42.

1.1K 80 0
                                    

Selepas mendapatkan maklumat yang di perlukan, Mateo pergi ke lokasi dimana Aliah berada tak lama kemudian.

Ianya sebuah tempat di mana kapal-kapal dan kontena lama berada. Setiba saja di situ, Mateo dan anak buahnya sudah pun berada di luar kereta memantau sekitar tersebut.

"Dah sampai...kau orang dekat mana?"tanya Mateo pada orang yang telah menculik Aliah.

"Pusing belakang..."arah suara garau dalam panggilan tu.

Bersama muka kejengkelan Mateo pusing ke belakang lalu diikuti dengan yang lain. Pandang saja mereka belakang, kira-kira 10 orang lelaki bersenjatakan batang besi, parang, batang bat besbol di tangan masing-masing jalan ke arah mereka.

"Aku pesan jangan bawak orang..."

"Well...thing f*cked up!"sebut Mateo sebelum putuskan panggilan lalu seluk telefonnya ke dalam poket. Dia jalan maju ke hadapan terlebih dahulu sebelum berhenti beberapa meter di depan kumpulan samseng yang dia rasa merupakan samseng jalanan.

Di tangan dua orang lelaki yang lain, terdapatnya Aliah yang sudah terikat dan luka di sekitar wajah dan lengan.

"Mana duitnya?"lelaki bertubuh besar dan bertatu dekat tepi lengan itu bersuara.

"Duit apa?"tanya Mateo dengan bersahaja.

"10K aku! Kau jangan main-main ya...atau kepala ni aku pecahkan dengan peluru aku nanti kang!"marah lelaki besar bertatu itu sambil acu pistol ke kepala Aliah.

Menikus ketakutan Aliah sampai dia pejam mata merintih sedih.

"Apa yang dia hutangkan kau sebenarnya?"dia malas nak buang masa untuk benda macam ni. Kalau benda boleh settle cepat lagi bagus.

"Barang...kau tahu..dadah yang patut dia hantar ni telah rosak. Jadi sebelum kepala aku kena penggal dia kena bayar...tapi tak...dia tak nak bayar malah lari. itu yang aku bengang...dia suruh call kakak dia untuk bawak duit..tapi nampaknya bukan kakak dia...yang datang.."tak semena lelaki itu cengkam rambut Aliah dari belakang lalu tarik Aliah rapat pada dia lalu acu pistol itu ke tepi kepala Aliah.

Mateo lepaskan keluhan panjang. "Lepaskan dia dulu...baru kau dapat duitnya."arahnya dengan malas.

Seperti tahu-tahu Ryan buka pintu kereta sebelum tunduk mengeluarkan beg bimbit hitam dari tempat duduk belakang lalu berdiri di sebelah Mateo.

Lelaki berbadan besar itu angkat kening lepas nampak beg bimbit tu. "Kau serahkan duit tu dulu."

Mateo jeling tajam ke arah lelaki berbadan besar tu kerana kejengkelan. Berani betul. Seumur hidup dia tak pernah ada sesiapa berani arah dia itu ini. Dan lelaki picisan ni berani-berani suruh dia?Seriously?

"Fine...kau yang mintak kan..."Mateo tarik beg bimbit yang dipegang Ryan lalu jalan dekati kumpulan samseng tu seorang diri.

Anak buah Mateo yang ada dekat belakang hanya berdiri di situ memerhati langkah tuan mereka. Sikit pun tak ada rasa risau atau takut di mata mereka.

Setibanya Mateo depan lelaki berbadan besar tu, dia pandang lelaki depannya dengan renungan dingin. "Ini duitnya.."sua Mateo beg bimbit itu pada lelaki berbadan besar itu.

Tersengih macam baru dapat emas, lelaki berbadan besar tu pun angkat tangan dia yang tak pegang pistol untuk capai beg tersebut.

Dan pada masa itu la Mateo gerak sepantas kilat. Dia hantuk beg bimbit itu ke bawah leher lelaki berbadan besar itu sebelum rampas pistol dari tangan lelaki tu. Terus dia tarik picu pistol itu ke belakang lantas di acukan ke arah mereka yang lain.

Tumbang je ketua mereka dekat situ, terundur terus mereka ke belakang masa pandang Mateo acukan pistol ke arah mereka.

"Haish...menyusahkan betul la..."keluh Mateo sambil tarik tali leher dari kolar baju dia dengan jengkel supaya longgar dengan tangan sebelah lagi.

Masa itu la anak buah Mateo jalan mendekat dari belakang. Masa untuk mereka pula yang beraksi. Lama dah mereka tak panaskan badan macam ni!

Samseng-samseng dekat situ membutang mata masing-masing taktala melihat lelaki bersut hitam dan bertali leher depan mereka itu. Lelaki-lelaki berkaki panjang itu berjalan dengan tenang ke arah mereka dengan renungan maut yang menakutkan, sampaikan mereka semua cepat-cepat jatuhkan senjata lalu baring meniarap dekat atas jalan tu lalu meletakkan tangan atas kepala tanda mengalah.

Setelah itu, Mateo pun turunkan tangan yang pegang pistol ke bawah sebelum kerling ke Aliah yang sedang berlutut dekat situ memandang dia. Tak jauh pangang dari api, wajah itu hampir sama dengan Xiana rupanya, tapi bezanya renungan mata tu je.

"Apa kita nak buat dengan dia orang ni?"soal Ryan dekat sebelah semasa ambil beg bimbit yang tak terisi dengan duit tapi sebaliknya kertas sahaja. Ianya hanya samaran semata.

Mateo serahkan pistol itu kepada Ryan. "Tembak kepala dia orang kemudian humban dia orang dalam laut sana."arahnya dengan nada mendatar semasa dekati Aliah lalu tarik perempuan tu bangun dari situ dengan kasar.

"Baik!"sambut Ryan.

Tersandung-sandung kaki Aliah bila dia diheret oleh Mateo ke arah kereta. "Siapa abang ni?"tanya Aliah masa dia pandang Mateo dengan mata berminat. Handsome betul!

Mateo buka pintu kereta tempat duduk belakang tu lalu dorong Aliah masuk ke dalam kereta. "Malaikat maut kau."sebut dia.

Terus terkedu Aliah lepas dengar, Mata dia bulat memandang takut ke Mateo.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now