49.

1.1K 79 0
                                    

"APA!!"

Dengan serentak tiga orang tu exclaimed dengan kuat dekat dalam kereta.

Xiana siap telan air liur lagi tu sebab terkejut dengan suara lantang mereka. Duhh! Dia relaks je...yang dia orang nak overeaction tu kenapa.

"Ana...kau sure ke?"tanya Mateo.

Xiana buat muka tak percaya. Ingat dia ni suka ke menipu dan buat cerita tanpa sebab.

"Betul la. Saya dengar sendiri dari secretary presiden ke director tu saya tak sure...tapi dia betul-betul cakap pasal benda tu..."tegas Xiana sambil pandang keluar tingkap kereta.

Lepas lawatan ke hospital mereka bertolak ke rumah agam Mateo untuk berehat sekejap. Jadi Xiana gunakan masa itu untuk beritahu mereka apa yang dia dengar dekat dalam tandas hari tu.

Mateo pandang serius ke luar tingkap kereta. Dia cuba cerna semua maklumat yang Xiana beritahu. Kalau betul Desmond tukar jantina kepada lelaki itu bermakna pasti ada sejarah lelaki tu jadi perempuan.

"Kita perlukan bukti."sebut Mateo tak lama dia diam.

Xiana palingkan kepala ke Mateo yang duduk di sisi dia dengan kening terangkat tinggi. "Bukti apa?"

Kian dekat tempat duduk sebelah pemandu bersuara. "Untuk lucutkan jawatan dia sebagai CEO dalam syarikat tu.."

Xiana pandang tepi muka Ryan yang sedang memandu itu buat beberapa saat. Bukti? "Bukti yang macam mana?"

"Gambar atau apa saja yang boleh beritahu dia adalah seorang wanita pada masa lampau dia.."jawab Mateo.

Xiana bawa jari ke mulut lalu di gigit hujung ibu jari sambil berkerut kening memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang dia tahu tapi apa bendanya ya. Gambar?Bukti?Masa lampau? Urgh! Apa ya yang dia tahu tapi terlupa.

Sesuatu seperti keluarga?

Adik?

Apa ya.

Desmond?

Perempuan.

Adik perempuan?

OH!

Bianca!

Tak semena Xiana tepuk tangan tersedar sesuatu. "Ahh..baru saya ingat."

Mateo pandang Xiana sambil buat muka tak faham."Kenapa?"

Xiana pegang tangan kiri Mateo dengan tak sengaja masa dia nak letakkan tangan dia ke bawah untuk pandang lelaki tu. "...kalau awak perlukan gambar saya rasa, saya tahu siapa yang ada akses untuk tu..."ajunya dengan bersemangat.

Mateo pandang Xiana dengan kening mencerlung. Asal Xiana ni boleh tahu macam-macam. Takut dia dengan Xiana ni. Tak menyesal dia pilih Xiana sebagai sayap kanan dia untuk selesaikan semua.

"Siapa?"soal Mateo.

"Bekas ketua saya...Bianca. Dia adalah adik tiri kepada Desmond. Saya yakin dia pasti tahu sesuatu mengenai hal ni."jawab Xiana.

"Kalau macam tu kau boleh tak hubungi dia?"

Xiana raba badan dia, seluar dan jaket yang dipakai cuba cari telefon. tapi baru teringat yang pakaian dia pakai ni pun baju tidur. Tak sempat nak tukar sebab keluar tergesa-gesa tadi.

Xiana angkat kepala memandang Ryan. "Mana phone saya Ryan?"lelaki tu yang kejutkan dia.

"Ada dalam hand bag cik.."jawab Ryan tanpa alihkan perhatian dari jalan.

"Mana hand bag saya?"tanya Xiana dengan muka blur dia yang tak ingat dia bawak apa-apa ke tidak masa datang ke sini.

Sambil tu Mateo dan Kian tolong tengok-tengokkan untuk cari kelibat beg tangan Xiana dalam kereta tu.

"Dalam bonet kereta...saya letakkan sekali tadi...maaf.."jawab Ryan beberapa saat kemudian.

"It okay...saya boleh call dia lepas sampai rumah Mateo nanti."kata Xiana semasa seluk tangan dalam poket jaket berbulu dia. Sejuk betul negara ni. Walaupun dalam kereta masih lagi boleh terasa.

Mateo sandar ke belakang dengan muka penat dia sewaktu merehatkan kepala dia di headrest tempat duduk kereta tu sebelum palingkan kepala ke Xiana.

"Make sure dia berpihak pada siapa...aku tak nak dia rosakkan rancangan kita nanti." pesannya.

Xiana pandang ke Mateo lalu mengangguk kepala. "Okay."Rasanya lepas apa yang berlaku hari tu Bianca mungkin bukan di pihak Desmond. "Saya akan pastikannya..."janji dia sambil pandang mata Mateo.

Tanpa alihkan mata, Mateo kekal pandang Xiana sebelum angkat tangan mengalukan jari pada rambut yang menutupi dahi Xiana. "Terima kasih..."ucap dia sambil tersenyum nipis.

Terus berbunga hati Xiana masa dengar ucapan itu. Kedengaran ikhlas dan sangat mendalam.

Tanpa berkata apa-apa lagi Xiana sandarkan kepala ke head rest dan pandang keluar tingkap kereta. Menikmati pemandangan subuh tidak bermatahari itu bersama senyuman di bibir.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now