50.

1.2K 88 1
                                    

"Mama...."terus terjatuh beg pakaian tu dekat lantai sewaktu Mateo bergegas mendapatkan wanita yang berdiri dekat ruang lobi tingkat bawah rumah agam sebaik mereka tiba di situ.

Kian la yang tolong kutip beg Mateo semasa dia jalan masuk ke dalam bersama Ryan di sisi.

Xiana yang ada dekat belakang sekali pandang sayu akan pertemuan Mateo bersama ibu beliau. Sekali tengok saja dah tahu betapa sayangnya Mateo terhadap ibu lelaki tu.Dipeluk, dicium dan dibelai wanita itu dengan penuh kasih dan lemah lembut.

"Apa khabar?"tanya mama Mateo sewaktu pejam mata sambil tersenyum memeluk badan lampai milik anak tunggalnya itu.

Mateo kucup tepi kepala mama dia dengan hati yang hiba namun tiada air mata. Dia sedih, rindu, letih dan risau. Tapi dia tak boleh lemah di depan mama dia. Dia kena kuat. Sebab dalam situasi ni, mama dia yang paling sakit.

"Sihat...mama?"perlahan-lahan tubuh itu di lepaskan.

"Mama sihat..."mama Mateo buka mata sebelum ternampak seseorang yang tidak di kenali berjalan ke arah dia dengan langkah kecil di belakang Mateo. "Siapa yang kamu bawa tu?"

Mateo palingkan badan dia ke tepi lalu memandang Xiana yang malu-malu hendak mendekat.

"Ma...kenalkan Xiana Rose'."Mateo hulur tangan ke Xiana supaya mendekat padanya.

Ryan dan Kian sudahpun beransur naik ke tingkat atas untuk letakkan beg pakaian Xiana dan Mateo tidak lagi kelihatan di situ.

Xiana dekati tangan Mateo lalu dicapainya dengan berharap perasaan gemuruhnya akan hilang.

Tersentuh saja hujung jari Xiana pada tapak tangannya, Mateo cengkam jari jemari Xiana lalu di tarik dekat ke sisinya sebelum dihadapkan ke depan mama dia.

"Ana...kenalkan. Mama aku. Aisya."

Xiana hulur tangan ke Aisya dengan senyuman mesra. "Apa khabar puan.."

Mama Mateo tersenyum lalu menarik Xiana ke dalam pelukan dengan erat. Pasti Xiana seseorang yang istimewa untuk Mateo. Jika tidak mana mungkin la anak lelaki dia bawa wanita ke rumah dan berjumpa dengan dia.

"Terima kasih kerana datang..."ucap Aisya sebelum lepaskan pelukan itu lalu menatap wajah letih Xiana dengan renungan kasihan.

"Saya pun..maaf sebab datang dalam keadaan mendadak seperti ni..."balas Xiana.

Mama Mateo pegang lengan Xiana lalu dicengkam lembut. "Tak mengapa...baiknya kamu pergi la berehat dulu. Pasti kamu penat."

Mateo angguk kepala. "Baik Ma."

"Dah..bawa Xiana naik...mama masuk bilik
dulu."pamit Mama Mateo sewaktu tepuk dada Mateo dengan lembut.

Mateo pegang tangan mama dia sekejap sebelum di lepaskan untuk benarkan wanita itu pergi sambil diiringi seorang maid di sisi ke tingkat atas. Dia perhatikan langkah itu sehingga la mamanya jauh dari pandangan.

Xiana turut ikut perhatikan langkah Mama Mateo dengan senyuman sedih. Kagum dia! Hadapi semua ni sendirian sementara suami terlantar dan anak berjauhan. Mesti Mateo pun rasa benda yang sama apa yang mama lelaki tu tanggung.

"Huarghh!"nguap Xiana tanpa bunyi sambil tutup mulut dengan belakang tangan.

Mateo nampak. Dia pandang ke Xiana lalu di tarik tangan itu bersama dengannya naik mendaki tangga tanpa berkata apa-apa. Dia terlalu letih untuk bercakap banyak.

Xiana hanya ikut langkah Mateo tanpa berkata apa-apa. Dia ada banyak soalan nak tanya pada Mateo, seperti kenapa lelaki tu ajak dia ke sini. Kenapa Mateo tak ceritakan yang papa Mateo jadi seperti ini sebab nak selamatkan Mama Mateo. Tapi dia tahankan je diri dari bertanya. Sebab dia tahu Mateo pasti letih untuk semua tu.

Tak lama mereka jalan mendaki ke tingkat dua rumah agam tiga tingkat itu, Mateo bawa mereka berdua ke sebuah bilik tidur bersaiz besar dan mewah dan siap terhias dengan kemas dan cantik.

Sambil tanggalkan jaket tebal dari badan Xiana pandang sekeliling bilik tu dengan kagum.

Mateo gerak ke arah katil dengan langkah longlai sebelum terduduk di situ bersama kepala tergantung tidak bersemangat.

Xiana yang nampak keadaan itu terus jalan dekati Mateo sebelum berdiri di depan kaki lelaki itu lalu memegang kepala yang tertunduk ke bawah dengan sentuhan lembut lalu di usap dengan sebelah tangan.

Masa itu la bahu bidang itu mula menggeletar kuat taktala Mateo mulai menangis. Dia angkat kepala sebelum tarik pinggang Xiana dan menyembamkan wajahnya ke perut wanita itu.

Kedengaran la suara menangis dari lelaki itu teresak-esak sedih dalam bilik tersebut.

Xiana hanya diam berdiri di situ memandang ke depan sambil peluk kepala Mateo dengan sebelah tangan, sebelah lagi mengusap belakang badan lelaki tu. Dia janji. Syarikat Vidzimir akan jatuh ke tangan Mateo semula dan hukum mereka yang telah membuatkan Mateo sekeluarga menderita secukupnya.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now