44.

1.1K 79 0
                                    

Terbuka saja pintu lif, Xiana terus meluru keluar. Dia pandang kanan dan kiri lobi tu dengan cemas. Terlalu cemas sampai terlepas pandang. Mujurla Mateo ada dekat sisi, lelaki tu yang pimpin Xiana untuk ke tempat dimana Aliah berada.

Lepas mereka jalan buat seketika, Mateo tunding jari ke satu arah pada Xiana. Dengan mata terbuka luas, Xiana pandang ke arah itu.

Tak jauh di depan pintu masuk, berdirinya Aliah yang diselimuti dengan cadar biru dekat sekeliling badan. Sendirian dan bertampal plaster luka dekat sekitar wajahnya.

Nampak saja Aliah dari jauh, Xiana gerak hendak lari dapatkan adiknya, namun dirinya di tarik ke belakang secara tiba-tiba.Dengan nafas tertahan, Xiana pandang ke belakangnya.

Mateo peluk sekeliling pingang Xiana sekali dengan tangan wanita itu dari belakang lalu undurkan mereka ke belakang sedikit supaya terlindung dari jarak pandangan Aliah.

"Apa awak buat ni?"tanya Xiana yang cuba lepaskan diri dia. Terkejut dia!

"Jumpa tak semestinya bertemu.."bisik Mateo dekat tepi telinga Xiana semasa berdiri tegak dekat situ memandang Aliah dari jauh.

Elok dia nak bergelut, Xiana terus diam tidak bergerak lepas dengar. "Apa?"

"Sekarang tengok puas-puas. Sebab lepas ni...kau takkan dapat jumpa dia lagi."bisik Mateo lagi dengan nada menenangkan buat Xiana dengar supaya Xiana tidak meronta dan meroyan seperti tadi. Dia tidak mahu memenatkan Xiana lagi.

Tersekat-sekat nafas Xiana lepas dia dengar. Sambil geleng kepala Xiana bergelut. "No..please...jangan buat saya macam ni..."kening Xiana berkerut sebelum dia buat muka sebelum menangis. "Izinkan saya peluk dia...awak tolongla.."

Masa ini la, Ryan muncul dari sebelah selekoh bersama bagasi dekat tangan. Dia bergerak mendekati Aliah.

"Dia perlu belajar untuk berhenti bergantung pada kau Xiana..."

Xiana kedipkan mata untuk jelaskan pandangannya untuk lihat apa yang Ryan cuba lakukan. Disebabkan mereka jauh, Xiana tak boleh dengar apa yang Ryan katakan pada Aliah. Apa yang dia tahu, Ryan berdiri menghadap Aliah dan serahkan bagasi tu kepada Aliah dan katakan sesuatu sehingga buatkan Aliah tersenyum.

"Aku akan hantar dia jauh dari sini. Jauh dari kau."ujar Mateo yang tunggu saja masa sesuai untuk lepaskan Xiana.

"Aliah..."panggil Xiana semasa dia nampak Ryan iring Aliah keluar dari pintu itu. "Stop! Aliah jangan pergi!!"jerit dia.

Dan masa itu la Mateo lepaskan Xiana. Sekarang terpulang sama ada Xiana sempat atau tak je.

Taktala kekangan dia dilepaskan, Xiana terus pecut lari ke arah pintu keluar itu hingga hendak tersungkur dia di buatnya.

"Aliah tunggu!!"panggil Xiana dengan kuat apabila melihat kelibat adiknya tunduk masuk ke dalam kereta.

FLOP!

Selipar yang Xiana pakai tertanggal dari kaki kerana licin sampai buatkan Xiana tergelincir lalu jatuh meniarap dekat lantai tu."Uhuk...Aliah jangan pergi..."Xiana mengerang kesakitan sambil menangis sewaktu bangunkan dirinya.

Mateo dekat belakang hanya jalan bersahaja mendekati Xiana. Lelaki tu tak tunjuk apa-apa ekspresi pun dekat muka lepas tengok Xiana jatuh macam tu sekali.

Selepas menghantar Aliah pergi, Ryan berjalan masuk semula ke dalam bangunan itu. Dan masa itu la dia nampak Xiana dekat lantai tengah menangis hendak bangunkan diri. Terus jatuh bahu Ryan kerana hilang semangat setelah melihat situasi sedih depannya.

Alahai..kasihannya la. Sambil pandang serba salah ke Xiana, Ryan jalan dekati ke arah orang itu.

Tercungap-cungap pegang dada, Xiana duduk bersimpuh dekat situ sambil pandang Ryan. "Awak tolong bawakan Aliah ke sini semula...bawakan Aliah ke sini.."nangis dia sambil tunding jari ke arah pintu keluar itu.

Setiba dia depan Xiana, Ryan berlutut depan Xiana. Lalu selak rambut yang menutup wajah basah dengan air mata itu ke belakang dengan perlahan. "Tak apa...semua ni untuk kebaikan dia..."ucap Ryan dengan renungan sedih sewaktu seka air mata dari pipi itu.

Xiana cengkam lengan kot Ryan dengan kuat tersedu sedan hendak bernafas. "Ryan...tolong la saya..."

Mateo muncul tak lama kemudian, dia berlutut sebelah Xiana lalu membantu Xiana bangun dari situ dengan memegang pingang itu. Ryan turut memberi tangan untuk menyokong Xiana yang sepertinya tidak boleh berdiri dengan baik. Mungkin sakit akibat jatuh tadi.

"Mateo...saya janji dengan awak akan tolong awak...bawakan keluarga saya pada saya semula..izinkan saya jumpa mereka..."nangis Xiana semasa sandarkan kepala ke bahu Mateo sebab tak larat dan kepenatan.

Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Memang sekarang sakit melihat Xiana begini. Bukan saja-saja mereka halang Xiana dari bertemu dengan keluarga sendiri. Kalau boleh mereka tak nak buat Xiana terseksa macam ni.

Semua ni demi kebaikan Xiana dan keluarga wanita ini. Suatu hari nanti Xiana akan faham. Tanpa berkata apa-apa Mateo dan Ryan pimpin Xiana jalan ke arah lif.

"Aliah!"raung Xiana semasa dia di bawa pergi dari situ dengan mereka.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now