Bab 6

457 38 1
                                    

Rudy memerhati dari tingkap lutsinar wad itu. Terlihat tiga orang wajah yang tidak sedarkan diri sedang terbaring bersama wayar yang berselirat. Wajah mereka tenang bagaikan mereka sedang tidur dengan lena sekali.

Rudy lama memerhati ke dalam dinding lutsinar itu. Rasa bersalah mula menghantui dirinya. Penumbuk digenggam erat lalu tingkap lutsinar itu menjadi mangsa dia melepaskan geram.

Rudy terduduk di dinding. Matanya terasa hangat. Air mata mula mengalir dari kelopak matanya. Dinding wad itu sekali lagi menjadi mangsa dia melepaskan geram.

"Rudy..."

Mendengar sahaja suara memanggil,Rudy terus sahaja menyeka air matanya. Dia bangun dari duduknya dan memaling.

"Kau nak apa?" Tanyanya dingin.

"Kau okey?" Prihatin si abang yang sungguh pendiam itu bertanya. Zass. Rudy hanya tersenyum senget. Dia tertawa kecil.

"Tak perlu kau nak kisah pasal aku." Dingin Rudy membalas.

"Tapi kau adik aku." Potong Zass.

Rudy memandang Zass dengan ekor matanya. Pandangannya kosong sekali tanpa perasaan.

"Sampai sini saja lah hubungan kita. Lepas ni aku dah tak nak ada kena mengena dengan korang semua lagi." Ujar Rudy lalu dia berjalan pergi meninggalkan Zass.

Zass hanya memandang sepi oe arah Rudy yang berlalu pergi. Dia menghela nafasnya kesal. Sejak kematian ayah mereka,Dr.Ghazali terasa bagai keluarga mereka bakal berpecah belah tidak lama lagi.

Alicia meraup mukanya beberapa kali. Ali masih tidak sedarkan diri. Mujurlah tiada beberapa kecederaan serius yang berlaku kepadanya. Cuma sesuatu yang membuatkan dia amat terkejut sehingga dia tidak mampu berkata kata.

"Doktor,kembar saya? Dia baik baik,kan?" Alicia bertanya setelah melihat kelibat seorang wanita dengan kot putih labuh keluar dari bilik dimana Ali dirawat.

"Dia baik baik saja. Cuma dia kekurangan nafas akibat dia menerima cengkaman yang kuat." Jawab Doktor itu. Alicia menghela nafas lega. Mujurlah tiada kecederaan serius yang berlaku kepada kembar kesayangannya itu.

Kesayangan?

Ya! Alicia amat menyanyangi Ali sebagai kembar dan abangnya. Cuma dia terlalu ego untuk mengakuinya dihadapan orang lain. Hanya dihadapan Ali sahaja dia berani meluahkan isi hati yang terpendam. Dia mahu Ali sentiasa selamat meski pun dia seorang lelaki yang lemah dan lembik bagi orang lain.

Bagi Alicia,Ali adalah seorang yang kuat kerana dia sanggup bertahan dibuli dan dipukul oleh orang lain hanya untuk mempertahankan haknya.

"Cuma...ada sesuatu yang merisaukan saya tentang dia." Kata kata doktor itu membuatkan Alicia tersedar dari dunia lamunannya. Terus sahaja matanya tertumpu tepat ke arah doktor perempuan itu meminta agar dia menjelaskan dengan lebih lanjut.

"Saya rasa dia ada penyakit asma." Suara doktor itu menyambung membuatkan Alicia terkejut bagai mahu pitam. Anak mata Alicia memandang tepat ke arah doktor yang sedang berdiri dihadapannya itu dengan pandangan tidak percaya.

"Saya tahu awak mungkin tidak percaya. Tapi ini laporannya kalau awak nak periksa." Sambil menghulurkan sebuah sampul coklat kepada Alicia,dia bersuara. Alicia mencapainya lalu dibelek isi sampul itu.

Setelah seketika,Alicia kembali memandang doktor wanita tadi. Dia masih lagi bagai tidak mahu percaya. Namun setelah melihat laporan itu,Alicia hilang kata kata.

"Tolong..."

"Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membantu dia." Dia menyentuh bahu Alicia sebelum berlalu pergi. Alicia hanya memerhati ke arah doktor yang berjalan pergi dari bilik rawatan Ali dengan ekor matanya. Dia menghela nafas.

"Alicia."

Lamunan Alicia mati saat dia mendengar suara yang menyeru namanya itu. Terus kepalanya tertoleh lalu matanya memandang tepat ke arah tiga orang gadis yang sedang memandang ke arahnya. Lama Alicia memandang mereka. Tanpa berfikir panjang,terus sahaja Alicia berlari lalu tubuh Iman dipeluknya.

Iman membalas pelukan itu. Telinganya dapat menangkap bunyi esakan daripada Alicia. Kepala Alicia diusap lembut agar dapat memberi sedikit ketenangan kepada adiknya itu.

"Jangan risau,semuanya akan okey. Ali akan baik baik je. Percayalah cakap Iman." Iman memujuk.

Bahu Alicia disentuh oleh Mika manakala Roza hanya memerhati. Dia juga hilang kata kata dikala melihat keadaan Ali yang sedang terbaring lesu dengan alat bantuan pernafasan berada di mulutnya.

"Ali kuat. Aku tahu dia tak akan mudah menyerah. Kau lebih kenal Ali berbanding kita orang. Kau juga kena kuat untuk memberikan semangat pada dia." Roza bersuara akhirnya.

Kepala Alicia diusapnya. Alicia meleraikan pelukannya dengan Iman. Dia memandang ke arah Ali. Air matanya diseka. Nafas dalam ditarik lalu dihembuskan perlahan lahan.

"Kau kena yakin dengan dia. Seperti mana kau yakin dengan dia dulu." Sambung Mika lagi. Alicia hanya mengangguk lemah.

"Jomlah. Kau tak nak lawat Moon ke? Dia dah sedar. Mesti banyak cerita yang dia tu nak kongsi." Mika menarik tangan Alicia agar keluar dari wad Ali. Alicia hanya mengikuti langkah Mika. Roza dan Iman saling beroandangan lalu mereka tergelak kecil. Mereka juga turut melangkah keluar dari wad itu.

KELUARGA!!Where stories live. Discover now