Joshua yang khusyuk memandang keluar tingkap itu dihalang oleh badan milik ren. Joshua hanya memgeluh kasar.
"Kenapa dengan kau ni ? gelisah semacam je ? Macam orang mati anak pun ada.." kata ren.
"Macam mana aku tak gelisah... Mayat wonho kan tak jumpa lagi. Lagipun aku kena balik LA minggu depan, seminggu pula tu.. Macam mana dengan sekolah ni nanti?". Soal Joshua.
"Pergi jelah balik LA sana tu". Kata Ren selamba sambil membuka helai buku sejarah joshua.
"Sekolah ni?"- Joshua
"Aku kan ada.. Tahulah aku nak uruskan sekolah ni and pandai² la aku kerjakan si roh tak guna tu..". Kata ren dengan tegas.
Joshua hanya mengeluh halus menandakan setuju untuk membiarkan ren menguruskan sekolah itu.
☜☆☞
Kini kelas bahasa Jepun akhirnya tamat. Joshua hanya mengeluarkan buku untuk study kerana 3 minggu lagi ada test. Joshua ni jenis kena baca awal² takut tak ingat.
Joshua yang sedang leka membuat kerja sekolahnya terkejut apabila terdengar bunyi jeritan dari Jerome dari group TOO.
"Yahh!!! Jerome kena rasuk tu!!!". Jerit Doyoung dari group NCT tu.
Semua pelajar kebelakang dan...
Mingyu??Sudah pun berlari 100 Meter untuk memanggil guru bertugas dibilik Guru. Maklumlah kaki dia je yang paling panjang masa tu sebab Rowon tak datang sekolah sebab sakit.
Kini pengetua dan cikgu Seo berada didalam kelas tersebut. Joshua yang risau dan hanya memikirkan tentang rakan sekelasnya yang mula terapung-apung itu dan dia mula mendengar suara Ren yang mengatakan sesuatu padanya.
"Kau ada rantai salib kan?". Soal Ren dari jauh.
Joshua hanya menganggukkan saja kerana takut pelajar lain menganggapnya gila bercakap seorang diri.
"Kau pakaikan rantai tu dekat leher dia". Arah Ren.
Joshua mengeluarkan rantainya yang berada disebalik bajunya itu dan melakukan apa yang disuruh oleh Ren. Secara automatik roh Wonho yang merasuk badan milik Jerome itu keluar dan Jerome akhirnya rebah dalam keadaan lemah dibawa ke bilik sakit. Roh Wonho pula berasa marah dengan tindakan Joshua dengan laju terbang melalui badan Joshua dan itu membuatkan Joshua pengsan dan tidak sedarkan diri.
Member seventeen yang lain terkejut akan Joshua yang tiba² pengsan selepas memakaikan rantai salib kepada Jerome. Scoups yang berada di sampingannya segera menggendongnya dengan bantuan jeonghan membawa joshua ke bilik sakit untuk melakukan pemeriksaan.
☜☆☞
Apabila sampai dibilik sakit, joshua terus diperiksa oleh doktor yang bertugas pada hari itu iaitu doctor Kang. Doctor Kang hanya mengatakan joshua hanya terkejut dan memerlukan rehat secukupnya.
Scoups berasa sedikit hairan akan joshua kerana joshua baru saja sedar dari demam panas dan sekarang ni, dia pengsan sebab tak cukup rehat macam atlet yang tak berhenti berlari.
Scoups kembali ke kelas setelah membawa joshua ke bilik sakit untuk berehat sehingga habis waktu pembelajaran.
"Yahh!! Scoups! Macam mana keadaan joshua??? Dia okey tak???". Soal Jeonghan bertubi-tubi. Tak hairan la kalu dia soal macam tu sekali sebab dia dah anggap joshua tu macam adik dia sendiri biarpun umur mereka sama tapi bulan je yang lain.. Cuma beza 2 bulan je.
"Dia okey je... Cuma doctor cakap dia pengsan sebab terkeju and penat je. Nanti lepas kelas kita pergi jemput balik dorm. Doctor cakap lagi dia tak boleh duduk dorm sorang² takut jadi apa² kat dia kita tak tahu sebab duduk kat kelas..". Kata scoups panjang lebar.
"Okey" . Jeonghan hanya membalas ringkas lalu duduk dimejanya.
Semua didalam kelas kembali normal dan Jerome yang juga berada dibilik sakit yang dibawa oleh member TOO. Rantai salib milik joshua masih berada pada leher Jerome. Tiada sesiapa yang tanggalkan kerana takut perkara itu kembali lagi.
☜☆☞
Jerome akhirnya tersedar dari pengsan dan perasan akan kewujudan badan milik seseorang yang dia kenal. Ya, badan itu milik joshua. Jerome yang merasakan ada sesuatu pada lehernya yang merupakan rantai dan dia terfikir mungkin itu milik joshua kerana hanya joshua yang selalu memakai rantai salib dikelasnya.
Jerome perlahan-lahan mendekati joshua yang masih belum sedarkan diri dan memakaikan semula rantai itu pada leher joshua. Lalu berkata dalam bahasa Inggeris. Maklumlah pernah tinggal dekat L.A juga.
"Thanks for your help Hong Joshua. Jika hyung tak ada kat situ tadi, entah apa dah jadi dekat Jerome.". Kata jerome perlahan .
Waktu persekolahan telah berlalu 30 minit yang lalu. Scoups dan jeonghan berjalan laju menuju ke bilik sakit takut doctor seo meninggalkan joshua seorang diri dibilik itu. Apabila mereka berdua memasuki bilik itu mereka terlihat badan yang lemah sedang bersandar pada kepala katil sambil bermain telefon pintarnya.
"Bila kau sedar?!". Soal scoups dan jeonghan serentak.
"baru tadi...". Terdengar suara serak basah dari mulut joshua. Joshua dipapah oleh scoups dan jeohan pulang ke dorm. Semua member seventeen sedang menunggu kepulangan joshua didorm selepas melihat perkara yang terjadi pada joshua pada pagi tadi.
Maklumlah joshua kan hyung kesayangan diorang tak pernah marah dan sentiasa bercakap dengan beransur.
YOU ARE READING
Elite Mystery School Killer || Edit 2020||
Mystery / ThrillerMengisahkan sekumpulan remaja yang merupakan Trainee dari Pleadis dipindahkan ke Sekolah Male Idol. Lebih menggerunkan apabila salah seorang dari mereka memiliki panca-indra ke-6 dan perkara-perkara pelik mula berlaku.