27.

1.1K 78 0
                                    

"Apa semua ni Desmond?"

"Tuan dengar dulu penjelasan saya....kami masih buat siasatan macam mana berita seperti ini boleh tersebar."

"Apa? jual kamu kata...kamu ingat kami punya projek ni batu loncatan untuk kamu cari untung ke?Kami percaya yang kamu boleh lakukan tugas ni lebih baik...jual?"

Semua yang ada dalam bilik mesyuarat tu pandang takut ke arah kumpulan klien dan CEO mereka silih ganti.

Masa ni mereka semua sedang meeting mengenai projek propeti sebuah tanah reserve kerajaan. Mereka rancang hendak buat perasmian kerjasama dengan syarikat Vidzimir esok, tapi boleh pulak mereka dengar berita mengenai rancangan syarikat Desmond nak kaut untung dengan jual kerjasama mereka. Siapa tak marah!

"Tuan saya tak ada niat nak jual mana-mana kerjasama. semua ni salah faham.."jelas Desmond. Memang betul dia tak ada niat nak jual mana-mana kerjasama. Elok je dia buat perancangan untuk perasmian mereka. Tiba-tiba dapat panggilan yang klien dia nak jumpa untuk tarik balik perjanjian ni.

"Tak kira...saya tetap akan tarik balik semula projek ni."

"Tuan jangan la begini..."

"Syarikat Aleaxander mempunyai tawaran lagi menarik dari kamu dan saya yakin mereka takkan ambil kesempatan seperti mana kamu lakukan.."

"Tuan.."

"Sudah...mari kita pergi dari sini..."

Bila kumpulan klien bangun semua yang ada dekat dalam bilik mesyuarat tu tergamam tak terkata. Habis melayang 10 juta mereka hanya kerana khabar angin palsu itu.

Desmond yang dumbfounded tu pandang tak percaya ke team projeknya itu. "Apa yang tengah berlaku ni?"soal Desmond dengan jengkel. "Dari mana khabar angin ni tersebar?"

Semua di situ semua pandang antara satu sama lain seakan muka di situ ada jawapan. Dan masa itu la satu tangan naik ke udara. Membuatkan semua orang di situ palingkan kepala memandang tuan punya tangan.

"Saya rasa Syarikat Alexander yang telah sebarkan khabar angin ni..."maklum Mateo. "Saya dengar mereka tawarkan harga yang lebih menarik dari apa yang Vidmizir tawarkan..untuk tu mereka dapat untung
lebih.."

Mata Desmond terus terarah pada Mateo. "Apa?Mereka yang lakukan semua ni?"

Mateo angguk kepala. "Yalah...kalau tak mananya mereka tarik perjanjian ni macam tu je melainkan mereka dah ada yang lebih menarik perhatian mereka..."

"Kenapa kamu tak beritahu hal ni dari awal.?" tanya Desmond.

"Saya sendiri baru dapat tahu setengah jam selepas kita meeting tadi tuan...lagipun tuan sedang sibuk pujuk klien kita untuk tidak tarik balik perjanjian ni.."jelas Mateo dengan muka tak bersalah dia.

Desmond cengkam kepalan penumbuk dia erat-erat. Terus renungan berang menyala di mata dia. Alexander tak guna. Mereka benar-benar cari masalah. Berani-berani ya mereka rampas klien dia dengan sebarkan berita palsu seperti ini. Kan tak pasal-pasal melayang 10 juta dia macam tu saja.

"Apa kita nak buat tuan?"

"Kita perlu buat serangan balas supaya kita tak rugi."

"Kalau mereka rampas...kita akan conquer terus.."ujar Desmond dengan bengis.

Mateo yang sedang duduk sandar itu hanya pandang tidak berminat ke skrin telefon dia dimana maklumat dari sumber dia telah sampaikan dia sebentar tadi.

"Apa yang kita perlu buat untuk conquer
tuan..?"

Mata Desmond terarah pada Mateo. Apa gunanya dia upah pekerja kalau tak digunakan. "Apa pendapat kamu Mateo?"

Semua kepala terarah pada Mateo dengan serentak. Mereka masih tak kenal lagi dengan pengganti Bianca itu. Harap-harap lebih baik dari miss diva seorang tu.

"Tuan perlukan pendapat saya atau jawapan saya?"soal Mateo sambil duduk tegak meletakkan kedua-dua tangan di atas meja.

"Apa bezanya pendapat dengan jawapan..." soal seorang dari mereka.

Mateo pandang mereka melalui cermin mata dia dengan senyuman mesra plastik dia. "Pendapat tu belum pasti, jawapan tu adalah keputusan...lain di situ tuan.."

Desmond yang sedang berkira-kira hendak naik angin di situ tenangkan diri lepas dengar kata-kata Mateo. Tak ada salahnya. Memang betul. Kalau pendapat belum tentu lagi dia terima. Kalau jawapan itu adalah muktamad. "Jawapan."sebut dia tak lama lepas tu.

Mateo pandang Desmond dengan kening sebelah terangkat. "Kalau macam tu beli saham syarikat Alexander dengan harga dua kali ganda dari harga asal...kemudian jual dengan harga paling rendah."

Semua yang ada di situ menahan nafas terkejut lepas dengar.

"Maksud kamu nak lingkup kan terus company tu?"

"Kenapa tak boleh ke?Syarikat Vidmizir mempunyai royalti terbanyak dalam negara ni, sekalipun rugi beberapa ratusan ribu, ianya takkan jejaskan apa-apa.."ujar Mateo lagi.

Desmond yang dengar angguk kepala. "Kalau begitu lakukannya..lingkupkan mereka terus.." Desmond pandang semua orang di situ dengan renungan mencerun. Lagipun siapa suruh cari pasal dengan dia. Berani-berani sebarkan khabar angin tak munasabah ni.

Well that easy. Mateo sandarkan badan ke belakang sewaktu melihat sekeliling meja dimana ahli mesyuarat yang lain mula berbisik sesama mereka. Mereka tak tahu dengan apa mereka sedang hadapi sekarang.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now