64.

1.2K 76 2
                                    

Seperti yang dirancang oleh Mateo. Xiana keluar dari pejabat tu bersama-sama dengan Desmond. Menurut arahan Mateo, Xiana kena pergi restoran yang Mateo dah pilih. Jadi Xiana beritahu Desmond restoran yang dimaksudkan. Setiba di restoran tu, mereka telah diberikan meja yang di tempah awal oleh Mateo.

Tanpa rasa syak wasangka. Desmond enjoy betul-betul moment tu sebab dapat bersama dengan crush dia sejak tiga tahun lepas.

Sementara Xiana sudah seperti kena cacing kerawit dalam kulit. Dia rasa menggerutu sepanjang masa bersama dengan Desmond. Mana taknya Desmond asyik pandang dia dengan renungan pelik dan tersenyum je. Alahai...lemah betul la.

"So...apa khabar awak?Saya tahu banyak perkara terjadi dalam syarikat ke belakangan ni. Saya harap awak tak stress di sebabkan hal tu..."basa basi Desmond yang cuba berborak dengan Xiana lebih lama.

Xiana pandang makanan dekat pinggan dia sambil bersuara. Tak kuasa nak bertentang mata dengan Desmond. "Good...so far so good. Lagipun kerja tak banyak sangat...tuan sendiri tahu la kan.."

Desmond mengangguk kepala lalu kembali makan makanan dia.

Tak lama mereka senyap, ketika itu la seorang pelayan lelaki datang menghidangkan wain untuk mereka berdua.

Mulanya Xiana tak nak pandang, tapi bila pelayan tu cuma tuang wain dekat gelas Desmond bukan dia, Xiana terpaksa pandang jugak sebab nak tegur. Sekali bila dia dongak memandang waiter tu, mata Xiana terbutang kaku.

Ryan?

Sejak bila pulak lelaki ni tukar pekerjaan?

"Cik nak minum sekali?"aju Ryan sambil beri isyarat dengan jegilan mata seakan memberi amaran pada Xiana dari berkata 'ya'.

Desmond pandang Xiana bila soalan itu di ajukan.

Teragak-agak hendak jawab apa dia vlbersuara."Ah...tak apa. Saya okay."geleng Xiana lepas faham jegilan mata itu.

"Baik..selamat menjamu selera."tunduk Ryan sebelum beredar dari situ.

"Kenapa awak tak minum?"tanya Desmond.

Xiana beri senyuman manis yang terpaksa. Dia sendiri pun nak tahu kenapa dia tak boleh minum. "Tuan dah minum...nanti siapa nak drive.."tipu Xiana.

Desmond menganggik kepala faham. "Ya tak ya...saya sendiri tak terfikir."ujar dia sebelum capai gelas wain itu lalu di teguk sehingga habis. Entah kenapa wain malam ni agak enak dari yang biasa.

Xiana kembali menyambung makan dia walaupun dia langsung tak ada selera sekarang. "Tu-" Xiana angkat kepala nak bercakap, tapi berhenti lepas nampak Desmond pegang dahi lalu buat muka macam orang tengah sakit. "Tuan okay tak?"soal Xiana dengan pelik.

Desmond angkat kepala lalu memandang Xiana. "Entah la...tiba-tiba je rasa mengantuk. Mungkin saya dah banyak minum agaknya.." balas Desmond dengan senyum terpaksa.

Eh?

Baru tiga cawan kot...

Sekejap?

Perlahan-lahan Desmond hendak letakkan kepala di atas meja seperti orang mengantuk nak tidur.

"Eh...tuan..."Xiana capai napkin dekat peha dia lalu di campak ke kerusi sebelum bergegas dapatkan Desmond. Takut tergolek pulak lelaki tu nanti dekat lantai restoran. Tak pasal-pasal buat scene. "Tuan..tuan tak apa-apa ke?"badan tu digoyang Xiana. Kenapa pulak ni?

Masa itu satu sentuhan lembut hinggap dekat atas bahu dia. Kerana hairan Xiana pandang bahu dia lalu terpandang satu kot di letakkan atas bahunya. Dan pada masa yang sama dua badan jalan lepasi Xiana mendapatkan Desmond yang tak sedarkan diri dekat meja tu.

Apa ni?

Huh?

Siapa mereka?

Xiana jengah kepala hendak tengok muka mereka yang tengah angkat Desmond bangun dari situ. Bukan Ryan atau Kian.

"Hei...apa awak berdua cuba buat ni?"tanya Xiana pada mereka sewaktu lengan Desmond di letakkan atas bahu mereka berdua.

Lelaki pertama yang memakai pakaian semuanya hitam pandang Xiana. "Tuan Mateo hantar kami."

Oh!

"Ikut kami cik.."pelawa lelaki kedua yang letakkan kot dekat badan Xiana tadi.

Terkebil-kebil bingung tak faham apa yang sedang berlaku, Xiana dapatkan beg tangan dia dari kerusi lalu ikut belakang mereka.

"Awak nak bawak ke mana tuan CEO saya ni?" tanya Xiana sewaktu bukakan pintu restoran untuk mereka.

Tanpa berkata apa-apa l, dua orang lelaki itu berdiri dekat tepi jalan menghadap pintu masuk restoran. Tak sampai berapa saat mereka berdiri dekat situ sebuah kereta hitam berhenti depan mereka.

Lelaki pertama buka pintu kereta tu lalu sumbat Desmond ke dalam kereta sambil dibantu oleh lelaki kedua. Xiana dekat belakang mereka hanya perhati dengan mata bulat kebingungan.

Kena culik ke?

Apa Mateo cuba rancangkan ni?

"Hei...apa yang tengah berlaku sebenarnya ni?" tanya Xiana. semasa mereka masukkan kaki Desmond yang terjuntai keluar ke dalam kereta dengan tolakan kasar.

Lelaki kedua berpaling, dia menghadap Xiana dengan renungan serius dan wajah tanpa emosi. "Cik tak apa-apa?"

Xiana pandang diri sendiri dengan bingung. Dah kenapa tanya dia pulak. Ada yang tak kena ke dengan diri dia. "Saya okay.."angguk dia dengan muka tak faham.

Pintu restoran dekat belakang Xiana terbuka, muncul Ryan yang sedang sarung kot dekat badan masa jalan mendekat. Buatkan lelaki kedua tadi alihkan mata dia dari Xiana ke Ryan. "Dah clear. Tuan suruh kau bawa cik Xiana balik rumah."ujarnya.

Xiana tersentak pandang ke belakang bila lelaki kedua tu tiba-tiba je bercakap.Ingatkan cakap sendiri, sekali dia toleh Ryan rupanya.

"Okay.."balas Ryan selepas berdiri di sebelah Xiana sambil membutang lengan kemeja dia.

Apahal ni!

Boleh tak sesiapa beritahu dia apa yang tengah berlaku sekarang ni?

Lelaki pertama dan kedua tadi masuk ke dalam kereta hitam depan mereka lalu kenderaan tersebut meluncur pergi tinggalkan Xiana dan Ryan di tepi jalan itu.

"Mana awak semua  nak bawa Desmond?"tanya Xiana semasa dongak memandang Ryan dekat tepi.

Ryan pandang ke kanan jalan raya menunggu kereta yang akan jemput mereka. "Jangan risau...Tuan Mateo takkan apa-apakan dia...buat masa ni."

Xiana buat muka. "Huh?"Apa maksud 'buat masa ni'Kemudiannya Mateo akan mati ke atau apa? "Apa awak cakap?"

Pada masa itu kereta hitam berkilat muncul depan mereka. Ryan yang tahu itu kenderaan yang akan menjemput mereka, terus gerak ke kereta dan buka pintu itu untuk Xiana.

Xiana yang masih berdiri dekat situ dumbfounded tak nak bergerak.

"Cik Xiana..."panggil Ryan sambil tunjuk tangan ke tempat duduk belakang kereta tu sewaktu pandang Xiana. "Jom kita balik.."

Kenapa ya..mereka suka berahsia dengan dia. Kalau dia yang berahsia bukan main lagi mereka marah."Awak hutang penjelasan dengan saya balik nanti.."tunding Xiana tak puas hati ke Ryan masa pandang lelaki tu dengan kening mencerun.

Ryan angkat tangan surrender. "Okay fine..."

Xiana jalan masuk ke dalam kereta tu sebelum Ryan serta dia.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now