Bab 1

1K 41 0
                                    

5:30 pagi
Rumah agam keluarga Ghazali

"Bangun!!!"

Kedengaran suara lantang Chris mengejutkan adik beradik lelakinya yang sudah sedia maklum liat hendak bangun pagi lagi lagi Ali. Rudy sudah lama berada di dalam bilik air sebelum suara Chris kedengaran mengejutkan mereka. Zass pula sudah berada di anak tangga mahu turun ke tingkat bawah.

Berpusu pusu semua kaum lelaki di dalam rumah agam peninggalan Dr.Ghazali ini berlari menuju di depan pintu bilik air. Takut nanti kena 'tembak' sekali lagi dengan abang mereka Chris.

Chris mengerutkan keningnya ketika mwlihat ada yang kurang dalam adik beradiknya. Dia berlajan turun ke bawah. Mahu bertanyakan kemana hilangnya adik yang seorang tu.

"Korang ada nampak Ali?" Tanya Chris kepada adik beradik perempuannya yang sedang menyediakan sarapan pagi untuk mereka.

Masing masing saling berpandangan lalu menggelengkan kepala. Chris menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak apa. Biar aku kejut dia." Alicia bersuara lalu berjalan mendaki anak tangga. Chris yang hanya melihat kelibat Alicia yang menghilang menuju ke tingkat atas itu hanya berdiam diri dan menghela nafas. Ada ada sajalah adik kembarnyanyang satu ini.

"Dekat manalah budak tu tidur agaknya. Dalam bilik tak ada. Pening aku dibuatnya." Hela Chris lalu dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi meja makan.

"Kau jangan risaulah. Alicia sorang je tahu dekat mana Ali kalau kau tak jumpa dia dalam bilik tiap tiap pagi." Jekas Zass yang duduk di hadapan Chris sambil membaca berita terkini di dalam telefon bimbitnya.

Chris hanya berdiam diri sambil memggeleng kepalanya. Pelbagai sikap adik beradiknya ini. Kadang kadang tu dia pening untuk menguruskan mereka semua.

***

Alicia masuk kedalam bilik yang maha gelap itu. Kalau orang yang tidak peka pasti baru melangkah sudah tersadung terlebih dahulu menyembah lantai.

Mujurlah Alicia seorang yang sangat peka dengan keadaan sekeliling. Jadi sangat mudah untuk dia berjalan dalam bilik gelap itu. Sepuluh langkah maju ke hadapan diambil lalu tangannya mula meraba sesuatu.

"Aduh!!! Aduh!! Aduh!! Sakit,Alicia,sakit!!" Kedengaran suara Ali mengaduh sakit setelah telinganya di tarik secara mengejut oleh Alicia.

"Kalau kau tak nak aku tarik telinga kau sampai putus,kau bangun sekarang. Kau tahu tak Chris dah bising dekat bawah tadi." Bebel Alicia.

"Yela..yelah...aku bangunlah ni. Kau turun dulu. Nanti aku ikut kau." Dalih Ali. Hakikat sebenarnya dia mahu menyambung tidurnya semula.

Semakin kuat telinganya ditarik oleh Alicia. Bukan dia tak tahu perangai kembarnya ini. Kuat mengelat. Dia tak akan biarkan Ali terlepas kali ini.

"Tak de! Kau kena turun dengan aku sekali kali ni. Aku tak akan tertipu dengan helah kotor kau tu lagi!" Bebel Alicia lagi lalu dia mengheret Ali yang masih ditarik telinganya keluar dari loteng itu.

Ali terpaksa akur,dia turun dari loteng dalam keadaan telinganya yang ditarik oleh Alicia,lalu dia mengheret Ali ke arah biliknya lalu mencampak Ali masuk kedalamnya.

"I'll give 15 minutes for you get ready. If you late,don't ask me why I leave you!" Suara tegas itu bersuara membuatkan Ali meneguk liur. Setelah kelibat Alicia hilang dari pandangan mata,Ali menutup pintu biliknya sambil menghela nafas.

KELUARGA!!Where stories live. Discover now