22.

1.1K 85 0
                                    

"Terima kasih sebab sudi terima pelawaan kami untuk berkerja di sini Mateo...kehadiran kamu sangat kami hargai..."ucap Desmond dengan senyuman berlesung pipitnya.

Mateo memberi senyuman plastik dia pada Desmond lepas dengar. Kalau la Desmond tahu niat dia, mungkin Desmond akan cakap benda yang sebaliknya. "Sepatutnya saya yang ucapkan terima kasih sebab sudi terima saya untuk bekerja di sini. Ianya ialah satu penghargaan dan juga kebanggaan saya kerana dapat bekerja di sini.."

Desmond ketawa kecil. Siapa yang tak nakkan lelaki paling bijak dan berkemampuan seperti Mateo ni. Orang yang buta pun tahu betapa berkualitinya calon eksekutifnya ini. Dari awal lagi dia dah siasat latar belakang Mateo. Dan bukan calang-calang orang Mateo ni.

Disebabkan dia suka kumpul pekerja-pekerja yang berkualiti, dia dah tak fikir panjang untuk terus serap masuk. Ini adalah salah satu rahsia kejayaan syarikat ni. Dia troop pekerja dari serata tempat dan berikan mereka jawatan di sini. Namun dengan syarat mereka perlu tandatangan kontrak yang akan ikat mereka sehingga nafas terakhir mereka di sini.

"Tak ada...sini biasa-biasa saja. Tak boleh banding tempat dimana kamu pernah kerja dulu."ujar Desmond.

Mateo hanya menarik senyuman nipis di bibir.

Knock!Knock!

Desmond terus pandang pintu pejabatnya dengan kening terangkat. Menanti orang itu berjalan masuk. Namun lain pula yang muncul.

"Selamat pagi tuan.."sapa Allan, setiausahanya.

"Ya...mana Xiana?"balas Desmond.

Mateo yang dengar hanya diam memandang ke depan.

Allan toleh ke belakang lalu buka sedikit pintu untuk alu-alukan Xiana masuk ke dalam ruangan itu. "Sini cik.."

Malu-malu Xiana pun melangkah masuk ke ruangan tersebut lantas memberi tundukan sapa pada Desmond sejurus itu. "Selamat pagi tuan.."sapa dia.

"Datang pun...sini Ana...saya nak kenalkan awak dengan pengganti Bianca.."Desmond berdiri sambil betulkan kot di badan dia.

Mata Xiana bergerak ke belakang kepala orang yang duduk di kerusi menghadap Desmond itu sewaktu mendekat. Ini ke orangnya? Dia berdiri dekat sebelah kerusi orang tu sambil pandang Desmond yang tersenyum senang memandang dia.

"Ana...kenalkan Mateo Nestor Ketua Eksekutif Strategi Pemasaran...Mateo..Xiana Rose Assistant kamu..."aju Desmond.

Bila sebut saja nama tu, mata Xiana terbutang luas, dia palingkan badan dia menghadap Mateo sewaktu lelaki bercermin mata itu bangun dan betulkan kot sebelum menghadap dia.

Tak seperti Xiana, Mateo hanya berdiri di situ dengan muka poker face dia. Dari awal lagi dia dah tahu, cuma Xiana saja yang tak mengetahui hal ini. Kalau beritahu semua mana seronok kan?

WHAT THE HELL!?

Mateo kerja dekat sini?

Dia ingatkan Mateo hanya inginkan maklumat saja dari dia?

Game apa yang Mateo cuba mainkan ni?

"Selamat berkenalan.."Mateo hulur tangan kepada Xiana.

Xiana pandang Desmond sekejap sebelum memandang Mateo semula. Memang cari pasal la Mateo ni. Lelaki ni jelas-jelas sedang war-warkan peperangan dengan Desmond depan-depan macam ni? Beraninya. "Hai...selamat berkenalan."dia cengkam tangan tu.

Beberapa saat kemudian, Mateo lepaskan tangan Xiana.

"Saya harap kamu berdua boleh menjadi pasukan terbaik dalam syarikat ini..."ucap Desmond sejurus itu.

"Terima kasih tuan."ucap Mateo sambil beri tundukan kecil.

"Ana...apa kata kamu tunjuk dimana bilik Mateo akan tinggal sepanjang dia bekerja di sini. Rasanya Bianca dah keluar.."arah Desmond sewaktu tarik kerusi dan mula duduk semula.

Xiana yang masih kebingungan itu terkebil-kebil pandang Desmond dan Mateo silih ganti. "Baik tuan." balas dia sebelum pandang Mateo dan ajukan tangan ke arah pintu. "Ikut saya ke-ketua."gagapnya dengan kekok.

Mateo beri anggukan kecil pada Xiana lalu mula jalan seiring dengan Xiana di sisi keluar dari pejabat itu.

11. Damon Revenge Where stories live. Discover now