Ibarat kena magnet Xiana jalan masuk ke dalam apartment dia dengan langkah yang berat. Dengan malas dia tanggalkan kasut tumit tingginya lalu dibiarkan dekat lantai tu dan terus gerak masuk. Tanpa susahkan diri untuk hidupkan lampu, dia jalan melintasi ruang tamu sebelum masuk ke dalam bilik tidurnya.
Jejak je kaki dalam bilik tu, dia jatuhkan beg tangan, beg office dan juga kot labuh dia ke lantai lalu tumbang ke atas katil dalam keadaan telentang memandang siling biliknya yang gelap tak ada cahaya tu.
Malasnya nak mandi. Dah baring macam ni, nikmatnya ibarat seperti di awang-awangan je. Segala urat saraf dia yang tegang tadi mulai kendur dan relaks. Dia sendiri pun rasa boleh tertidur terus dekat situ sekarang jugak.
Tapi itu la...badan dia dah melengas macam ni nak tak nak kena mandi jugak. Satu hari suntuk kot tak tukar baju. Bawak penyakit pula tak pasal-pasal nanti.
Bersama hela nafas letih, Xiana tolak badan dia bangun dari situ lalu duduk menghadap jendela beranda dia. Langit malam tak ada bulan tapi berbintang penuh itu di pandang dengan lama.
Elok dia pandang, jadi terus termenung Xiana dibuatnya.
Fikiran dia menerawang ke segenap ruang dalam memori otak dia. Tak satu-satu imej muncul dalam kepala dia. Imej yang dia ingat terus buat dia letih, imej dimana buatkan dia jadi stress bila memikirkannya. Imej di mana buatkan dia rasa sedih dan kecewa pada masa yang sama.
Semuanya ada dan bercampur baur.
Tak lama Xiana termenung dia pandang beg tangan yang ada dekat lantai beberapa saat sebelum bangun dari katil tu lalu mengutip beg tersebut. Sambil dia seluk tangan dalam beg keluarkan telefon, Xiana gerak ke slidding door berandanya lalu di buka. Sebaik telefonnya di capai, Xiana letakkan beg tu ke lantai bilik sebelum keluar ke beranda dan sandar pada rel besi di situ.
Sejurus itu skrin telefonnya di sentuh. Nama 'hubby' di sentuh pada skrin itu sebelum di bawa ketelinganya.
Tut!Tut!Tut!
Sambil tunggu panggilannya di angkat Xiana dongak memandang langit malam tu dengan renungan mendung dan murung.
"Hello?"suara dalam Isaac menyapa telinga Xiana tak lama kemudian.
"Hai...tengah buat apa tu?"tanya Xiana dengan senyuman di bibir.
"Baring...sayang tengah buat apa tu?Baru balik dari kerja ya?"
Xiana termenung pandang bintang yang berkelip dekat langit malam tu sambil tersenyum. Dia masih terfikir sampai sekarang...kenapa ya Isaac tak nak duduk sebumbung dengan dia. Dan pilih untuk duduk berasingan dengan dia. Lagipun mereka dah lama bertunang. Sekali pun dia tak pernah lawat rumah Isaac, dan hanya Isaac sahaja yang datang ke rumah dia dan bermalam di sini. Bukannya Isaac duduk dengan mama lelaki tu. Duduk sendirian pun. Rasanya tak ada masalah.
"Ha'ah...saya teringatkan awak..sebab tu saya call awak."jawab Xiana dengan nada perlahan.
"Kenapa ni?sesuatu berlaku ke?"tanya Isaac lagi.
Xiana kembali tundukkan kepala ke bawah dan melihat pemandangan jalan raya di bawah bangunan itu dengan senyuman nipis di bibir. Kalau dia terjun bangunan ni kan, sakit tak rasanya? "Nothing..."jawabnya sebelum letakkan dagunya di atas lengan yang direhatkan pada rel besi tu. "Saya cuma nak dengar suara awak..."
Kedengaran suara Isaac ketawa kecil di dalam panggilan diselangi bunyi semasa lelaki tu bergerak lalu lepaskan hela nafas panjang. "Kalau sayang nak share...beritahu la..Bie dengar.."
Nak ke Isaac tadah telinga dengar cerita dia dan faham apa dia rasa sekarang ni. "Tak ada apa-apa pun yang special. Semuanya macam biasa..cuma saya penat sikit je satu hari ni sebab schedule padat."tipu Xiana dengan nada ceria di buat-buat.
"Okay..."
"Rehat la situ...sorry sebab ganggu."sebut Xiana dengan perlahan.
"Okay...bye sayang. Love you."balas Isaac yang tak tunggu-tunggu Xiana balas balik ucapan terus putuskan panggilan tu begitu sahaja
Xiana perlahan-lahan alihkan telefon tu dari telinga dia lalu ditenung skrin hitam tu dengan lama sebelum berpaling masuk ke dalam dan tutup slidding door tu semula.
YOU ARE READING
11. Damon Revenge
General FictionBetullah kata orang ...yang nampak baik tu tak semestinya baik. Dan orang yang nampak jahat tak semestinya jahat. Kadang-kadang kita kena rasa kehilangan dulu baru sedar apa itu rindu.. ************************************ Air mata jatuh ke pipi Xi...