Bab 20

744 36 6
                                    

Keesokannya...

Suara takbir berkumandang di udara menambahkan lagi kesayuan adik beradik keluarga Ghazali ini. Zass dan Chris sedang menanti kedatangan adik beradik mereka yang lain. Mereka kini sudah siap berbaju raya. Zass dan Chris kedua duanya mengenakan kurta. Cuma warna saja yang berbeza. Tidak sempat mereka nak berbincang tentang warna tema raya mereka tahun ini.

Satu persatu adik beradik mereka turun. Masjng masing sudah siap berbaju raya. Roza cantik dalam baju kebaya moden warna kuning menampakkan kecantikkannya. Iman dan Mika pula keduanya mengenakan baju kurung moden warna biru laut dilengkapi dengan tudung krim yang melekat pada tudung Iman.

Jet pula mengenakan baju melayu biru laut siap bersamping warna krim sama seperti kembar kembarnya,Iman dan Mika. Kepalanya dilengkapi dengan songkok hitam.

Rudy hanya memakai kurta coklat cair dengan seluar slack hitam mengikut bentuk kakinya sementara Bukat dan Khai mengenakan baju melayu biasa warna coklat dengan seluar slack. Moon pula mengenakan baju songket kain duyung warna marron kelihatan begitu comel.

Mereka masih menunggu Alicia turun. Memang mereja merancang untuk ke hospital pagi ini. Mereka mahu beraya bersama Ali walaupun mereka terpaksa beraya di hospital.

Alicia yang sudah siap akhirnya turun kebawah. Semua mata memandang ke arah Alicia. Mata mereka melihat Alicia yang anggun dalam baju kurung moden warna unggu dengan jalur putih disetiap sisi baju dan juga di pangkal lengannya. Kepalanya juga diserikan dengan cekak rambut warna putih susu sesuai dengan warna pada bajunya.

Menyedari bahawa dia sedang diperhatikan,Alicia hanya tersenyum nipis. Malu sebenarnya apabila semua adik beradiknya memuji dirinya yang kelihatan paling cantik pagi itu.

"Dah mari kita pergi. Kesian Ali tunggu kita nanti." Kata Roza sambil mencampakkan satu kunci kereta pada Zass. Mereka terpaksa menggunakan dua buah kereta untuk ke hospital yang satunya dipandu oleh Zass dan satu lagi dipandu olehnya sendiri.

*****

Alicia memasang butang baju kurta yang tersarung ditubuh Ali yang masih tidak sedarkan diri. Kedudukan kurta itu pada tubuh Ali dikemaskan. Alicia tersenyum sendiri saat dia melihat Ali yang segak dalam kurta unggu dengan jalur putih sama seperti baju yang dia kenakan. Rambut Ali dirapikan.

Dia mengingati rayuan manja Ali dua minggu lalu yang meminta agar Alicia memakai baju itu di pagi raya. Sepertinya Ali sudah agak,mereka sekeluarga tidak akan memakai sedondon tahun ini,namun Ali tetap mahu sedondong dengan Alicia.

Jadi Ali menggunakan duit simpanannya untuk menempah baju itu khas untuknya dan Alicia. Cekak rambut putih dikepala Alicia itu juga dibelikan sendiri oleh Ali. Senyuman manis masih tidak lekang dibibir merah Alicia.

"Ali,kita orang datang ni. Bukalah mata kau. Kau kata nak raya dengan kita orang. Aku dah siapkan kau. Kita berdua pakai sedondon tahun ni. Aku pakai baju yang kau tempah untuk kita berdua tu. Kau tak nak tengok aku ke,Ali."

Tangan Ali dicapai lalu dikucup. Sunggu! Jiwanya rasa sakit bila melihat kembarnya begini. Dia tidak sanggup melihat Ali yang hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan sepanjang hidupnya.

Terasa bahunya seperti disentuh,terus sahaja Alicia menoleh. Terlihat Iman sedang tersrnyum manis padanya. Alicia membalas senyuman itu.

"Assalamualaikum,Ali. Selamat hari raya." Ucap mereka semua serentak.

Satu minit...

KELUARGA!!Where stories live. Discover now