Bab 18

686 36 13
                                    

Malam raya yang sunyi sepi. Walaupun kedengaran suara takbirmemecahlan keheningan malam namun entah mengapa hatinya terasa sunyi. Kosong.

Matanya melilau mencari disekitar dapur mencari kelibat seseorang namun tiada. Dia berlari pula ke belakang rumah dimana tempat adik beradik lelaki berkumpul menyiapkan lemang dan rebus ketupat. Juga tiada! Di mana dia berada?

"Apa yang kau buat dekat sini?"

Suara teguran itu membuatkan matanya berhenti melilau. Terus menatap tepat ke arah insan yang menegur. Terlihat wajah abang galahnya Zass sedang tersenyum manis padanya.

"Cari Ali lah tu." Dia mengusik. Faham bahawa adiknya yang satu ni memang susah nak berenggang dengan kembar sendiri. Dia hanya tersengih malu.

"Dia ada dengan Chris dekat dalam stor sana tu. Katanya nak buat apa aku pun biarlah diorang." Jari telunjuknya menunjuk ke arah satu bilik stor yang berhampiran dengan kawasan dimana mereka sedang berada. Alicia hanya mengangguk lalu terus beredar menuju ke stor.

"Aku rasa bukan macam tu lah Chris." Suara rungutan Ali jelas kedengaran di gegendang telinga Alicia. Tanpa membuang masa,terus sahaja Alicia menoleh sedikit ke dalam pintu stor yang sedang terbuka sedikit. Terlihat dengan jelas Ali yang sedang berdebat manja dengan Chris.

"Apa yang korang berdua buat dekat stor ni." Teguran aku membuatkan dua lelaki ini memandang aku serentak. Mereka terkejut saat melihat wajah aku di depn pintu stor. Terus sahaja Ali bersuara.

"Sepatutnya kita orang yang tanya kau. Apa yang kau buat dekat sini,Alicia?"

"Sebenarnya aku cari kau Ali. Iman nak minta baju melayu kau dia nak tolong gosok baju kita nanti tak adalah kalut esok nak pakai," jelas Alicia menerangkan tujun keberadaannya pada Ali dan juga Chris di situ.

"Baju melayu aku dah letak atas katil bilik aku," jawab Ali sambil tangannya kembali mengendalikan satu alat dihadapannya dan juga Chris itu.

"Aku rasa korang berdua ada masalah nak pasangkan set kareoke tu." Jelas Alicia. Ali dan Chris pantas memandang tepat ke arah adik kedua bongsu mereka itu.

"Habis? Kau tahu macam mana nak pasang?" Tanya Ali kedengaran sinis di telinga Alicia. Alicia membalasnya dengan senyuman sinis kepada Ali. Dia berjalan menghampiri set kareoke itu lalu mula memasangnya.

Chris dan Ali lugat memerhati kelincahan rangan Alicia memasang set kareoke tersebut. Tangannya pantas bekerja seperti sudah cukup mahir. Setelah beberapa minit,set kareoke itu telah siap dipasang dan Alicia hanya bercekak pinggangnya.

"Nampak? Ini Alicialah! Tak ada apa yang aku tak boleh pasang," ujarnya sambil tersenyum senget memandang Ali sambil berpeluk tubuh. Ali hanya memutar bola matanya malas mahu layan perangai angkuh kembarnya ini. Chris juga menyapu tengkuknya yang tidak gatal.

"Aku rasa aku boleh agak kenapa korang berdua ada dalam stor ni." Duga Alicia. Ali dan Chris meneguk kasar liur mereka. Tak mungkin Alicia ni terlalu cerdik untuk mengetahui rancangan rahsia adik beradik lelali mereka.

"Tapi..tak apalah. Aku akan rahsiakan anggapan aku tu. Nanti lambat laun akan kantoi jugak." Ujar Alicia llau dia berjalan keluar dari stor bagi menuju ke bilik Ali. Masih ada satu tugasan lagi yang perlu dia selesaikan sebelum dia berehat daripada kerja. Hantar baju melayu Ali kepada Iman!

Chris dan Ali saling menghela nafas lega. Mujurlah Alicia hanya beriak biasa. Jika tidak,pasti mengamuklah kak long mereka jika tahu mereka gunakan semula set kareoke ini.

Chris menunjukkan sedikit kepalanya keluar. Mencari kelibat Jet yang pastinya sedang menjaga api lemang. Terus saja Jet dipanggil.

"Jet! Dah siap,mari sini cepat!"

Mendengar namanya diseru,Jet terus mencari insan yang memanggil. Kelihatan Chris dari stor sedang melambai ke arahnya meminta agar dia segera datang ke sana. Terus sahaja Jet mwninggalkan lemang yang sedang dibakar bersama Rudy dan Khai lalu berlari menuju ke stor.

"Aku harap tak jadi apa apa masalah nanti," gumam Khai kepada Rudy. Rudy hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Dia tahu perangai Jet. Bila sudah dapat microfon sekali,jangan harap dia akan berhenti.

Berlakulah sudah ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Suara nyanyian itu menghentikan perbuatan adik beradik perempuan yang sudah hampir siap berkemas dan menggosok itu. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Iman,kau tak rasa yang kau macam kenal ke suara ni?" Tanya Mika seolah dia mengenali irama suara itu. Iman yang sedang menggosok baju Ali juga mengangguk. Dia setuju dengan Mika.

Alicia yang sudah mengetahui rancangan adik beradik lelakinya terus sahaja berpeluk tubuh.

"Jet yang kareoke dekat luar tu. Katanya bosan tak tahu nak buat benda malam raya ni." Ujar Alicia.

Terkejut empat beradik ini dibuatnya. Mereka memandang ke arah Alicia. Roza dengan wajah masam mencukanya memandang ke arah Alicia minta agar adiknya ini menjelaskan perkara sebenar. Alicia hanya mengangguk. Roza menghela nafas kesal.

"Tak apalah. Malam ni je. Biarkan ajelah. Jangan lemang dengan ketupat tak jadi sudahlah." Mendengar suara Roza yang pasrah itu membuatkan mereka yang lain juga turut akur. Perangai adik beradik lelaki mereka memang banyak! Layankan aje!

KELUARGA!!Where stories live. Discover now