dapatkan kot dan beg tangannya di belakang meja kerjanya.

Sebaik saja Xiana capai kot, dia sarung kot tu ke badan dia sebelum sandang beg tangannya ke bahu dengan bersahaja. Dan masa dia nak gerak keluar dari situ, masa tu la Xiana tergerak hendak pandang ke bilik sebelahnya. Pandang je dia ke bilik tu, Mateo tengah tunduk menyelak helaian kertas di meja.

Line clear!

Dia tak nak Mateo nampak dia keluar. Kalau lelaki tu nampak pasti situasi akan jadi lebih rumit lagi.

Tanpa membuang masa, Xiana keluar dari situ senyap-senyap tanpa di lihat sesiapa.

Dan sekarang halangan seterusnya, Ryan saja yang dia perlu uruskan.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now