80.

1.8K 83 1
                                    

8 tahun kemudian...

Suasana musim sejuk pada tahun itu meriah seperti biasa. Orang ramai datang berkunjung ke pusat beli belah untuk beli hadiah dan pakaian untuk tahun baru nanti.

Dari family, kumpulan remaja, pasangan kekasih mahupun yang single turut meriahkan lagi suasana dalam shopping complex itu.

Tak jauh dari kawasan mafella dan mitten, orang yang mengikat rambut ke belakang sedang berdiri membelek bekas biskut cip cokat yang di pamerkan di situ.

"Berapa satu balang ni?Ada harga promotion tak?"tanya Xiana sambil sua bekas biskut tu dengan sebelah tangan.

"Ada..beli satu 50$ tiga 100$.."jawab jurujual depan Xiana.

"Ehh?"terbeliak mata Xiana lepas dengar. Mahal betul. Beli barang buat biskut pun tak sampai harga tu. Boleh dapat lebih dari tiga balang lagi tu. "Tak boleh murahkan sikit lagi ke?"minta Xiana.

"Mana boleh kak..rugi saya nanti.."jurujual tu buat muka.

Xiana tunduk pandang bekas biskut tu berbelah bahagi. Beli rugi tak di beli lagi la.

"Mommy...kita nak biskut ni.."rengek si kecik dekat sebelah sambil hayun tangannya depan belakang.

Xiana tunduk memandang ke sisi dia. "Mahal la....mommy buat nak?"

"Eew...mommy tak pandai masak. Tak nak..belikan la ni.."

Menjegil bulat mata Xiana lepas dengar. Haih budak bertuah ni nak mintak kena jahit mulut tu agaknya.

Jurujual tu ketap bibir menahan diri dari ketawa lepas dengar komen budak lelaki 6 tahun tu.

Sambil buat muka tahan malu, Xiana serahkan balang biskut itu kepada jurujual tersebut.

"Kalau macam tu berikan saya tiga balang." minta Xiana.

"Okay.."angguk jurujual tu.

Tiga balang biskut itu dimasukkan ke dalam bg plastik sebelum di serahkan kepada Xiana.

"Ini duitnya. Terima kasih ya."ucap Xiana sambil capai plastik dan serahkan duit secara serentak.

Jurujual itu angguk kepala sambil tersenyum.

Selesai beli biskut, Xiana pimpin tangan si kecil sambil sarat membawa barang di tangan satu lagi. Mereka berdua jalan mencelah para pengunjung lain di situ.

Sedang mereka berjalan, tiba-tiba si kecil tarik tangan dari cengkaman Xiana lalu larikan diri ke depan.

Xiana yang tak boleh nak lari hanya pandang langkah anak kecilnya itu berlari sebelum jatuh tersungkur melungkup dekat lantai tu.

Ish-ish.

Siapa punya perangai la tu.

Tak lama anak tu terbaring dekat lantai, muncul sepasang kaki panjang berdiri depan anak itu sebelum tubuh itu di angkat bangun sebelum di dukung naik ke badan.

"Berapa kali daddy pesan jangan lari..."marah si ayah sambil pandang mata si anak dengan renungan tegas.

"Daddy!Daddy!"panggil anak itu yang tak peduli akan bebelan itu. Malah dengan teruja tepuk bahu daddynya. "Mommy beli biskut sedap..."tunjuk si anak ke arah mommynya yang sedang mendekat.

Dan bila si ayah palingkan kepala ke arah itu, senyuman terus terukir di bibir. Mana tak tersenyum, sudahla tengah sarat mengandung, bawak barang keliling tangan dan wajah tersembunyi di balik mafela. Macam tu je nampak comel.

"Puas hati sekarang?"soal si ayah setelah isterinya berdiri di depannya.

Xiana buat muka lalu menjeling menyampah. "Puas macam mana..saya suruh awak jaga Aaron kan..malah merayau pulak tu."

Sambil betulkan pelukan pada badan anak kecilnya dia ketawa. "Kita pulak yang disalahkannya. Sayang sendiri yang kata nak bawak si kecik ni kan...lagipun tadi saya ada conference call, nak kena jawab dekat tempat senyap."

Sedang dua orang itu berbual, Aaron yang berada dalam pelukan itu angkat tangan hendak minta dukung.

"Uncle!"agah Aaron ke belakang daddynya.

Kening Xiana terangkat bila nampak muka dengan goofy smile mendekat ke arah mereka. Hah..apa lagi orang tu nak buat.

"Maaf lewat...ada barang lagi ke yang nak di angkat Tuan Damon, Puan Ana?"sapa Ryan sewaktu tarik Aaron dari pelukan tuannya.

Damon lepaskan pelukan dia dari Aaron lalu tunduk dapatkan barang dari tangan Xiana.

"Tak ada...kau dah letakkan semua ke dalam kereta?"tanya Damon sambil pandang Ryan.

"Dah...tapi Kian kata dia tunggu dalam
kereta."jawab Ryan masa main cuit-cuit dengan Aaron buatkan anak itu ketawa.

Xiana rangkul lengan Damon lalu sandar ke badan tu rapat-rapat sebab sejuk.

"Balik la kalau macam tu.."ajak Xiana.

"Daddy hari ni daddy yang masak kan?"tanya Aaron masa dia di bawa ke depan pasangan tu oleh Ryan.

Damon ketawa lepas dengar soalan tu. Habis la budak ni nanti.

"Eh...mulut tu kan...ada yang tak makan nanti. Tahu la mommy tak pandai masak...jangan nak tunjuk sangat boleh tak.."bebel Xiana. Dari tadi tak habis-habis komen pasal masakan dia.

Ryan ketawa lepas dengar.

Damon yang dengar hanya geleng kepala. Dua beranak ni mesti ada je nak di balahkan. Dekat rumah tu kalau tinggal berdua pun boleh riuh macam ada lima orang.

"Geram betul."renggus Xiana sambil bawa tangan ke perut memboyotnya sudah masuk 6 bulan. "Ahh...lepas kembar ni keluar saya nak awak upah maid...saya tak larat nak jaga mereka sendiri.."keluh Xiana sambil sandarkan kepala ke tepi lengan Damon.

"Penat ya?"Damon pandang ke tepinya.

Xiana dongak memandang Damon dengan muka jengkel. "Serius awak tanya saya?"

Sambil tersenyum Damon kiss tengah dahi Xiana. "Terima kasih ya..."ucap dia sejurus tu.

Mereka jalan keluar dari kawasan shopping kompleks itu sambil di sambut Kian yang sedia parkir kereta di depan pintu masuk.

"Uncle Kian...mommy beli biskut sedap!"maklum Aaron kepada geng biskut dia, semasa Ryan masukkan budak itu ke dalam kereta dan di dudukan dalam child seat.

"Iya..nice.."Kian dekat tenpat pemandu toleh ke belakang lalu buat thumbs up pada anak itu.

"Biskut-biskut...itu je kerja kau orang.."geleng Xiana semasa di bantu Damon masuk ke dalam kereta lapan seat itu. "Balik rumah tak kemas sepah yang kau orang buat jangan mimpi nak makan biskut.."arahnya semasa dipakaikan seatbetl oleh Damon.

Ryan yang sudah ambil tempat duduk di belakang hanya perhatikan penuh hormat pada Damon yang menjaga Xiana dengan sangat baik.

Melihatkan situasi itu buatkan dia teringat akan kejadian 8 tahun yang lalu semasa Damon hantar Xiana untuk kembali ke pangkuan keluarga wanita itu.

"Sedia?Semua dah ada? Tak ada yang tertinggal kan?"soal Kian.

"Ready..."sahut Aaron dengan girang sambil tumbuk udara.

Damon yang duduk dekat belakang tempat duduk Xiana hanya tersenyum memerhati tingkah anaknya.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now