Senyap.
Sunyi.
Tegang.
Dingin yang menakutkan.
Itu la yang sedang menghuni ruang tamu apartment Mateo.
Lelaki tu duduk dengan tangan di topang pada lengan sofa sambil jari memicit tepi pelipis. Mata terpejam rapat, kening berkerut-kerut. Kaki bersilang.
Sementara Xiana yang duduk di kerusi kayu menghadap Mateo palingkan kepala pandang ke beranda sambil menyilang tangan ke dada.
Ryan, Kian, dan tiga lagi lelaki bersut berdiri dekat tepi ruang tamu sejak 20 minit Xiana tiba di sini setelah orang-orang Mateo dapatkan wanita tersebut yang cuba lakukan sesuatu atau larikan diri. Mereka semua tak pasti kerana Xiana tak nak cakap apa-apa.
"Ana...sementara aku cakap elok-elok dengan kau...beritahu aku. Apa kau cuba buat. Kenapa kau lari macam tu je."soal Mateo tanpa ubah kedudukannya. Mata masih pejam.
Xiana ketap gigi kuat-kuat tanpa palingkan kepala dia ke Mateo. Apa nak jadi.. Jadi la.Dia takkan bukak mulut. Dia dah janji. Jadi dia tak boleh biarkan Mateo tahu. Kalau Mateo tahu. Bukan Elissa je yang dapat masalah. Tapi Mateo sekali..Dia tak boleh biarkan semua tu berlaku. Cukup tu cukup.
Ryan dan Kian pandang risau ke Xiana. Dalam detik ini mereka boleh agak apa yang akan berlaku selepas ini. Mateo kalau marah dia takkan mengaum macam orang lain. Lelaki itu kalau marah akan bersikap tenang, tenang yang sangat menakutkan.
Perlahan-lahan Mateo buka mata dia dan duduk tegak menurunkan tangan dan kaki dia yang bersilang. Lantas dengan renungan dingin tanpa perasaan, dia sondong ke depan lalu tarik kerusi yang diduduki Xiana rapat ke celah kangkang dia dengan hanya satu tarikan saja.
ZRAP~
Tersentak Xiana akan tarikan itu, dengan muka terkejut dia pandang ke depan sambil menahan nafas takut. Tanpa berkedip Xiana pandang wajah tenang Mateo. Mula dah! Air liur gemuruhnya di telan curi-curi. Jari jemarinya mencengkam kuat hujung hoodie hitamnya.
"Now tell me honey...what is it...did something happen again?"tanya Mateo di depan muka Xiana. Nada suara lelaki tu rendah dan bersahaja.
Seakan di sihir, Xiana terpaku memandang mata milik Mateo. Terkunci tak dapat nak pandang tempat lain.
"Kalau ada sesuatu terjadi beritahu aku....bukannya kau buat keputusan sendiri dan bahayakan diri macam tadi. Mujur dia orang sempat tahan kau dan tak apa-apa. Macam mana kalau kau eksiden atau something happen masa kau cuba larikan diri..."ujar Mateo dengan kening berkerut tak faham. "Ada apa?Apa yang kau nak buat?Beritahu aku..."
Xiana gigit bawah bibir dia nak elakkan air mata dia dari mengalir. Dia tak sampai hati nak berahsia. Masalahnya sekarang, kalau dia beritahu hidup Elissa jadi taruhan dia. "Saya tak buat apa-apa. Saya cuma nak jalan-jalan..asyik duduk dekat rumah buat saya sesak.." jawabnya.
Mateo tunduk kan kepala memejam mata sambil melepaskan keluhan letih. Dia tahu Xiana tak beritahu hal sebenar. Disebabkan Xiana seorang wanita, dia tak boleh berkasar. So dia terpaksa gunakan orang lain sebagia ganti."Ryan.."panggil dia sejurus itu.
Xiana tersentak, dia pandang ke Ryan dengan mata terbutang takut.
"Ya tuan.."sambut Ryan yang maju ke depan.
Mateo angkat kepala lalu meraup wajah dia kerimasan sebelum pandang ke Kian pula. "Kau belasah si Ryan ni sampai Xiana nak bukak mulut dia."arah dia sebelum sandar ke belakang.
WHAT!
Dengan laju Xiana palingkan kepala ke Mateo dengan mata terbutang luas. Bagai direntap jantung dia lepas dengar.Darah dia laju berderau naik ke otak hingga buatkan Xiana rasa senak dan sebu di dada serta merta.
Tanpa berkata apa-apa, Ryan melutut dekat lantai bersedia untuk terima hukuman. Kalau dia lebih peka, Xiana takkan larikan diri dan Mateo tidak akan risau sampai macam ni sekali.
Sementara Kian yang tidak teragak-agak terus sepak belakang badan Ryan sampai lelaki tu jatuh baring di lantai mengerang kesakitan.
"ARGHHHH!"teriak Xiana yang menekap mulut dia kengerian. "Kian!Apa awak buat!"Xiana hendak lemparkan diri ke Ryan tapi dua orang lelaki bersut yang lain dapatkan Xiana dan jauhkan Xiana dari mereka.
Mateo hanya duduk sandar di situ memandang kosong ke Xiana yang diheret atas lantai oleh dua pengawal keselamatan dia.
Ryan yang sedang di sepak dan di tendang itu sudah kemerahan wajahnya. Urat belirat timbul di permukaan kulitnya kerana rasa sakit dan sebu yang dirasai.
Kaki Xiana dah tersepak-sepak dekat lantai masa tarik tangan dia dari cengakaman dua lelaki yang berdiri di kedua-dua sisinya. "Kian...tolong berhenti..."nangis Xiana dengan takut. "Maafkan saya...Mateo..."Xiana pandang Mateo. "Saya janji saya takkan buat lagi...tolong la berhenti...."rayu Xiana dengan terdesak. "Ya Tuhanku...Mateo...arghhh!!! Lepaskan saya!!!!"gelut Xiana bila nampak darah mula keluar dari mulut Ryan yang terbaring tak berdaya dekat lantai depan mata dia.
Mujur la apartment itu mempunyai kalis bunyi yang berkualiti. Jika tidak, pasti suara Xiana sudah didengari dari luar lagi.
Kian yang membuat muka batu itu terus menerus sepak dan tendang rakannya. Dia kesian, tapi tuan dia Mateo. Suka atau tidak, dia kena buat.
"Kian...tolong la berhenti..saya merayu...tolong la.."nangis Xiana yang berjaya lepaskan tangan kanan dia, tapi dipegang semula oleh pengawalnya. "Mateo...hentikan semua ni...saya minta maaf...maafkan saya. Saya tak buat lagi...awak tak boleh buat macam ni.."air mata berjuraian keluar di pipi Xiana tanpa henti hingga buatkan wajah itu merah padam. Dia pandang ke Ryan dan Mateo silih ganti. Dia tak boleh. Dia tak boleh beritahu!
"Kau beritahu aku...Ryan akan selamat. Nyawa dia di tangan kau Ana.."kata Mateo semasa topang rahang dia dengan tangan kanan pada lengan sofa yang dia duduk sewaktu memandang Xiana. Wajahnya kosong tanpa emosi. Sikit pun tak ada.
Tercungap-cungap nak dapatkan udara, Xiana pandang Mateo bersama air mata mengalir turun ke pipi dia macam air.
YOU ARE READING
11. Damon Revenge
قصص عامةBetullah kata orang ...yang nampak baik tu tak semestinya baik. Dan orang yang nampak jahat tak semestinya jahat. Kadang-kadang kita kena rasa kehilangan dulu baru sedar apa itu rindu.. ************************************ Air mata jatuh ke pipi Xi...