23.

1.1K 84 0
                                    

Buka saja pintu pejabat dimana Bianca pernah duduk, Xiana anjak ke tepi beri laluan untuk Mateo masuk ke dalam. Masa dia berdiri dekat pintu tu, dia matai lelaki yang bercermin mata  tu berjalan masuk ke ruangan tersebut dengan minat. Tak tahu pula dia Mateo pakai cermin mata. Masa dia jumpa Mateo tak pernah pulak Mateo pakai cermin mata.

"Ini pejabatnya...ketua boleh buat sebarang ubah suai dari masa ke masa sekiranya perlu." maklum Xiana semasa tutup pintu pejabat itu lalu berdiri di belakang Mateo.

Dengan tangan di dalam poket seluar, Mateo berdiri dekat ruang tengah tu mematai sekelilingnya. Dari jendela, meja, rak, hiasan dalam ruangan itu. Sebelum berhenti ke dinding kaca di sebelah kanan biliknya itu.

"Sebelah tu bilik siapa?"tanya Mateo semasa tunding jari ke pejabat sebelahnya.

"Saya."jawab Xiana dengan kedua-dua tangan di depan perut.

Mateo angguk kepala. Elok jugak Xiana dekat dengan dia. Tak ada la payah sangat kalau dia perlukan apa-apa nanti. "Berikan aku dokumen belanjawan terkini syarikat dan juga sejarah relationship keluar masuk duit dalam company ni..."arahnya sejurus itu.

Xiana yang dengar jungkit kening lepas dengar. Sekarang ni dia dalam dilemma. Disebabkan Mateo dah jadi atasan dia, nak tak nak dia kena jaga border dia sebagai assistant dan juga rakan?Sekejap rakan...mereka dah berkawan ke?Rasanya tak..jadi maknanya Mateo ni hanya la bos yang kerja dengan bos dia la.

"Yang terbaru atau dua bulan terakhir?" tanya Xiana semasa memerhati susuk lampai  yang cool itu sekali gayanya sewaktu ambil tempat di kerusi lalu memandang dia dengan renungan dingin.

"Dua bulan terakhir..."jawab Mateo semasa menanti Xiana tanyakan dia soalan lain selain kerja. Dia tahu Xiana mesti terkejut tengok dia dekat sini, jadi Xiana mesti ada soalan yang nak diajukan kepada dia.

"Baik."Xiana berpaling hendak pergi dari situ tapi dihentikan oleh Mateo sesaat kemudian.

"Tunggu.."Mateo duduk sandar di kerusi tu sambil silangkan kakinya sewaktu memerhati Xiana berpaling semula menghadap dia dan jalan mendekati meja kerjanya.

"Ya."sambut Xiana dengan formal.

Mateo lentokkan sikit kepala dia sewaktu mematai wajah Xiana dalam-dalam. Cuba baca setiap inci wajah tu untuk kesan sesuatu. "Kau tak ada soalan yang nak ditanyakan dekat aku ke? Macam... kenapa aku boleh ada dekat sini?Atau kenapa aku tak beritahu kau dari awal?"ajunya.

Mata Xiana pandang permukaan meja tu dengan renungan kosong buat beberapa saat. Nak tanya apa. Kalau dah ini sebahagian rancangan Mateo, dia tak boleh nak cakap apa. Lagipun siapa dia nak tanya banyak soalan pada Mateo. Mereka sendiri belum rapat dan baru berkenalan tak sampai seminggu.

"Tiada ketua."jawab Xiana sesaat kemudian.

Mateo tersengih sinis. "I like you..."sebutnya dengan jujur. Susah nak dapat pekerja yang jenisnya tak suka banyak bertanya atau sibuk hal orang lain tanpa disuruh.

Kening Xiana terangkat sikit lepas dengar. Like?Wajah Isaac terus menerpa minda dia. Teringat yang dia dah bertunang. Dan kenapa dia tak putuskan hubungan tu sedangkan dia dah tahu hal sebenar. "Adakah ianya satu pujian atau luahan perasaan?"soal dia dengan muka blur.

Terus meledak ketawa Mateo lepas dengar soalan itu. Alahai...polos betul la Xiana ni. "Kau boleh anggap mana-mana yang kau suka." kata dia dengan sisa ketawa.

Xiana buat muka. Dia cakap apa sampai lelaki ni ketawa?Ke muka dia kelakar?

"Dah pergi sana ambik apa aku mintak tadi.." arah Mateo sambil geleng kepala dengan senyuman di bibir.

Xiana beri anggukan sebelum berpaling keluar dari situ.

Sambil mematai langkah Xiana, Mateo capai telefonnya lalu hubungi orang kanannya semula. Tak lama dia tunggu panggilan itu diangkat.

"Ya tuan.."

"Macam mana dengan benda yang aku mintak kau uruskan tu?"

"Sudah selesai tuan. Nak kami mulakan sekarang ke?"

"Hmm.."jeda Mateo dengan panjang. "Tunggu dulu...aku nak pastikan sesuatu sebelum tu. Kau tunggu."

"Baik tuan.."

"Okay.."Mateo putuskan panggilan tu lalu pusingkan kerusi tu menghadap pemandangan cermin kaca di belakangnya dengan senyuman senang.

Game on!

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now