12.

1.2K 90 0
                                    

Sentuhan sesuatu yang sejuk pada permukaan kulit buatkan mata dia terbuka terus. Namun dia menyesal sesaat kemudian bila cahaya terang hampir nak butakan mata dia waktu itu menerangi penglihatannya. Siapa yang letak lampu dekat atas kepala dia macam ni! Cari pasal betul!

Dengan kening berkerut tak suka dia angkat tangan nak hadang mata dari silau yang menyimbah pandangan dia waktu itu.

"Doktor...pesakit dah sedar.."suara lembut seorang kedengaran tak lama kemudian.

Sejak bila dia ada perempuan dalam rumah dia.Xiana buka mata dengan kening berkerut bingung.

Apa yang berlaku?

Dia dekat mana ni?

Xiana pandang kanan dan kiri dia dengan susah payah sebelum gerak nak bangun dari baringnya. Macam mana dia boleh ada dekat sini?

"Cik..."seorang lelaki berjubah putih dengan papan carta dekat tangan berdiri sebelah katil sambil jengah kepala memandang Xiana macam dia tu tikus makmal yang baru keluar dari sangkar.

Sambil buat muka, Xiana jarakkan kepala dia kebelakang. "Apa yang dah berlaku?"tanya dia sambil pegang kepala dia. Direnggut lembut rambutnya sebab bingung dengan apa yang berlaku.

"Cik pengsan...seseorang datang bawa cik ke sini untuk beri rawatan. Kalau boleh saya tahu, macam mana cik pengsan?"tanya doktor di depan Xiana sambil pandang papan carta dekat tangan dia sekejap dan kembali pandang Xiana sejurus itu. Di dalam papan carta tu ada maklumat sejarah perubatan Xiana.

Terus Xiana telan air liur takut dia bila doktor tu pandang dia dengan renungan yang biasa dia nampak. Renungan judging! "Saya pengsan?"tanya Xiana dengan bingung. Dia sendiri tak tahu yang dia pengsan.

"Berdasarkan laporan perubatan yang saya terima. cik merupakan pesakitan kemurungan tahap tiga. Kandungan darah merah dalam badan cik kurang dari yang normal. Saya anggarkan tekanan darah cik terlalu rendah sebab itu cik pengsan. Tapi selepas saya check darah cik saya dapati cik ambil ubat untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan perasaan."baca doktor tu dengan panjang lebar sambil pandang papan carta dekat tangan.

Xiana diam membisu, dia gerakkan mata dia kanan dan kiri seakan mencari sesuatu. Sebelum tersentak sedar akan sesuatu.

Alamak!

Kerja dia! Habis la! Mesti Bianca mengamuk sebab dia tak datang tanpa notis. "Saya tak apa-apa..."nafi Xiana sambil selak selimut dari kaki dia dan turunkan kaki dia dari katil tu.

Jururawat dan doktor yang bertugas menjaga Xiana cepat-cepat menghalang.

"Cik...cik nak ke mana ni?"soal jururawat wanita di sebelah katil Xiana sambil pegang lengan itu.

"Kerja...saya ada kerja nak di buat.."kata Xiana sambil tolak tangan jururawat tu jauh dari dia.

Doktor yang bertugas pegang bahu Xiana dari belakang lalu memaksa Xiana duduk semula di katil tu. "Cik tak boleh pergi dulu sehingga IV drip cik habis.."

Xiana pandang doktor tu dengan kening terangkat sebelum pandang ke tangan kiri dia yang masih tertusuk dengan jarum dan pelekat putih. Kemudiannya keningnya berkerut.

Baru dia teringat apa yang berlaku. Segala imej yang berlaku di tempat parkir muncul dalam fikirannya. Semua ni salah ayah dia! Salah ayah dia semua ni menimpa dirinya.

Secara tiba-tiba Xiana pegang tepi kepala dia sambil tunduk memejam mata.. Hela nafas letih dilepaskan dari mulutnya sejurus itu.

Oh god!

"Cik tak apa-apa?Pening ke?"tanya jururawat tu dengan risau.

Perlahan-lahan Xiana menggeleng kepala. "Saya tak apa-apa."sebutnya sebelum angkat kepala memandang doktor dan jururawat di depannya. "Boleh saya tahu beg tangan saya ada di mana?"soalnya dengan suara orang mengalah dari marah-marah.

Jururawat tu gerak ke almari sebelah katil Xiana lalu tunduk membuka pintu almari sebelum mengeluarkan beg tangan Xiana dari dalam almari tu. Beg itu diserahkan kepada mereka oleh lelaki yang bertanggungjawab membawa pesakit mereka ke sini. "Ini dia.."

Xiana capai begnya lalu mengeluarkan telefon bimbit sebelum beg itu di letakkan ke tepi. Dia sentuh skrin telefon tu untuk hubungi ayahnya, namun sebelum sempat dia nak buat panggilan, pintu bilik itu terbuka.

Mereka bertiga dengan serentak pandang ke arah pintu itu dengan kening terangkat ingin tahu.

"Oh...encik...teman wanita encik dah sedar. Kami baru saja hendak maklumkannya."ujar jururawat itu pada lelaki handsome yang berjalan masuk ke ruangan itu.

Teman wanita?

Xiana pandang dumbfounded ke lelaki bersut hitam bertali leher depannya dengan muka bingung.

"Keadaan dia dah stabil. Hanya tunggu IV drip dia habis..setelah itu dia boleh keluar.."maklum doktor itu pula.

Lelaki lampai itu pandang ke doktor itu lalu mengangguk faham sebelum kembali memandang Xiana.

Siapa?

Xiana pandang pelik ke lelaki lampai itu dengan kening berkerut tak faham.

"Kalau begitu kami minta diri dulu."pamit doktor itu sambil beri angguk kecil pada lelakit tersebut lalu mereka beransur keluar dari situ.

Lelaki tu berdiri menghadap Xiana dengan tangan di dalam poket seluar hitamnya. Dia tilik wajah pucat kebingungan Xiana buat seketika. "How do you feel?"soalnya.

"Siapa awak ni?"tanya Xiana sambil pegang telefonnya dengan erat.

"Jiran."sebut lelaki tu.

Xiana buat muka tak faham lalu menggeleng kepala perlahan-lahan.

"Saya still tak faham.." jawabnya.

Lelaki tu dekati Xiana sehingga berdiri betul-betul di depan Xiana lalu sondong ke depan sedikit untuk sama paras mata dengan Xiana. "Jiran rumah sebelah kau..."

Terbutang luas mata Xiana lepas dengar.

Damn! Jiran yang dia sangka pervert rupanya. "Oh...awak rupanya...maaf..saya tak kenal sebab awak pakai topeng mulut masa tu.."

Lelaki tu kembali berdiri tegak. "Kau tahu kau hutang aku satu hari ni semata nak bawa kau ke sini."

Iya ke?Alahai..buat susah je. "Maafkan saya... kalau macam tu.."ucap Xiana dengan serba salah. "Dan terima kasih...tanpa awak entah apa la nasib saya sekarang.."

Lelaki tu tenung mata Xiana buat beberapa saat sebelum lepaskan hela pendek. "Sudah la. Benda nak berlaku. Nak buat macam mana..."

Mata Xiana tunduk memandang skrin telefonnya dengan sedih sebelum dia gagahkan diri untuk tersenyum pada lelaki asing di depannya ini. "Kenalkan saya Xiana Rose..panggil saja Ana..."dia hulur tangan pada lelaki di depannya dengan senyuman mesra.

Kening lelaki tu terangkat sebelah lepas dengar. Dia pandang tangan Xiana buat beberapa saat sebelum balas huluran itu lalu di cengkam kemas. "Mateo Nestor..."

"Selamat berkenalan Mateo..."sebut Xiana.

Mateo hanya diam mencengkam tangan itu.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now