Dua hari kemudian....
Selepas peroleh maklumat mengenai sejarah lampau kehidupan Desmond, Xiana serahkan maklumat itu pada Mateo untuk lelaki tu uruskan semuanya. Dan sejak itu Mateo sibuk dengan meeting conference dengan ahli lembaga syarikat dia la, urusan tentang pelabur-pelabur Vidmizir la dan beberapa lagi perkara yang Mateo tak beritahu Xiana.
Disebabkan masa terlalu suntuk,Mateo luangkan masa sebanyak yang boleh untuk jayakan rancangan rampas semula syarikat milik ayahnya yang dirampas oleh keluarga Desmond dan sekutu mereka.
Sebalik kesibukan itu, Xiana turut merancang sesuatu di luar pengetahuan Mateo dan yang lain. Bukan dia sengaja tak beritahu, dia cuma tak nak Mateo lari dari jadual lelaki tu. Lagipun apa yang dia buat ni tak ada dalam agenda sebenar Mateo pun.
Xiana buat semua ni sebab nak tuntut bela di atas apa yang telah menimpa Mateo dan mama lelaki tu. Hanya ini saja cara dia untuk balas kebaikan yang Mateo telah berikan pada dia selama ni. Mungkin tak semua...tapi Mateo tolong dia dari bunuh diri. Lelaki tu yang rawat dia. Walaupun Mateo buatkan keluarga dia pecah belah, Xiana tahu bukan ke semua tu salah Mateo.
Lepas rancang dengan berhati-hati dalam masa yang singkat, Xiana nekad untuk jalankan misi dia pada hari itu juga.
Terintai-intai seperti pencuri, Xiana intai ke celah pintu rumah apartmentnya. Nak tahu kalau-kalau Ryan berlegar dekat koridor ke tak. Sekali Xiana lihat, tiada. Bersama dada berdebar takut, Xiana senyap-senyap tarik pintunya ke dalam lalu injak keluar dari situ.
Ringkas mengenakan hoodie labuh, legging dan kasut hitam, Xiana pandang dengan cemas ke arah lif yang berada dua pintu dari tempat dia tengah berdiri. Nafasnya naik turun penuh debar,Xiana pandang pintu apartment Mateo sewaktu jalan menjinjit melintasi apartment tersebut. Lintas je dari situ, Xiana lari pecut ke arah lif dan tekan butang turun laju-laju.
Penantian dia untuk lif itu tiba sangat tegang, Xiana tak boleh nak duduk diam sebab dia asyik pandang arah apartment Mateo dan lif silih ganti. Takut kalau ada orang keluar dari situ dan dia ketahuan!
Asal lambat pulak lif ni naik! Kening Xiana berkerut masa pandang tak sabar ke lif depannya. Kaki dia berjoging setempat kerana gemuruh.
DING!
Pintu lif terbuka. Buatkan Xiana hampir nak melompat kegembiraan dekat situ. Tapi dia terus jalan masuk ke dalam dan tekan butang 'G' untuk ke parking lot. Dekat tiga minit macam tu, baru Xiana tiba di ground floor.
Keluar je Xiana dari lif, Xiana jalan laju untuk kereta dia. Tapi masa dia nak jalan, masa itu jugak la Ryan keluar dari kereta sambil pegang beg kertas dekat tangan. Baru balik beli makanan yang Xiana mintak tadi. Xiana saja suruh supaya dia dapat keluar dari situ. Tapi tak sangka pulak yang lelaki ni boleh balik secepat ni!
Kelam kabut nak elakkan diri dari dilihat, Xiana terus tunduk bongkok mendekati kereta dekat sebelah dia sebelum merangkak atas lantai tu cepat-cepat.
Pergh!
Gelabah dia masa ni macam orang jahat main sorok-sorok dengan polis pulak. Takutnya macam nak terkucil dekat situ je!
Bunyi tapak kasut Ryan sayup-sayup mendekat sebelum berada betul-betul dekat depan kereta Xiana tengah menyorok, Xiana yang sedang sembunyi, intai dari tepi kereta tu untuk lihat Ryan. Lelaki tu yang sama sekali tak perasan hanya jalan menonong ke depan lalu masuk ke dalam lif tak lama kemudian.
Setelah line clear, Xiana bangun dari lantai dan berlari ke arah keretanya cepat-cepat. Kunci kereta dalam poket hoodie dia di keluarkan dalam keadaan terketar-ketar. Dia kena pergi cepat sebelum mereka perasan dia tak ada.
Terbuka saja pintu kereta, Xiana masuk dalam dan duduk di kerusi. Enjin kereta di hidupkan sebelum dia tutup pintu kereta dan pasang seatbelt. Tanpa menunggu enjin kereta itu panas, Xiana pandu kereta dia keluar dari bangunan terus ke jalan raya sepantas yang boleh.
Lima minit macam tu Xiana memandu, telefon bimbit dia akhirnya berdering. Menjerit Xiana sebab terkejut lepas deringan telefon tu bergetas dalam poket hoodienya.
Tahu siapa yang call, Xiana tak jawab panggilan tu. Dia hanya fokus memandang jalan raya.
Dengan kedua-dua tangan pegang stereng, Xiana pusingkan sterengnya ke lane kiri sebelum belok dengan kemas. Setelah belok dia drive lurus sepanjang jalan raya. Berharap dia akan selamat tiba dalam keadaan dia ketakutan begini.
YOU ARE READING
11. Damon Revenge
General FictionBetullah kata orang ...yang nampak baik tu tak semestinya baik. Dan orang yang nampak jahat tak semestinya jahat. Kadang-kadang kita kena rasa kehilangan dulu baru sedar apa itu rindu.. ************************************ Air mata jatuh ke pipi Xi...